Tourette Syndrom: Buat Satu Pergerakan Atau Bunyi Secara Tiba-Tiba, Anak Mempunyai Simptom Ini?

Tourette Syndrome maksud, gejala utama, risiko dan komplikasi penyakit ini adalah penting untuk diketahui. Jangan anggap mereka tidak normal!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tourette Syndrome maksud, simptom, punca, rawatan dan komplikasi adalah penting untuk diketahui oleh masyarakat di luar sana. Ramai juga yang bertanyakan apakah masalah kesihatan yang memberi maksud kepada sindrom ini?

Bagi menjelaskan secara ringkas, tourette syndrome ini merupakan gangguan neurologi yang mempengaruhi otak dan saraf seseorang. Kebiasaannya, ia akan menyebabkan seseorang itu membuat pergerakan atau suara tiba-tiba yang dikenali sebagai ‘tics’.

Ia ada gerakan yang tidak disengajakan dan menyebabkan seseorang itu tidak boleh mencegah atau menghentikannya. Kebiasaannya gerakan tubuh, seperti mengangkat bahu.

Oleh itu, setiap individu disarankan untuk cakna tentang keadaan kesihatan ini dengan membaca dahulu fakta tentang penyakit ini iaitu Tourette Syndrome maksud, punca, dan rawatan yang diperlukan.

Tourette Syndrome Maksud

Tourette Syndrome maksud yang mungkin ramai tidak tahu adalah ia merupakan gangguan genetik neorologi yang diwarisi. Kebiasaannya, sindrom ini menyebabkan seseorang itu melakukan pergerakan atau mengeluarkan bunyi yang secara tidak sengaja dan tidak boleh dikawal. Keadaan ini juga selalunya diwarisi dan muncul ketika zaman kanak-kanak lagi.

Contohnya, seseorang itu mungkin akan terus mengelip mata mereka secara berkali-kali ataupun mengeluarkan suara menggerutu tanpa rela. Bahkan, mereka juga boleh mengeluarkan kata-kata secara rawak dari mulut mereka dan kadangkalanya perkataan yang kita tidak mahu denganr.

‘Tics’ juga diumpamakan seperti sedu. Meskipun kita tidak mahu, tapi badan akan tetap melakukannya. Perasan tak? Ha macam itulah keadaan ‘tics’ ini.

Walau bagaimanapun, seseorang itu boleh menghentikan diri mereka daripada melakukan ‘tics’ tertentu buat sementara waktu, tapi agak sukar. Ini kerana seseorang itu tetap masih akan melakukan ‘tics’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh disebabkan penyakit ini boleh dikatakan luar biasa, sebahagian masyarakat menanggap bahawa golongan ini adalah pelik dan sememangnya tidak normal. Malah, sehingga ada yang menganggap mereka ini biadap/kurang ajar – sedangkan keadaan ini adalah TIDAK BOLEH DIKAWAL.

Sebab itulah pentingnya kesedaran untuk mendidik orang ramai tentang penyakit ini supaya tidak berlaku apa-apa salah faham mengenainya lagi selepas ini. Zaman sudah maju, sepatutnya perkara ini diberikan kefahaman yang lebih mendalam buat masyarakat di luar sana supaya mengerti bahawa ada sesetengah penyakit yang boleh diubati, boleh dielakkan, tapi ada juga sesentengah keadaan kesihatan yang berada di luar kawasan seseorang.

Simptom Tourette Syndrome

Seperti yang kami jelaskan di atas, gejala/simptom utama Tourette Syndrome ialah ‘Tics’, iaitu pergerakan atau penyuaraan secara tiba-tiba dan berulang.

Walau bagaimanapun, gejala adalah berbeza dari ringan hingga teruk dan ada kalanya mampu menjejaskan kualiti hidup seseorang itu.

Gejala biasanya bermula pada zaman kanak-kanak, boleh berbeza dari ringan hingga teruk, dan berubah dari semasa ke semasa. Tourette boleh menyebabkan masalah untuk kesejahteraan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak.

Pendidikan boleh membantu mengurangkan kepercayaan negatif tentang Tourette dengan meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan, memastikan diagnosis tepat pada masanya dan akhirnya membantu kanak-kanak dengan Tourette menjalani kehidupan yang sihat dan produktif.

Tics dikelaskan kepada tics mudah dan tics kompleks.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tics mudah melibatkan beberapa kumpulan otot, manakala tics kompleks melibatkan banyak kumpulan otot. Tik motor biasanya muncul sebelum tik vokal.

Dalam tics mudah, simptom motor yang paling biasa adalah mata berkedip, kepala tersentak, mengangkat bahu, mata beralih, hidung berkedut, pergerakan mulut yang ganjil. Manakala gejala vokal biasa ialah mengerang, batuk, berdehem dan menyalak.

Dalam tics kompleks, simptom motor yang paling biasa ialah menyentuh dan menghidu objek, pergerakan berulang, melangkah mengikut corak tertentu, pergerakan tidak senonoh, membongkok atau memusing badan, dan melompat ke atas dan ke bawah.

Sementara itu, mengulangi kata-kata orang lain, menggunakan kata-kata kasar, dan makian adalah gejala vokal yang mudah disedari oleh penghidapnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca Sindrom Ini Terjadi Kepada Seseorang

Punca sebenar Tourette Syndrome tidak diketahui, tetapi sangat disyaki bahawa ia disebabkan oleh gabungan faktor genetik dan persekitaran.

Ia juga disyaki bahawa ketidakseimbangan neurotransmitter seperti dopamin dan serotonin memainkan peranan dalam berlakunya Tourette Syndrome.

Faktor risiko untuk Tourette Syndrome adalah termasuk:

  • Sejarah keluarga: Mempunyai sejarah keluarga Tourette Syndrome atau gangguan tic lain boleh meningkatkan risiko anda mendapat Tourette Syndrome.
  • Jantina: Kira-kira tiga hingga empat kali golongan lelaki adalah lebih berkemungkinan tinggi untuk menghidap Tourette Syndrome, berbanding golongan wanita.

Komplikasi Tourette Syndrome

Penghidap Tourette Syndrome selalunya menjalani kehidupan yang sihat dan aktif. Namun, sindrom ini sering menyebabkan kesukaran dalam tingkah laku dan perhubungan sosial yang boleh merosakkan imej diri.

Keadaan yang sering dikaitkan dengan Tourette Syndrome adalah termasuk:

  • Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD).
  • Gangguan obsesif-kompulsif (OCD).
  • Gangguan spektrum autisme.
  • Ketidakupayaan pembelajaran.
  • Gangguan tidur.
  • Kemurungan.
  • Gangguan kebimbangan.
  • Sakit yang berkaitan dengan tics, terutamanya sakit kepala.
  • Sukar mengawal perasaan marah.

Rawatan Tourette Syndrome

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada rawatan yang jelas untuk Tourette Syndrome ini, tetapi sememangnya rawatan bertujuan untuk melegakan gejala.

Umumnya, ubat psikotik akan diberikan kepada penghidap. Ini bertujuan untuk mengurangkan tahap dopamin dalam otak, supaya penghidap dapat mengawal tics.

Botox boleh diberikan untuk melegakan gejala yang melibatkan otot. Perangsang seperti methylphenidate berguna untuk menguruskan gejala ADHD pada orang yang mengalami Tourette Syndrome.

Kadangkala, doktor menetapkan ubat penurun tekanan darah yang membantu dengan gejala seperti serangan impulsif. Di samping itu, antidepresan boleh diberikan untuk merawat kebimbangan dan gangguan mood.

Kajian terbaru menunjukkan kebaikan memberi ubat antikonvulsan seperti topiramate pada pesakit Tourette Syndrome. Walaupun Tourette Syndrome berkaitan dengan keadaan psikologi, terapi kognitif dan tingkah laku boleh digunakan untuk melegakan gejala dan membantu penghidap menangani kesan psikologi.

Untuk pengetahuan anda, pendekatan psikologi boleh digunakan untuk membantu individu menguruskan emosi serta kelakuan mereka.

Pengasas Mind Scheme Psychological Services pernah menjelaskan bahawa, “Ini kerana kekerapan tik yang hadir juga dipengaruhi oleh keadaan emosi individu. Lebih tinggi tekanan yang dihadapi, tik akan hadir lebih kerap dan boleh semakin memburuk,” jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang benar bahawa sesetengah orang dengan Tourette mengalami kesukaran sepanjang hidup mereka. Ia juga benar bahawa golongan yang menghidap keadaan penyakit ini sememangnya boleh berjaya. Mereka selalunya berpencapaian tinggi dan mendapati bahawa tics mereka boleh menjadi kurang teruk atau hilang apabila mereka menumpukan perhatian pada tugas yang sedang dijalankan.

Terdapat juga individu yang mempunyai Tourette berjaya dalam semua bidang kehidupan dan bekerja dalam banyak bidang, termasuk seni, perubatan, sukan dan profesion lain. Jadi, jangan sesekali pandang golongan ini sebelah mata, ya.

Bila Patut Bimbang?

Jumpa dengan pakar pediatrik jika anda perasan anak anda menunjukkan pergerakan atau bunyi yang tidak disengajakan. Tidak semua tics menunjukkan sindrom Tourette. Ramai kanak-kanak mengalami tics yang hilang sendiri selepas beberapa minggu atau bulan.

Tetapi apabila kanak-kanak menunjukkan tingkah laku luar biasa, adalah penting untuk mengenal pasti punca dan menolak masalah kesihatan yang serius.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Pusat Terapi Pertuturan Di Malaysia Untuk Anak Yang Didiagnosis Lambat Bercakap, Ibu Ayah Jangan Berlengah Ya!

Baca juga: Ini Bezanya Anak Lambat Bercakap Atau Ada Masalah Gangguan Percakapan (Speech Delay)!

Baca juga: 30 Perkara Anak Anda Harus Faham Dan Cakap Sebelum Usia 2 Tahun

Penulis

Murns A.