Cara Sendawakan Bayi Yang Betul Dapat Elak Masalah Kembung Perut & Muntah Susu

undefined

Cara menyendawakan bayi hendaklah dilakukan dengan betul agar si manja tidak muntahkan semula susu yang diminum. Ini tips berguna buat ibu ayah!

Bagi ibu ayah yang baru, pelbagai perkara penting mengenai pengurusan bayi perlu dipelajari antara salah satunya adalah cara menyendawakan bayi. Setiap kali selesai menyusu, ia menjadi suatu kewajipan bagi membolehkan perut si manja menerima susu dengan baik.

Bagi sesetengah bayi, ia mungkin memerlukan masa lebih lama dan agak sukar untuk disendawakan. Namun ibu ayah usahlah berputus asa, beberapa cara sendawakan bayi yang betul mungkin boleh membantu anda.

Sebab mengapa ibu ayah perlu tahu cara menyendawakan bayi

Apabila bayi menyusu, kemungkinan besar dia tertelan sedikit udara bersama-sama dengan susu ibu atau formula. Udara yang terperangkap dalam perut boleh memberi ilusi rasa kenyang serta menyebabkan bayi rasa kembung dan tidak selesa.

“Ini lebih kerap berlaku kepada bayi yang menyusu dengan botol, kerana mereka minum dengan lebih cepat,” kata Dr Landau. “Tetapi bayi yang minum susu badan ibu menelan udara juga, terutamanya jika ibu mempunyai susu yang banyak atau bayi itu sangat lapar dan ingin minum dengan cepat.”

Menurut American Academy of Paediatrics (AAP) sendiri yang syorkan ibu ayah sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu walaupun si manja anda kelihatan tenang dan tidak tenang.

Rasa penuh dan tidak selesa selepas bayi menyusu adalah disebabkan dia mahu ibu ayah sendawakannya. Jangan pula bila bayi menangis, anda ingat dia mahu tidur.

Posisi yang baik dan selamat ketika menyendawakan si manja

Sandarkan pada bahu – Dukung bayi dengan tangan dan sandarkan bayi pada bahu. Tepuk belakang bayi secara perlahan-lahan sehingga bayi itu bersendawa.

sendawa bayi

Cara meniarap – Salah satu cara sendawakan bayi yang berkesan ialah dengan letakkan bayi atas paha dengan badannya meniarap. Pegang bahagian dada dengan sebelah tangan kemudian tepuk dan urut belakang bayi dengan perlahan-lahan

cara menyendawakan bayi, sedu, cara sendawakan bayi baru lahir dengan betul, penyebab bayi susah sendawa

Dudukkan bayi atas paha – Dudukan bayi atas paha atau di pangkuan anda dan sokong bahagian bawah tulang rahang bayi tersebut dengan sebelah tangan. Tepuk atau urut belakang bayi dengan perlahan-lahan sehingga bayi bersendawa.

selepas bayi menyusu

Tips untuk menyendawakan bayi

  • Lindungi pakaian anda dengan kain apabila menyendawakan bayi
  • Selalu sediakan kain, atau bib dalam jangkauan tangan sekiranya bayi muntah
  • Tepukan yang lembut atau gosokkan biasanya boleh menyebabkan sendawa itu keluar, tetapi untuk sesetengah bayi mungkin tepukan yang kuat sedikit diperlukan
  • Tumpukan tepukan anda pada bahagian kiri belakang bayi, kerana perut bayi terletak berdekatan situ
  • Jika bayi merengek semasa menyusu, ini mungkin disebabkan oleh rasa tidak selesa dari udara yang ditelan Berhenti menyusu sebentar dan cuba sendawakan bayi dulu sebelum memberinya susu lagi

Kepentingan menyendawakan bayi

Ibu dan ayah perlu belajar cara sendawakan bayi kerana selain mengelakkan bayi mengalami masalah muntah susu, cara menyendawakan bayi dengan betul adalah penting kerana:

1. Mengelakkan masalah perut kembung

Proses sendawa pada bayi dapat menghindari masalah perut kembung. Ia membantu mengeluarkan udara berlebihan yang memasuki ke bahagian perut si manja sewaktu menyusu atau menangis.

Selain daripada menyendawakan bayi bagi mengelakkan daripada masalah perut kembung. Anda juga disyorkan untuk mengurut Si Manja dengan menggunakan minyak telon bayi. Tetapi adalah sangat penting untuk memilih minyak telon yang selamat dan sesuai untuk kulit sensitif bayi anda.

Cara Sendawakan Bayi Yang Betul Dapat Elak Masalah Kembung Perut & Muntah Susu

Salah satu minyak telon baby yang disyorkan adalah Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil yang diperbuat daripada gabungan 7 minyak semulajadi yang mampu melegakan masalah kembung perut sekaligus mengurangkan simptom colic pada bayi seperti di bawah:

  • Minyak Buah Pala (Nutmeg): Melegakan ketidakhadaman dan kejang pada perut. Merupakan ubat semulajadi untuk selesema dan batuk.
  • Minyak Lavender: Membantu menenangkan bayi menangis dan mengatasi simptom colic.
  • Minyak Chamomile: Membantu bayi untuk rileks, tidur lebih cepat dan nyenyak.
  • Minyak Bunga Lawang (Anise): Mampu melegakan kembung perut pada bayi.
  • Minyak Citronella: Mampu menyihatkan sistem penghadaman, mengeluarkan gas dari dalam perut, memberi kehangatan pada badan.
  • Minyak Kelapa: Berfungsi sebagai pelembap lembut dan semulajadi untuk kulit
  • Minyak Zaitun: Kaya dengan vitamin E dan vitamin K serta sarat dengan antioksidan yang menenangkan keradangan dalam badan

Tahukah anda, minyak kayu putih adalah kandungan berbahaya untuk kulit sensitif bayi. Ini kerana ianya mampu merengsakan kulit, menyebabkan ruam dan mampu memberi kesan alergi yang teruk pada kulit bayi. Sebab itulah, Mama’s Choice tidak menggunakan bahan ini sama sekali.

Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil ini juga telah diuji secara dermatologi dan terbukti hipoalergenik dan hanya diperbuat daripada bahan yang halal sahaja. Jadi, anda tidak perlu risau tentang keselamatan minyak telon tersebut terhadap bayi anda. 

2. Membuatkan si manja tidur lebih nyenyak

Jika keadaan perut bayi tidak selesa, ia secara tidak langsung akan menganggu waktu tidur si manja. Ini pastinya akan berbeza sekiranya ibu ayah dapat mengeluarkan angin atau udara berlebihan di dalam perut bayi dan sekaligus membolehkan si manja tidur lebih nyenyak.

3. Bayi menjadi lebih aktif

Apabila si manja tidak mengalami sebarang masalah seperti kembung perut, bayi akan menjadi lebih selesa, ceria dan aktif.

Keadaan ini turut memudahkan urusan ibu ayah ketika menjaga bayi serta boleh mengelakkan anda berasa tertekan.

Bagi anda yang keliru dan tertanya-tanya bilakah waktu yang sesuai untuk sendawakan bayi, ini jawapannya:

  • Bayi beralih ke payudara lain untuk meneruskan penyusuan
  • Apabila bayi sudah menghabiskan susu setengah botol
  • Sekiranya bayi mengerang semasa proses menyusu, ibu hentikan dahulu seketika untuk sendawakan si manja
  • Sendawakan bayi apabila selesai menyusu antara 15 hingga 20 minit
  • Jika bayi mengalami ketidakselesaan perut pada waktu malam (walaupun tidak menyusu), ibu ayah boleh cuba untuk menyendawakannya

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Muntah Lendir, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bahaya? Ketahui 7 Punca Ia Berlaku!

Baca juga:  ”Boleh Ke Bayi Saya Tersedak Susu Semasa Dia Tidur?”

Baca juga: Selamatkah Menyusu Bayi Ketika Ibu Demam @ Kurang Sihat? Ini Jawapan Dari Doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!