Siapa kata tugas seorang suri rumah itu mudah? Bayangkan perlu ‘bekerja’ sepanjang masa tanpa rehat. Tidak semua yang mampu melakukan tugasan seperti ini.
Menerusi perkongsian @ams_brand melalui akaun Tik Toknya, dia berasa kagum dengan insan yang bergelar suri rumah.
Menurutnya, yang juga pekerja di klinik kesihatan, kebanyakan pesakit darah tinggi, pesakit yang alami depression, anxiety atau stress adalah dari kalangan suri rumah.
Dia turut meluahkan rasa kagumnya pada insan yang bergelar suri rumah kerana sanggup melakukan tugasan ini tanpa mengharapkan sebarang bayaran.
Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?
- Insan hebat buat tugas suri rumah yang tiada kesudahan
- Tugas suri rumah tidak mudah, suami perlu memahami
- Mereka perlukan tempat untuk luahkan perasaan
- Kepada suri rumah, anda adalah insan yang hebat!
Insan hebat buat tugas suri rumah yang tiada kesudahan
Dipetik daripada perkongsian @ams_brand,
“Suri rumah ini tidak bekerja. Mereka tidak bekerja seperti wanita yang lain. Dia duduk di rumah, menyapu sampah serta bersihkan rumah.
Dia juga kemas rumah, masak untuk suami dan juga anak-anak. Jaga pakai, makan dan minum keluarga. Duduk melipat kain, menguruskan anak serta rumah. Pebagai kerja yang dia buat.
Di saat suami kerja, dia pun bekerja di rumah. Bila suami pulang dari rumah, dia masih lagi bekerja. Suami dah tidur, dia masih lagi bekerja. Anak-anak dah tidur pun, dia masih buat kerja juga.
Tengah malam bila suami dengan anak-anak dah tidur, dia masih lagi buat kerja. Waktu bila dia cuti? Waktu bila dia tidur dan rehat?
Sebab itulah ramai pesakit saya yang ada darah tinggi, yang ada depression, anxiety, serta stress adalah dalam golongan suri rumah. Mereka tidak ada waktu rehat.”
Tugas suri rumah tidak mudah, suami kena memahami
“Suami balik kerja boleh terus rehat, boleh terus menghadap telefon, makan, dan tengok televisyen tetapi suri rumah masih tidak rehat lagi.
Waktu ini, mereka akan duduk layan anak, suap anak makan, buatkan makanan untuk anak serta menjaga kebersihan anak.
Dengan menyapu serta bersihkan rumah lagi. Bukan sekali atau dua kali tetapi sepuluh kali mereka lakukan tugasan itu.
Sebab itulah isteri kita ini perlukan suami yang faham keadaan dia. Kita balik kerja, mandi, makan nasi. Kemudian, terus kita duduk menghadap telefon, terus kita main game. Macam itu ke kita?
Janganlah macam tu. Sebab apa? Sebab isteri kita ini seharian masa kita pergi kerja, dia tidak bercakap dengan sesiapa pun.
Dia tidak boleh nak luahkan perasaan penat itu pada sesiapa. Kalau kita balik kerja terus menghadap game, terus duduk melayan telefon dan tidak layan atau tidak bercakap dengan dia pun.
Janganlah macam tu, isteri kita adalah suri rumah. Dia tidak ada sesiapa yang berkawan dengan dia kecuali kita dan anak-anak.”
Mereka perlukan tempat untuk luahkan perasaan
“Mangkuk, pinggan, mesin basuh, senduk, itulah kawan dia. Tidak ada sesiapa lagi dah. Tapi kalau kita pergi kerja ni, macam-macam orang kita boleh jumpa. Macam-macam kawan kita ada. Ada yang tua, muda, tinggi, dan gemuk.
Kita boleh bercakap dan boleh bersembang dengan mereka. Boleh minum dan lepak di kedai kopi. Tetapi, kalau isteri kita, tiada sesiapa yang nak bersembang dan menjadi tempat untuk dia luahkan perasaan.
Kalau macam kita balik rumah, terus layan telefon, dia nak bercakap dengan siapa?
Dia nak luah rasa letih, rasa penat dia. Allahuakbar!
Sebab itulah kalau kita ada isteri suri rumah, cuba luangkan masa lebih sikit dengan mereka.
Mereka perlukan kita. Kawan rapat mereka adalah kita. Kita adalah tempat untuk mereka luahkan segalanya.
Apabila kita dengar keluhan mereka, mereka rasa lega. Suri rumah ini antara kerja yang paling mulia. Dia tolong jaga anak kita, yang mana kita tak perlu nak hantar pada pengasuh.
Bayangkan kalau hantar seorang anak kepada pengasuh, perlukan masa dalam RM400 ke RM500. Dah kalau dua, tiga atau empat orang anak, cuba kira sendiri.
Tapi semua beban itu, kita suruh isteri yang buat. Allahu Akbar! Tetapi kalau kita tidak layan isteri kita, tidak hargai atau pun tidak nampak pengorbanan dia selama ini, macam mana kita?”
Kepada suri rumah, anda adalah insan yang hebat!
“Kepada suri rumah di luar sana, dengar sini baik-baik. Anda semua adalah insan yang hebat.
Sebab apa? Tidak semua wanita boleh duduk di tempat anda. Anda adalah insan yang sangat-sangat hebat. InsyaAllah, pahala menanti anda semua.
InsyaAllah, moga kerja anda ini menjadi satu asbab untuk awak ke syurga Allah.”
Semoga perkongsian ini dapat membuka mata kita tentang pengorbanan insan yang bergelar suri rumah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Surat Terbuka Dari Seorang Ibu Suri Rumah Yang Hampir Menghadapi Kemurungan
Baca juga: Bukan Mudah Menjadi Suri Rumah, Selain Perlu Bekerja & Mengurus Anak-Anak, Ini Sebabnya