Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat bayi baru lahir dengan keadaan jantung kecilnya terkeluar dari badan akibat tidak mempunyai tulang dada.
*Gambar dan video di dalam artikel ini mungkin agak sensitif, baca atas budi bicara anda.
Menurut laporan BBC, wanita ini telah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungan ketika doktor mendapat tahu kondisi bayi tersebut melalui scan.
Walau bagaimanapun, ibu ini cekal dan yakin yang bayinya boleh hidup dengan normal. Jadi dia memutuskan untuk kekalkan kandungannya itu.
Sebaik kandungannya tiba 37 minggu, doktor menyarankan untuk kelahiran C-section dan bayi itu ternyata lahir dengan jantung yang berdegup di luar badannya.
Kejadian itu dirakam dan ramai yang menonton meluahkan rasa simpati dan cukup terkejut dengan keadaan itu.
3 Pembedahan dilakukan untuk letak semula jantung ke dalam tulang dada
Bayi yang bernama Vanellope itu perlu menjalani tiga pembedahan untuk meletakkan kembali jantungnya di dada.
Kisah yang berlaku pada beberapa tahun yang lepas ini masih mendapat perhatian dan Vanellope sekarang dikatakan menjalani kehidupan seperti biasa dan dalam kesihatan yang baik.
Ibunya Naomi Findlay, dari Bulwell, Nottingham, mengatakan bahawa dia cukup gembira dan sangat bersyukur untuk memiliki Vanellope pulang selepas 14 bulan di hospital.
Satu perjalanan keibubapaan yang penuh emosi
“Ia sangat mengujakan tetapi menakutkan pada masa yang sama,” tambahnya.
“Ini adalah perjalanan yang penuh emosi dan sangat panjang.”
Vanellope memerlukan penjagaan 24 jam dan bergantung pada ventilator.
Ibu bapanya sempat mengatakan bahawa mereka akan berkahwin tahun depan dan mengambil alih sepenuh jagaannya, walaupun mereka tetap akan mendapatkan pertolongan.
Findlay mengatakan kepulangan bayi kesayangannya itu bukanlah pengkahiran kepada masalah mereka, akan tetapi ini adalah peluang bagi mereka untuk menjadi keluarga normal selepas 14 bulan terpisah.
Ayah Vanellope, Dean Wilkins berkata: “Masih banyak yang harus mereka lalui tetapi dia sudah pulang dan itulah langkah pertama yang paling penting untum menjadi satu keluarga.”
Frances Bu’Lock, salah seorang daripada kumpulan yang merawat Vanellope, mengatakan bayi itu akan “memerlukan sesuatu dalam jangka masa panjang” untuk memberi struktur pada tulang dadanya dan menjadikan keadaannya lebih stabil.
“Seperti dengan semua rawatannya sebelum ini, kami tidak pasti apa yang akan terjadi, kerana tidak ada yang pernah melakukannya sebelumnya, jadi kami harus terus mengawasi keadaan Vanellope,” tambahnya.
Komplikasi ini yang dikenali sebagai Ectopia Cordis, iaitu jantung di luar badan dan akibat tiada tulang dada sangat jarang berlaku. Dan hanya beberapa kes berlaku dalam sejuta kelahiran, malah kebanyakannya berakhir dengan kematian.
Ketika keadaan Vanellope pertama kali didiagnosis, iaitu waktu scan kehamilan, ibu bapanya diberitahu bahawa dia mempunyai kurang dari satu dari 10 peluang untuk hidup.
Walau bagaimanapun, pakar di unit pembedahan jantung kanak-kanak di Hospital Glenfield berjaya mengatasi kemungkinan itu.
Hospital Glenfield mengatakan bahawa selain Vanellope, tidak ada kes lain di UK yang mana bayi yang mempunyai komplikasi ini selamat.
Kini Vanellope sudah berusia 4 tahun
“Apa yang terjadi adalah satu keajaiban,” kata Naomi.
“Vanellope adalah bayi pertama di UK yang terselamat dalam keadaan ini.
“Saya melihat jantungnya keluar dari dadanya, dan tiga minggu kemudian jantungnya kembali berada di dadanya.
“Bagaimanap mereka melakukan pembedahan itu, dan penjagaan rapi daripada pasukan perubatan, sangat luar biasa.
“Mereka yang beri peluang untuk Vanellope hidup hingga ke hari ini, dengan pembedahan dan rawatan mereka yang sangat luar biasa.”
Findlay, yang berpusat di Nottingham, akan beralih ke pusat jantung baru di LRI pada tahun-tahun mendatang untuk beberapa pembedahan bagi memberi Vanellope sternum, satu benda yang tiada dalam badan Vanellope.
“Saya gembira mengetahui yang pusat perubatan ini makin berkembang, supaya mereka dapat terus menyelamatkan nyawa kanak-kanak dengan komplikasi seperti ini, sama seperti mereka menyelamatkan nyawa anak saya,” ujar Naomi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit: BBC News
Baca juga: Bayi Lahir Pramatang & Rupa Macam Alien, Ibu Ini Nekad Besarkan Anak Sebaik Mungkin