Cara Tukar Duit Raya Maybank Di Mesin ATM, Tak Sampai 10 Minit Pun!

Tukar duit raya Maybank di mesin pengeluaran automatik (ATM) tanpa perlu mengambil nombor giliran dan beratur panjang. Jimat masa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pejam celik pejam celik, Ramadan hanya berbaki seminggu sahaja lagi! Salah satu persediaan menjelang Aidilfitri yang biasa kita lakukan adalah dengan menyediakan siap-siap duit raya. Haa, sesiapa yang masih belum tukar duit raya lagi, boleh cuba cara tukar duit raya Maybank di mesin ATM. Sangat mudah dan cepat!

Melalui satu perkongsian Anis Hani di Tiktok, miliknya memaparkan cara tukar duit raya Maybank di mesin ATM dengan mudah!

Sila ambil perhatian bahawa cara ini hanya dibolehkan menukar duit raya bernilai RM10 atau RM50 sahaja di mana-mana ATM Maybank yang terpilih.

Pengeluaran di ATM terpilih bermula dari 11 sehingga 24 April 2023.

 

Cara Tukar Duit Raya Maybank Di Mesin ATM 

Dalam perkongsian tersebut, Anis merakamkan beberapa langkah mudah untuk menukar duit raya tanpa perlu beratur panjang. Turut kelihatan beberapa orang turut menggunakan ATM terpilih untuk tujuan yang sama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Cari mesin ATM tukar duit raya Maybank terpilih

Dalam perkongsian tersebut, Anis ada memberi tipsnya iaitu cari mesin ATM ‘ada tanda ini sahaja’ yang tertera dengan “Dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini”. Mesin terpilih ini membolehkan anda tukar duit raya yang baru.

2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, hanya not RM10 sahaja sekali keluar maksima RM300 sahaja. Kalau nak tukar duit raya Maybank lagi banyak, kena ulang step tu. 

3. Selesai pengeluaran duit baru 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

@hanijalani8 Nak duit raya! jom tukar di atm ja. #persiapanraya #raya2021 #selamathariraya #duitraya #LearnOnTiktok #TiktokGuru #CapCut ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

4. Minta sampul di kaunter 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senarai Lokasi Mesin ATM Maybank Raya 2023

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, sebanyak 101 mesin ATM Maybank di seluruh Malaysia telah disediakan. Berikut merupakan senarai lokasi mesin ATM Maybank Raya bagi tahun 2023 yang boleh anda kunjungi untuk menukar duit raya dengan segera. 

Untuk makluman lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi Maybank : Senarai Lokasi Mesin ATM Maybank Raya 2023

Jika anda memerlukan jumlah not yang lebih kecil seperti RM1, RM 5, anda boleh pergi ke kaunter di cawangan Maybank yang berdekatan dengan rumah anda. Pastikan anda datang lebih awal kerana takut sesak dan beratur panjang.

Masih belum terlambat untuk anda menukar duit raya pada Aidilfitri yang bakal tiba. Apa yang pasti, ikhlaskan dalam memberi walaupun jumlahnya banyak atau sedikit.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Tiktok: Anis Hani

Baca juga: Banyak Atau Sikit Duit Raya, Berilah Dengan Ikhlas Agar Dapat Ganjaran Pahala Berganda

Baca juga: 4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda

Baca juga: Duit Raya Anak Sikit & Tak Balik Modal, Netizen Terkilan Ada Ibu Ayah ‘Demand’ Lebih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah