Petua Sembuhkan Luka Berkhatan Dengan Cepat, Doktor Kongsi 7 Tips Yang Boleh Ibu Ayah Ikut

Cara cepat sembuh luka berkhatan memerlukan rawatan yang betul dan berhati-hati untuk meminimumkan risiko jangkitan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim cuti sekolah sememangnya jadi pilihan ibu ayah menghantar anak mereka ke klinik atau program bersunat. Jika anda salah seorang daripada ibu bapa berkenaan dan ingin mengetahui cara cepat sembuh luka berkhatan untuk kanak-kanak lelaki, jom ikuti perkongsian seorang doktor ini, Khairul Faizie Mohammad Kamar.

Di dalam posting FB, Dr. Khairul ada memberikan beberapa tips sunat cepat sembuh yang ibu ayah boleh amalkan di rumah.

Beliau berkongsi pandangannya selepas menerima beberapa kunjungan ibu ayah di kliniknya untuk memeriksa luka sunat anak mereka.

Cara Cepat Sembuh Luka Berkhatan Ikut Saranan Doktor

Dengan mengikuti tips yang dikongsikan oleh Dr. Khairul, diharapkan luka sunat anak anda akan cepat kering dan sembuh.

1. Buka balutan luka selepas 2 hari

Selepas selesai bersunat, ibu ayah dinasihatkan untuk membuka balutan gauze selepas 48 jam, atau selepas 2 hari. Untuk 2 hari pertama, anda perlu memastikan yang hujung lubang penis anak dibasuh dengan bersih setiap kali selepas membuang air kecil.

2. Lakukan cucian luka, selepas 2 hari

Selepas anda menanggalkan balutan sunat, lukanya juga perlu dicuci dengan rapi. Proses ini dikenali sebagai wound dressing.

Berikut cara cuci luka berkhatan yang betul: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Cara cuci luka berkhatan yang pertama adalah dengan menggunakan cecair normal saline, anda boleh dapatkannya di farmasi atau klinik. Cucian ini perlu dibuat 3 ke 4 kali sehari.
  2. Cuci luka dengan cecair saline secara perlahan dan keringkannya dengan menekap kain gauze.
  3. Gunakan suhu biasa pada hair dryer dan acukan angin ke arah penis anak selepas mencuci dengan saline. Ini membantu untuk membuatkan penis anak anda cepat kering dan kurang risiko jangkitan.

3. Jangan kopek atau tanggalkan keruping luka secara paksa

Anda juga dinasihatkan untuk memastikan keruping luka itu tidak digosok atau disental dengan kuat. Dr. Khairul menerangkan bahawa keruping tersebut akan tertanggal dengan sendiri apabila ia selalu dicuci atau terkena air semasa mandi.

4. Tip untuk menanggalkan keruping luka sunat yang bertempek

Masalah yang selalu dialami oleh ibu ayah tatkala membawa anaknya ke klinik Dr. Khairul adalah masalah kulit keruping yang melekat dan bertempek.

Anda boleh mengelakkan hal ini daripada terjadi dengan mengamalkan langkah 2 secara konsisten.

Antara tip lain yang dapat membantu menanggalkan keruping yang bertempek adalah dengan merendamkan penis anak anda ke dalam bekas kecil yang berisi cecair normal saline.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarkan ia direndam selama 3 ke 5 minit dan ulanginya 3 ke 4 kali sehari. Lambat laun, keruping tersebut akan luruh sendiri.

5. Atasi masalah bengkak pada penis

Selepas sunat, ia adalah menjadi kebiasaan untuk penis anak anda sedikit bengkak. Keadaan bengkak di sekitar kawasan luka sunat juga turut dipanggil sebagai bentan oleh orang Melayu.

Walaupun ia adalah hal biasa dan tidak perlu dibimbangkan, Dr. Khairul menasihatkan anda untuk melihat tanda jangkitan pada bengkak terbabit. Antara tandanya adalah:

  • Bengkak yang terlalu besar
  • Kulit di sekitar kawasan bengkak menjadi kemerah-merahan
  • Mempunyai cecair likat yang kelihatan seperti nanah
  • Berdenyut dan rasa sakit
  • Sakit masa kencing
  • Kawasan luka berdarah
  • Demam

Jika tanda di atas berlaku, ada kemungkinan yang anak anda mengalami jangkitan. Bawa berjumpa doktor jika ia terjadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Amalan berpantang selepas sunat

Walaupun anda akan mendengar pelbagai petua berpantang selepas sunat, Dr. Khairul menasihatkan supaya anda terus memberikan makanan berkhasiat dan bernutrisi penuh kepada anak anda.

Ini adalah supaya lukanya cepat sembuh. Berikannya air kosong yang mencukupi supaya dia kekal hidrasi.

Malah menurut beliau lagi, jika anak anda teringin untuk makan ayam, telur dan kicap (yang sangat tidak dibenarkan menurut pantang Melayu), izinkan sahaja. Ia tidak akan memberi kemudaratan.

7. Memakai kain pelikat selepas sunat

Doktor ini juga turut berkongsi tips sunat cepat sembuh dari segi pemakaian. Anda tidak semestinya perlu menyuruh anak anda memakai kain pelikat sahaja.

Seluar pun sudah boleh dipakai. Cumanya, anda perlu memastikan yang kepala penis itu tidak bergesel dengan kain seluar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara helah mudah adalah meletakkan cawan corn-in-a-cup dan dibuang dasarnya. Letakkan pada penis. Anak anda mungkin akan mengambil masa antara 1 ke 3 minggu untuk membiasakan rasa bergesel antara kepala penis dengan kain.

Malah, doktor turut menggalakkan anak anda untuk bergerak selepas bersunat, dan bukannya berbaring selama berhari-hari.

Cumanya, jangan lakukan pergerakan yang terlampau aktif selepas bersunat seperti berlari atau bermain bola!

Berapa Lama Luka Berkhatan Sembuh 

Berapa lama luka berkhatan sembuh boleh berbeza antara setiap kanak-kanak. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi proses penyembuhan iaitu jenis berkhatan, umur pesakit, keadaan kesihatan keseluruhan, dan penjagaan yang diberikan semasa tempoh pemulihan.

Di bawah ialah anggaran umum berapa lama masa yang diperlukan untuk luka berkhatan sembuh:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Penyembuhan Awal (1-2 Minggu): Dalam tempoh pertama hingga dua minggu, luka biasanya akan mengalami fasa keradangan dan percambahan. Di sini, badan mula membentuk tisu parut untuk melindungi luka.
  • Tempoh Pemulihan Awal (2-4 Minggu): Proses penyembuhan aktif berterusan dalam minggu kedua hingga keempat. Masa ini penting untuk memberi luka masa yang cukup untuk menutup dan menguatkan dirinya.
  • Penyembuhan Penuh (Beberapa Bulan): Walaupun luka mungkin kelihatan sembuh secara visual dalam masa beberapa minggu, penyembuhan penuh mungkin mengambil masa beberapa bulan. Ini kerana tisu parut masih perlu berkembang dan matang.

Faktor yang Mempengaruhi Berapa Lama Luka Berkhatan Sembuh

  1. Umur: Pada bayi dan kanak-kanak, proses penyembuhan mungkin berlaku lebih cepat berbanding orang dewasa.
  2. Kesihatan Umum: Keadaan kesihatan am boleh menjejaskan kelajuan penyembuhan. Individu yang mempunyai sistem imun yang kuat cenderung untuk pulih lebih cepat.
  3. Kebersihan dan Penjagaan: Menjaga luka dengan baik dan menjaga kebersihan kawasan berkhatan boleh mempercepatkan proses penyembuhan dan mencegah jangkitan.
  4. Jenis Berkhatan: Kaedah atau teknik berkhatan tertentu boleh menjejaskan masa penyembuhan. Sebagai contoh, berkhatan dengan kaedah tertentu boleh memerlukan masa penyembuhan yang lebih lama berbanding kaedah lain.

Kenapa Luka Berkhatan Lambat Sembuh

Penyembuhan perlahan parut sunat boleh disebabkan oleh beberapa faktor, dan berikut adalah beberapa punca yang mungkin:

  • Jangkitan: Jangkitan pada luka berkhatan merupakan antara faktor utama yang boleh melambatkan proses penyembuhan. Jika kawasan berkhatan tidak dijaga dengan bersih atau terdapat jangkitan kuman, luka boleh meradang lebih lama.
  • Ketidakserasian Rawatan: Rawatan yang tidak betul atau tidak konsisten juga boleh melambatkan penyembuhan. Ini termasuk penggunaan salap atau ubat yang tidak sesuai, kekurangan pembersihan luka mencukupi, atau tidak mematuhi arahan penjagaan diberikan oleh profesional perubatan.
  • Kerengsaan atau Geseran: Pakaian terlalu ketat atau geseran berulang pada bahagian berkhatan boleh merengsakan luka dan lambat sembuh.
  • Pilihan Kaedah Berkhatan: Kaedah berkhatan tertentu mungkin memerlukan masa penyembuhan yang lebih lama. Contohnya, teknik tertentu yang melibatkan jahitan atau luka lebih rumit mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.
  • Keadaan Kesihatan Diri: Faktor seperti keadaan kesihatan umum, kehadiran penyakit kronik, atau masalah peredaran darah boleh menjejaskan keupayaan tubuh untuk menyembuhkan luka.
  • Faktor Pemakanan: Pemakanan tidak mencukupi, terutamanya zat besi, vitamin C, dan protein boleh menjejaskan keupayaan tubuh untuk menjana semula sel dan melambatkan penyembuhan luka.
  • Penyakit Autoimun: Sesetengah keadaan penyakit autoimun boleh menjejaskan proses penyembuhan dan menyebabkan keradangan kronik.

Amalan Tips Sunat Cepat Sembuh Di Rumah

Anak anda amat memerlukan bantuan dan sokongan oleh ayah dan abang-abangnya selepas bersunat. Pastikan dia mengambil ubat yang diberikan oleh doktor dan mengikut aturan pengambilan yang telah dijelaskan.

Jika anda tidak pasti dengan keadaan sunat anak, bawalah dirinya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan kepastian. Jadi, ibu ayah sekalian, mari amalkan tips sunat cepat sembuh di atas ya.

Semoga berjaya dan tahniah kerana anak telah berjaya melalui pahit getir bersunat yang pasti menjadi memori seumur hidupnya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  Penjagaan Selepas Berkhatan Kena Betul, Ibu Ini Kongsi Tips Agar Luka Cepat Sembuh!

Baca juga:  Makanan Pantang Bersunat Yang Simple, Bantu Luka Anak Cepat Kering & Pulih

Baca juga:  Bayi Meraung Tak Henti-henti Ketika Bersunat, Adakah Dia Sebenarnya Rasa Sakit?