Seorang lelaki berusia 20 tahun di Lombok Barat dilaporkan telah mengahwini dua gadis remaja. Dan kedua-dua perkahwinan tersebut telah berlangsung dalam masa kurang daripada satu bulan, ini menunjukkan masalah perkahwinan gadis bawah umur yang meluas di wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB). Juga tidak dapat dipastikan apakah tujuan perkahwinan sehingga dua gadis sekali gus.
Menurut laporan dari media tempatan, lelaki yang dikenali oleh R awalnya telah mengahwini isteri pertamanya, yang dikenali sebagai F, pada 17 September lalu. Kemudian dia berkahwin dengan gadis lain, yang dikenali sebagai M, pada Isnin lepas. Kedua-dua F dan M dilaporkan baru berusia 16 tahun.
Mengundang kecaman netizen
Gambar dari perkahwinan R dan M yang dikongsi di Facebook telah tular dan menjadi topik hangat di kalangan netizen. Foto menunjukkan R duduk di antara F dan M, kesemuanya berpakaian tradisional. Mereka dilaporkan berkahwin dalam upacara tradisional, yang dikenali sebagai siri nikah, yakni satu amalan yang mengiktiraf kesatuan mengikut adat agama.
Ayah kepada R, Ayuni, memberitahu Kumparan bahawa dia terkejut mengetahui bahawa anaknya memutuskan untuk berkahwin, terutamanya kerana dia masih mendaftar sebagai pelajar di sekolah menengah vokasional (SMK). Malah ayahnya juga tidak pasti tujuan perkahwinan tersebut sedangkan dia masih bersekolah.
“Ya, saya terkejut. Kerana dia masih bersekolah. Ujian Nasional (UN) akan menjelang tidak lama lagi,” kata Ayuni.
Tujuan perkahwinan kali ke-2
R dan M telah bercinta sejak tiga tahun yang lalu, sementara R hanya menjalin hubungan dengan F baru-baru ini. Setelah R berkahwin dengan F, M dan keluarganya berkunjung ke rumah R untuk menemui ibu bapanya pada hujung minggu lalu, dan pada masa itu mereka meminta R untuk berkahwin dengan M. Dipercayai tujuan perkahwinan kali kedua ini adalah ekoran mereka sudah pun lama bercinta.
Walaupun R, F, dan M belum berbicara dengan media mengenai perkahwinan poligami mereka, ibu bapa R nampaknya lebih bersedia untuk berbicara dengan media. Ayuni menyatakan bahawa dia telah membelanjakan Rp50 juta untuk perkahwinan mereka, namun tetap berharap agar anaknya meneruskan pendidikannya.
“Saya mahu anak saya melanjutkan pelajaran. Saya ingin menyokongnya dalam pendidikan. Saya dapat menampung perbelanjaan hidup R. Saya juga mampu menyara kedua-dua isterinya, ”kata Ayuni.
Ibu R Nurminah juga menyatakan hasrat yang sama, dengan harapan perkahwinannya dengan dua gadis itu tidak menjadi penghalang untuk R menamatkan pendidikannya.
NTB telah lama bermasalah dengan perkahwinan gadis bawah umur, sementara anggaran dari Unicef menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 1.2 juta gadis yang telah menikah sebelum mereka berusia 18 tahun di seluruh Indonesia.
Mengapa perkahwinan bawah umur perlu dielak?
Selepas berita perkahwinan imam yang bernama Che Abdul Karim Che Hamid ini tular, ramai yang mengecam tindakannya menikahi budak berusia sebaya anaknya sendiri.
Ada yang mengatakan ini salah satu contoh kes pedofilia yang dibuat secara terbuka dengan menggunakan landasan nikah sebagai tiket untuk berhubungan seksual dengan budak bawah umur.
Di Malaysia, isu ini bukanlah perkara yang baru. Banyak kisah perkahwinan bawah umur yang menjadi paparan berita sejak bertahun-tahun tanpa sebarang penambahbaikan pada undang-undang.
5 kesan buruk perkahwinan bawah umur
Ini antara beberapa kesan buruk yang boleh terjadi jika seseorang perempuan berkahwin pada usia bawah 20 tahun.
Menurut girlsnotbrides.org, setiap tahun, seramai 12 juta gadis berusia bawah 18 tahun berkahwin. Ini bermakna, 23 budak perempuan dikahwinkan setiap minit di seluruh dunia.
#1. Budak perempuan kahwin awal akan hadapi cabaran yang besar kerana mereka masih terlalu muda
Kanak-kanak yang berkahwin awal akan berasa terasing kerana mereka tidak lagi dapat bermain atau bersosial dengan rakan sebaya. Kahwin awal juga menyekat hak mereka dari segi keselamatan, kesihatan dan pendidikan.
Akses yang kurang pada peluang pendidikan dan ekonomi juga menyebabkan mereka dan ahli keluarga hidup dalam kemiskinan.
#2. Menggalakkan aktiviti seksual pada terlalu awal
Tubuh badan mereka masih berkembang dan mereka melakukan aktiviti seksual terlalu awal dengan pendidikan seks yang kurang dan tidak mengetahui hak mereka sebagai seorang wanita dan tentang kesihatan reproduktif mereka.
Apabila berkahwin, mereka menghadapi tekanan untuk membuktikan kesuburan mereka.
Apabila mereka berkahwin dengan lelaki berusia, mereka sukar untuk menunaikan keinginan seks suami dan bercakap tentang seks selamat dan perancang keluarga.
#3. Perempuan berusia 20 tahun ke bawah menghadapi risiko tinggi semasa mengandung atau beranak
Biasanya mereka tidak bersedia dari segi fizikal mahupun mental untuk menjadi seorang isteri dan ibu, oleh itu mereka terdedah pada risiko kematian semasa beranak, dan kecederaan semasa hamil.
Kajian juga menunjukkan ibu berusia 20 tahun ke bawah mempunyai 50% risiko yang tinggi untuk melahirkan anak pramatang, anak lahir mati dan bayi baru lahir mati berbanding wanita yang lebih berusia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Coconuts
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperkahwinan-bawah-umur
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!