X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

HARAM Gugurkan Kandungan, Melainkan 3 Perkara Ini! Kaum Hawa Wajib Tahu

5 min bacaan
HARAM Gugurkan Kandungan, Melainkan 3 Perkara Ini! Kaum Hawa Wajib TahuHARAM Gugurkan Kandungan, Melainkan 3 Perkara Ini! Kaum Hawa Wajib Tahu

Mengikut hasil carian di ‘Google trends’, data menunjukkan terlalu ramai yang mencari maklumat mengenai cara gugurkan kandungan awal dan yang berkaitan dengannya. 

Mengikut hasil carian di ‘Google trends’, data menunjukkan terlalu ramai yang mencari maklumat mengenai cara gugurkan kandungan awal dan yang berkaitan dengannya. 

Apakah punca yang menjadikan data ini begitu tinggi? Adakah sepanjang PKP lepas ramai pasangan yang ‘terlanjur’ dan mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan mereka? Dan bolehkah sebenarnya menggugurkan kandungan? Apa hukumnya?

Terdapat khilaf di kalangan ahli ulamak dalam hukum menggugurkan kandungan ini. Ada dua keadaan yang sebenarnya jatuh dalam hukum haram dan jatuh dalam hukum harus atau makruh. 

Memetik kenyataan Ustaz Azhar Idrus berkenaan hukum gugurkan kandungan ini, “yang pastinya tiada khilaf antara ulama berkenaan kandungan yang sihat berusia empat bulan atau lebih 120 hari digugurkan jatuh dalam hukum HARAM jika tiada sebab darurat,” katanya. 

Tambahnya lagi “kandungan yang mencecah usia 4 bulan telah pun ditiupkan roh, yakni sudah bernyawa, jadi HARAM untuk kita membunuh kandungan yang sudah bernyawa. Dan kategori dosa ini adalah dosa besar.

Melainkan jika kandungan itu kurang dari usia 4 bulan yang mana ia dianggap masih tidak bernyawa maka timbul perselisihan antara para ulama, ada yang menyatakan ia makruh dan ada menyatakan ia haram.

Bagi menjelaskan lagi mengenai perkara ini, Mufti Wilayah Persekutuan telah menjelaskan mengenai hukum menggugurkan kandungan dalam Islam. 

Hukum menggugurkan kandungan dalam Islam

cara gugurkan kandungan awal

Situasi Pertama : Usia Kandungan Lebih daripada 120 hari

Para jumhur fuqaha’ telah bersepakat mengatakan bahawa haram hukumnya menggugurkan kandungan setelah ditiupkan ruh tanpa sebab-sebab yang dikategorikan sebagai darurat. (Rujuk: Al-Bahr al-Raiq, 8/233; Nihayah al-Muhtaj, 8/422; Al-Insof, 1/386; Hasyiyah al-Dasuqi, 2/367).

Usia kandungan yang ditiupkan ruh itu adalah selepas kandungan itu berusia empat bulan atau 120 hari kehamilan berdasarkan hadis Ibnu Mas’ud yang telah disebutkan sebelum ini. (Rujuk: Fathul Bari, 11/588).

Ia dianggap melakukan jenayah terhadap makhluk yang hidup, sempurna dan bernyawa tanpa sebarang alasan munasabah. (Rujuk: Syarah Sunan Ibn Majah, 5/9; Syarh Zad al-Mustaqni',7/325).

Situasi Kedua: Usia Kandungan Kurang daripada 120 Hari

Menggugurkan anak atau janin yang berada di dalam kandungan sebelum ia berusia empat bulan adalah termasuk dalam perkara yang diperselisihkan hukumnya di sisi para fuqaha. Majoriti ulama mengatakan bahawa hukumnya adalah haram.

Malah ramai sebenarnya pasangan berkahwin yang ingin tahu cara gugurkan kandungan awal. Sebahagian lain mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh.

Manakala sebahagian lain pula berpendapat bahawa hukumnya adalah harus sekiranya terdapat keuzuran.

Mengikut Mufti Wilayah Persekutuan, mereka lebih cenderung kepada pendapat majoriti fuqaha berkenaan pengharaman menggugurkan kandungan yang berusia kurang daripada empat bulan. (Rujuk: Nihayah al-Muhtaj, 8/416; Al-Mughni, 7/816; Al-Syarh al-Kabir, 2/266-267). 

#1. Menggugurkan kandungan atas faktor kesihatan adalah harus

cara gugurkan kandungan awal

Majoriti ulama’ menyatakan keharusan menggugurkan kandungan samada usia kandungan kurang daripada empat bulan atau lebih jika kehamilan tersebut berpotensi besar untuk mengancam nyawa si ibu.

Sebagai contoh, kehamilan di luar rahim, kehamilan bagi pesakit yang menderita penyakit kronik seperti kanser dan HIV.

Pendapat ini adalah berdasarkan kepada prinsip Usul Fiqh yang menyatakan:

إذا تعارضت مفسدتان رُوعي أعظمُهما ضررًا بارتكاب أخفهما

Maksudnya: “Jika terdapat dua jenis mudarat, maka hendaklah diraikan mudarat yang lebih besar dengan mengambil mudarat yang lebih ringan”. (Rujuk: Al-Asybah wa al-Nazair, hlm 87; Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, hlm 203).

Dalam situasi sebegini, nyawa kedua ibu dan anak sama penting dan berharga. Namun, seandainya pilihan terpaksa dibuat di antara nyawa ibu yang sudah jelas hidupnya, maka ia perlu lebih diutamakan berbanding bayi yang belum pasti keupayaan hidupnya.

Islam adalah agama yang realistik dan fleksibel. Dalam situasi di mana berlakunya darurat yang sangat mendesak, maka ada kelonggaran diberikan untuk ‘keluar’ daripada prinsip asal yang mungkin tidak membenarkan. (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 5/301; Al-Bahr Al-Raiq, 8/233).

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
4 reasons why you need insurance now that you’re pregnant
4 reasons why you need insurance now that you’re pregnant

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-26 yang telah diputuskan pada 7 Mac 1990 ada menyatakan berkaitan persoalan hukum mengugurkan kandungan di atas nasihat doktor disebabkan kecacatan.

Secara ringkasnya, fatwa tersebut menyatakan: Menurut Ijmak Fuqaha’, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk.

#2. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya kepada ibu dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua suami isteri.

cara gugurkan kandungan awal

#3. Ijmak Fuqaha’ berpendapat hukum pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Fatwa ini juga selari dengan ketetapan daripada Majma’ Fiqh al-Islami yang menyatakan: “Sekiranya kandungan itu berusia 120 hari, maka haram hukumnya menggugurkannya, sekalipun ia didapati terdapat kecacatan, melainkan sekiranya mendapat pengesahan daripada pakar perubatan bahawa kandungan itu boleh menjejaskan nyawa ibu, maka ketika itu harus menggugurkannya kerana memelihara nyawa ibu lebih diutamakan”. (Rujuk: Qarar Majma’ al-Fiqh al-Islami, No 277).

Jadi kesimpulannya mudah saja, jika timbul kemudaratan kepada ibu dan bayi maka, DIHARUSKAN untuk menggugurkan kandungan walaupun usia kandungan sudah melebihi empat bulan. Kerana nyawa ibu mesti diutamakan. 

Jika janin berusia kurang daripada 40 hari adalah MAKRUH jika digugurkan, dan mendapat persetujuan suami isteri. Jadi anda boleh rujuk kepada doktor untuk cara gugurkan kandungan awal. 

Seterusnya adalah HARUS digugurkan kandungan yang berusia KURANG 120 hari jika bayi didapati cacat dan berpenyakit serta boleh mengancam nyawa ibu. 

Namun apa-apa pun anda seharusnya mendapat nasihat pakar terlebih dahulu dalam isu kemudaratan ini. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Bahaya Makan Pil Untuk Keguguran, Boleh Menyebabkan Pendarahan Serius!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Keguguran
  • /
  • HARAM Gugurkan Kandungan, Melainkan 3 Perkara Ini! Kaum Hawa Wajib Tahu
Kongsikan:
  • Kisah benar: "Saya gugurkan kandungan tanpa pengetahuan suami!"

    Kisah benar: "Saya gugurkan kandungan tanpa pengetahuan suami!"

  • 'Ter'mengandung Jarak Dekat, Ini Risiko Yang Perlu Anda Tahu!

    'Ter'mengandung Jarak Dekat, Ini Risiko Yang Perlu Anda Tahu!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Kisah benar: "Saya gugurkan kandungan tanpa pengetahuan suami!"

    Kisah benar: "Saya gugurkan kandungan tanpa pengetahuan suami!"

  • 'Ter'mengandung Jarak Dekat, Ini Risiko Yang Perlu Anda Tahu!

    'Ter'mengandung Jarak Dekat, Ini Risiko Yang Perlu Anda Tahu!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.