Walau Sehebat Mana Pun Isteri, Jangan Sesekali Ambil Tugas Suami Dalam Rumah Tangga

Tugas ketua keluarga jangan diambil alih untuk elakkan bebanan rumah tangga pada bahu isteri seorang, biarkan suami jalankan tanggungjawabnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi suami isteri dan hidup bersama di bawah satu bumbung memerlukan pasangan saling bantu membantu dalam urusan seharian. Suami mempunyai tanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga sama seperti isteri. Namun ramai juga suami lepas tangan dalam hal-hal kecil. Akhirnya tugas ketua keluarga beralih di bahu isteri.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Biarkan suami yang jalankan tugas ketua keluarga, isteri usah terlebih rajin
  • Jangan ambil alih tugas ketua keluarga di rumah

Biarkan suami yang jalankan tugas ketua keluarga, isteri usah terlebih rajin

Melalui tulisannya di facebook, Cik Puan Gojes telah berkongsi luahan mengenai suami yang kurang bertanggungjawab. Dia juga telah memberikan tips buat isteri-isteri di luar sana untuk melepaskan tugasan kecil kepada suami.

Perbuatan mengambil alih tugas suami hanya akan membebankan isteri di kemudian hari. Akibat kasihan akhirnya isteri sahaja yang melakukan tugasan sedangkan suami bergoyang kaki akibat sudah selesa.

 

Jangan ambil alih tugas ketua keluarga di rumah

Kalau hampa tanya lagu mana nak bagi laki rasa ada tanggungjawab… now days ramai lelaki hanya bernama lelaki tapi hakikatnya sukar ditelan…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai isteri,

JANGAN AMBIK KERJA LAKI!!!

  • Kalau berus gigi kembang dah, guna sampai cabut bulu
  • Kalau ubat gigi takdak, tonyoh pakai sabun
  • Kalau mandian takdak, mandi taksah sabun biaq busuk ketiak
  • Kalau shampoo takdak biaq seregum rambut tak basuh
  • Kalau lauk-lauk basah takda di rumah, masak apa ada saja di rumah
  • Kalau sabun basuh takda jangan basuh baju
  • Kalau pampers anak takdak pakai kain apa ada

Keraskan hati.. bukan pentingkan diri.. tapi sekali hang ambik KERJA LAKI

Sampai bila-bila hang jadi kepala rumah tangga.. ada benda memang perlu dibantu, hidup sebagai pasangan ni.. tapi ada benda terpaksa keraskan hati untuk mengajar suami biar ada fungsi jadi SUAMI dalam rumah tangga..

Jangan salah DARI didikan kita yang bentuk suami jadi SURIMI.. semua benda kita kesian.. semua benda kita nak take over.. it will be like a hell your life.. no more happy.. membantu tak salah tapi bukan AMBIK KERJA SUAMI.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman Cik Puan Gojes masa jadi cikgu.. bila tanya anak murid kenapa tak hadir sekolah.. dia jawab mak pi meniaga nasi lemak.. kami kena jaga adik.. abah duk lena…

Cik Puan Gojes paling pantang dalam hidup laki tak KERJA dan takda FUNGSI.. kerja selekeh tak cukup gaji takpa.. jangan goyang teloq tunggu bini suap.. ini berkecuali kalau suami sakit okey.. ini hal lain…

Maksud Cik Puan Gojes kalau sihat seadanya… semua kerja hang takleh buat bila nak projek hang kata wajib isteri melayang.. PANTANG AKU.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alhamdulillah SUAMI CIK PUAN GOJES BUKAN SURIMI.. aku tak mintak emas permata.. aku tak mintak intan berlian.. aku tak mintak chanel dior gucci.. cukup jadi suami yang bertanggungjawab dan ada FUNGSI sebagai KEPALA RUMAH TANGGA.

TIPS:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Laki bawak barang pi kaunter hang pi duk jauh
  • Pilih apa yang perlu jangan bebankan kewangan suami. (Ukur baju di badan sendiri)
  • Jangan offer nak drive kalau tengok laki drive dengan selesa.. tumbuk urut takpa..

TAK SEMUA LAKI BUAT TANGGUNGJAWAB DEPA DENGAN BETUL SEDANG ISTERI TAKUT UNTUK BERBICARA ANDAI SUAMI TERLUKA..

Maaf andai tutur ini berbisa.. tapi banyak wanita alami benda ni.. Cik Puan Gojes tak maksud semua lelaki.. ada diantaranya okey.. tolong faham maksud.. jangan melenting kalau hampa bukan TAKDAK FUNGSI.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Ambil Alih Tugas Suami, Ajar Mereka Buat Sendiri Supaya Nanti Tidak Lepas Tangan!

Baca juga: Tanggungjawab SUAMI Dalam Rumah Tangga, Ambil Tahu Tugas Anda, Jangan Ambil Mudah!

Baca juga: 5 Tanggungjawab Suami Dalam Islam, Ingat Suami JANGAN Ambil Lewa Tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ain Yusof