Mengembara ke luar negara pastinya menjadi idaman ramai orang, apatah lagi buat golongan backpackers yang gemarkan cabaran. Namun apabila sudah berkeluarga serta mempunyai anak kecil, tidak ramai yang meneruskan aktiviti ini terutamanya kerana travel dengan baby ada risikonya.
Aktiviti backpacking ini merupakan satu trend yang kebiasaannya dilakukan oleh pengembara dengan kewangan yang terhad. Selalunya untuk mencari pengalaman, dan merupakan satu peluang yang baik untuk belajar survive di negara orang.
Travel Dengan Baby 2 Bulan, “Baik Tidur Tepi Jalan Je, Free”
Pastinya bila sudah berkeluarga, kita mahu beri penginapan dan pengalaman travel yang selesa untuk mereka. Namun bagi seorang lelaki ini, nampaknya dia masih mengamalkan konsep ‘backpacking‘ walaupun travel dengan baby yang baru berusia 2 bulan!
Namun, cara lelaki ini mendapat respon negatif dari warga netizen yang rata-ratanya mengecam tindakannya yang kelihatan seperti menyusahkan anak isterinya. Tetapi nampaknya dia berbangga dengan tindakannya, dan menganggap pengalaman ini sebagai ‘survival family’ pula.
Berikut perkongsiannya:
Difahamkan, lelaki tersebut membawa isteri dan bayinya mengembara ke Itali selama 4 hari dan hanya menginap di hotel sekali sahaja. Selebihnya tidur di jalanan, dan makan pun sekadar apa yang ada.
Kata si suami, dia tidak mahu tinggal di hotel atas alasan untuk berjimat cermat kerana harga tempat penginapan yang terlalu mahal.
Pelik juga ya, mengembara sampai ke Itali tapi bila sudah sampai, mahu ‘berjimat’ pula walaupun keselesaan anak isteri terabai.
Kalau Nak Hidup Dengan Pengembara, Hati Kena Kental…
Sumber mengatakan, lelaki tersebut menganggap ini merupakan cara untuk ‘membimbing’ anak isterinya untuk menghadapi cabaran masa mendatang. Tambahan lagi, isterinya tidak pernah merungut dan bayinya pula tidak meragam sepanjang perjalanan.
“Alhamdulillah tak ada merungut apa-apa, tapi ada jugak sekali termenangis sebab tak tahan sangat sakit pinggang tanggung beg, anak, 10 jam terkandas kat airport.”
Baginya, kesukaran ini hanya perkara kecil jika dibandingkan dengan kehidupan menjelang akhir zaman kelak.
“Tapi nanti zaman Dajjal, lagi teruk kot. Yang mana tak tahan, akhirnya akan tunduk bawah dajjal, dan dapatlah dia segala kesedapan dunia. Nauzubillah min Zalik.”
“Bangga Pulak Tu Bahayakan Anak Bini”
Bagi lelaki ini, ia mungkin satu pengalaman yang menarik buat keluarganya, tetapi rata-rata warga netizen tidak bersetuju dengan cara keluarga ini, tambahan lagi travel dengan bayi masih kecil dan isteri yang baru habis tempoh berpantang!
sumber: twitter @_loveshak
sumber: twitter/ohbulan
Ramai yang bersetuju mengatakan yang tindakan lelaki ini sebenarnya boleh membahayakan keselamatan isteri dan bayi tersebut.
Tambahan lagi, kudrat seorang lelaki amat berbeza dengan wanita dan kanak-kanak, jadi sepatutnya dia tidak boleh mengganggap ahli keluarganya ‘sekuat’ dirinya sepanjang dalam perjalanan.
Persekitaran yang berubah boleh memberikan risiko kesihatan kepada bayi yang masih kecil, malah kepada ibu yang baru selesai berpantang. Malahan, sebagai wanita pastinya lebih selesa untuk menjaga aurat sekiranya tidur di bilik yang tertutup.
Ramai juga yang berasa hairan, sekiranya tidak mampu memberikan kemudahan penginapan, kenapa mahu mengembara sampai ke Eropah? Apa pendapat anda?
Memuliakan Isteri Dalam Islam
Walaupun seseorang isteri itu sanggup bersusah payah dengan suami, namun hakikatnya ia bukanlah alasan untuk suami mengendahkan keperluan dan keselesaan si isteri. Sebaik-baiknya jika mampu, suami haruslah memberikan layanan yang baik buat isteri dan anak dalam apa jua keadaan sekalipun.
Seeloknya, walaupun isteri bersetuju dan ingin menjadi isteri mithali dengan mengikut suami, suami haruslah berusaha untuk memuliakan isteri sebaik mungkin. Berikut perkongsian beberapa hadis tentang memuliakan isteri dari sumber Fatimah Syarha:
- Perintah Allah supaya menggauli isteri dengan baik dan sabar dengan karenah isteri.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu semua dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya ,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah Al-Nisa’:19)
- Wasiat Rasulullah supaya menggauli isteri dengan baik.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu semua supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri. Sesungguhnya kamu semua mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu semua menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”(Riwayat Al-Tirmidzi)
- Berbuat baik kepada isteri lambang kesempurnaan iman.
Sabda Nabi yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya.”(Riwayat Abu Daud)
- Lelaki yang paling baik ialah lelaki yang berbuat baik kepada isteri.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”(Riwayat Abu Daud).
- Larangan menyakiti isteri
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, “Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah memukul isterinya. Tidakkah malu orang yang memukul isterinya seperti memukul budak, dipukul pada siang hari dan digaulinya pada malam hari?”
Baginda Rasulullah SAW sangat MARAH tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”
“Aku tidak bertanya alasanmu, aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?” Sahut Rasulullah SAW.
Dan juga Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya.”[1] (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan al-Nasai)
Nabi menegah memukul isteri sesuka hati. Baginda menyandarkan mereka kepada Allah dengan panggilan “hamba-hamba Allah di kalangan wanita”, sebagai gesaan supaya kita patuh kepada Allah SWT dan berwaspada daripada melampaui batas. Nabi SAW bersabda:
عَنْ إِيَاسِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي ذُبَابٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاً تَضْرِبُوا إِمَاءَ اللَّهِ
Maksudnya:
Daripada Iyas ibn ‘Abdillah ibn Abi Zubab berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kamu memukul hamba-hamba Allah di kalangan wanita.”
Rasulullah s.a.w. memarahi Al-Walid bin ‘Uqbah kerana memukul isterinya, sehingga Baginda berdoa:
اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ
Maksudnya:
Ya Allah, terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid! Ya Allah terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid!. (Hadis riwayat Al-Tabrani di dalam Tahzib Al-Athar dan Imam Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad).
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: ohmedia
Baca juga:
Suami, Hargailah Teman Sehidup Semati Anda! Ini 13 Cara Melayan Isteri Baik Agar Isteri Taat Suami
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!