X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Tragedi 8 maut berbasikal: Mendakwa ibu bapa yang cuai

21 Feb, 2017
Tragedi 8 maut berbasikal: Mendakwa ibu bapa yang cuaiTragedi 8 maut berbasikal: Mendakwa ibu bapa yang cuai

Tindakan untuk mendakwa ibu bapa yang cuai diambil mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Dengan tindakan ini, ibu bapa akan lebih berdisiplin untuk mengawal pergerakan anak-anak mereka.

Tanggal 19 Februari lalu, Malaysia digemparkan dengan berita nahas ngeri yang meragut 8 nyawa anak muda selepas mereka dirempuh kereta Nissan Almera pada pukul 3.30 pagi. 8 mangsa tersebut adalah sebahagian daripada sekumpulan remaja berbasikal yang dipercayai sering bermain di kawasan pusat bandar Johor dengan basikal yang diubahsuai.

Berita ini menimbulkan pelbagai kontroversi. Mengapa kanak-kanak bawah usia merayau di jalanan pada pukul 3.30 pagi? Siapa yang harus dipersalahkan dalam kejadian ini?

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dalam laporan The New Paper menggesa pihak berkuasa untuk mendakwa ibu bapa yang cuai dan membenarkan anak-anak bawah umur berkeliaran tanpa pengawasan, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Mengapa ibu bapa yang harus didakwa?

Timbalan Pengerusi Yayasan, Datuk Kamaruddin Md Ali menjelaskan tindakan untuk mendakwa diambil mengikut peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Datuk Kamaruddin percaya dengan tindakan ini, ibu bapa akan lebih berdisiplin untuk mengawal pergerakan anak-anak mereka.

Menghukum ibu bapa yang cuai atas kesalahan anak mereka bukanlah perkara yang luar biasa. Undang-undang ini telah dilaksanakan di beberapa buah negara termasuk England (Wales) dan Amerika Syarikat (Philadelphia).

Di Philadelphia, ibu bapa akan diberi amaran jika anak mereka melakukan gangguan atau kekacauan pertama. Jika kekacauan berterusan, saman sehingga $500 akan dikeluarkan atau ibu bapa akan dipenjara selama 90 hari. Di England, kanak-kanak yang bermasalah akan dihantar ke pusat pemulihan sehingga 2 tahun, dan ibu bapa diarahkan untuk membayar perbelanjaan.

Persoalan di sini mengapa ibu bapa yang disaman atas kesalahan jenayah anak?

Hubung kait antara ibu bapa dan jenayah anak

Semuanya melibatkan hubung kait antara hubungan ibu bapa dan anak itu sendiri. Kajian yang telah dijalankan selama 50 tahun berjaya mengumpul bukti bahawa keluarga adalah faktor utama mengapa sesuatu jenayah melibatkan kanak-kanak terjadi.

Tragedi 8 maut berbasikal: Mendakwa ibu bapa yang cuai

Kredit: Pexels

Farrington menjelaskan proses keibubapaan mampu mempengaruhi kecenderungan kanak-kanak melakukan kesalahan (sama ada jenayah atau sivil). Tanpa proses keibubapaan yang mantap, ibu bapa akan kurang berminat untuk mengetahui aktiviti yang dilakukan anak. Hal ini membawa kepada sifat cuai, lalu tidak mendisiplinkan anak dengan berkesan.

Pelaku kesalahan sivil terbukti:

  1. memiliki hubungan kekeluargaan yang lemah
  2. tidak dibesarkan dengan elok
  3. melalui perpecahan keluarga
  4. pemantauan yang tidak efektif.

Kejadian ini diharapkan mampu menjadi teladan buat ibu bapa di luar sana untuk lebih memantau aktiviti harian anak-anak mereka. Jangan membenarkan anak-anak melanggar peraturan sama ada di sekolah atau di jalanraya contohnya. Keterbukaan ini akan mengajar anak anda untuk tidak berdisiplin dan mungkin melakukan kesalahan atau kekacauan lain.

Langkah mendisiplinkan anak mengikut usia

Tragedi 8 maut berbasikal: Mendakwa ibu bapa yang cuai

Kredit: Pexels

KidsHealth berkongsi langkah untuk mendisiplinkan anak mengikut faktor usia. Kedegilan anak yang semakin membesar harus ditangani dengan bijak bergantung kepada usia. Bagi kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan ke atas, ibu bapa harus:

  • Sediakan peraturan tentang kerja sekolah, pergi melawat kawan-kawan, perintah berkurung, keluar dating
  • Bincang dan nyatakan peraturan pada anak – supaya dia tidak salah faham
  • Jika anak anda melanggar peraturan, hukum dengan mengambil hak keistimewaan yang dia ada sebelum ini – seperti ambil basikal
  • Pastikan anak melakukan aktiviti dengan selamat – seperti memakai pakaian yang bersesuaian
  • Amalkan sifat positif – jika anda hukumnya dengan perintah berkurung, maafkan anak jika dia berkelakuan baik. Ini supaya dia hormat dengan keputusan anda.

Walau apa pun yang telah terjadi, marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa kejadian. Sepertimana yang dipetik oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar – “The dead will not come back, let them go, this is also a lesson to parents not to allow their children to go out at night. Let them (children) cry, rather than us.”

 

Sumber: theAsianparent Malaysia, The New Paper, Kids Health Organisation, American Psychological Association, The Howard Journal, HG.org dan Akta Kanak-Kanak 2001

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Tragedi 8 maut berbasikal: Mendakwa ibu bapa yang cuai
Kongsikan:
  • Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

    Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

  • Perbezaan Antara Ibu bapa Di Asia & Ibu Bapa Negara Barat Dalam Mendidik Anak-Anak

    Perbezaan Antara Ibu bapa Di Asia & Ibu Bapa Negara Barat Dalam Mendidik Anak-Anak

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

    Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

  • Perbezaan Antara Ibu bapa Di Asia & Ibu Bapa Negara Barat Dalam Mendidik Anak-Anak

    Perbezaan Antara Ibu bapa Di Asia & Ibu Bapa Negara Barat Dalam Mendidik Anak-Anak

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.