Apabila suami isteri sudah bersedia mahu mendapatkan anak, mereka akan berada dalam Trying To Conceive (TTC). Ramai suami isteri terlepas pandang mengenai tips TTC yang disarankan untuk mereka.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Tips TTC dalam bentuk checklist barangan wajib
Persediaan untuk TTC adalah dapat membantu suami isteri mendapatkan cahaya mata. Justeru ada beberapa keperluan dan barangan yang anda perlu amalkan setiap hari bagi meningkatkan kesuburan.
Tips TTC dalam bentuk checklist barangan wajib
Menurut Cik Zee, dia telah menyenaraikan beberapa keperluan yang untuk pasangan yang sedang ikhtiar mendapatkan zuriat.
Selain berdoa dan bertawakal, usaha suami isteri juga penting. Usah berputus harap kerana rezeki tidak akan datang bergolek, ya!
Checklist TTC
Ada yang tengah TTC/tengah ikhtiar dapatkan zuriat tak kat sini? Jom ikut tips ni dan lengkapkan barang-barang wajib untuk TTC.
#1. Keperluan TTC: Acid folic
Diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan. Asid folik ini juga meningkatkan kesuburan wanita.
Ovulation Kit Predictor atau singkatannya OPK adalah alat untuk mengesan tempoh subur/ovulasi.
#3. Thermometer BBT
Selain OPK, suhu badan pertama masa bangun pagi pun petunjuk hari subur kita. Inilah yang dipanggil Basal Body Temperature (BBT). Pastikan thermometer 2 decimal okey.
#4. Supplement tambahan
Supplemant tambahan pun penting jugak untuk yang niat nak TTC. Blackmores mutivitamin, blackmores fish oil, surbex zink dan himalaya spemen untuk lelaki antara supplement yang bagus untuk TTC.
#5. Buat senaman dan jaga pemakanan
Yang ni penting ya, kurangkan makan makanan segera, fast food dan minuman manis. Lebihkan sayur tauge, brokoli, cauliflower dan buah kiwi. Buat senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
#6. Doa dan sedekah
Ikhtiar terakhir jangan lupa doa bersungguh-sungguh nak zuriat, kalau boleh doa biar spesifik nak zuriat tahun ni dan banyakkan bersedekah dekat baby dan budak-budak.
Bagi yang dah berkahwin setahun ke atas, jangan lupa dapatkan nasihat doktor dulu dan check kalau ada masalah dalaman okey.
Pasangan suami isteri perlu bekerjasama saat TTC. Suami ambil berat pada isteri dan bantu isteri mengamalkan tips TTC dengan baik. Suami juga jangan lepas tangan untuk ambil supplemen TTC agar meningkatkan peluang mendapat cahaya mata.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pakar Kongsi 6 Jenis Warna Makanan Cepat Hamil Yang Digalakkan Ambil Ketika TTC
Baca juga: Cara Mudah Untuk Cepat Hamil, Tips Berkesan Daripada Pakar Kesihatan