X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

2 cara gugurkan kandungan luar rahim dengan cepat, tanpa risiko

3 min bacaan
2 cara gugurkan kandungan luar rahim dengan cepat, tanpa risiko

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengeluarkan janin yang tumbuh secara luar rahim. Berikut antara caranya. Ada ibu mengalami pengalaman kehamilan ektopik ini?

Apabila dapat tahu hamil di luar kandungan, tentunya ibu akan rasa sedih dan kecewa.

Namun begitu, jangan terlalu terbawa-bawa kesedihan itu, tapi anda harus ambil tahu cara menggugurkan kehamilan ektopik ini dengan selamat tanpa sebarang risiko.

Johana, 27 tidak menyangka dirinya berbadan dua setelah melihat dua garis pada alat UPT (Urine Pregnancy Test). Bahkan, beliau terlalu gembira kerana ini merupakan kehamilan pertamanya setelah berkahwin selama lima bulan!

Malangnya, kebahagiaan yang dikecapi itu hanyalah sementara kerana ketika menemui doktor, dia mendapat tahu bahawa dia sedang mengandung luar rahim atau lebih dikenali sebagai kandungan ektopik.

Bagaimana kehamilan ektopik berlaku?

cara menggugurkan kehamilan ektopik, kehamilan ektopik, ektopik, gugur kehamilan ektopik, cara gugurkan kehamilan ektopik, cara gugurkan mengandung luar rahim, cara gugurkan kehamilan ektopik, mengandung luar rahim, kehamilan luar rahim, hamil luar rahim, kehamilan ektopik, pembedahan untuk hamil luar rahim, ubat untuk hamil luar rahim

Kehamilan ektopik ini terjadi ketika sel telur yang telah bersenyawa berada di luar rahim. Disebabkan itu, janin tidak dapat bertahan dan kehamilan tersebut harus digugurkan dengan segera.

Hampir 90% wanita yang mengandung luar rahim, memilih untuk menjalani pembedahan sebagai cara menggugurkan kehamilan ektopik ini.

Sekiranya ini berlaku kepada mana-mana wanita, doktor akan memeriksa berapa lama janin berkembang dan di mana letaknya embrio itu.

1 – Cara menggugurkan kehamilan ektopik: Ubat-ubatan

Kehamilan luar rahim yang masih di tahap awal dapat digugurkan dengan ubat-ubatan.

Ia dibolehkan jika ibu memiliki kadar HCG rendah iaitu hormon yang dihasilkan tubuh ketika hamil. Maka kehamilan ini belum berkembang terlalu jauh.

Apabila tiada kerosakan pada tiub fallopian, doktor dapat suntikkan ubat yang disebut methotrexate (trexall). Ubat ini dapat menghentikan sel berkembang dan membiarkan tubuh menyerap kehamilan.

cara menggugurkan kehamilan ektopik, kehamilan ektopik, ektopik, gugur kehamilan ektopik, cara gugurkan kehamilan ektopik, cara gugurkan mengandung luar rahim, cara gugurkan kehamilan ektopik, mengandung luar rahim, kehamilan luar rahim, hamil luar rahim, kehamilan ektopik, pembedahan untuk hamil luar rahim, ubat untuk hamil luar rahim

Selain itu, ubat ini juga dapat melindungi tiub fallopian dan memberi peluang kepada ibu tersebut untuk memiliki kehamilan yang lebih sihat di masa hadapan.

Walau bagaimanapun, ubat tersebut memberi kesan sampingan seperti mual, muntah, pening kepala, cirit birit dan stomatitis (radang pada mulut dan bibir).

Kebiasaannya, wanita akan mengalami sakit perut selepas beberapa hari disuntik ubat ini.

Jika dahulu, ibu yang memilih cara menggugurkan kehamilan ektopik dengan ubat akan ditahan dalam wad bagi mendapatkan suntikan berangkai methotrexate.

Namun kini tak perlu lagi. Tapi, doktor akan pantau secara ketat selama beberapa minggu bagi memastikan ibu telah kembali dalam keadaan yang baik.

Biasanya, satu suntikan saja sudah dapat meluruhkan sel tetapi jika kadar HCG tidak turun mungkin ibu harus disuntik lebih banyak.

2 – Cara menggugurkan kehamilan ektopik: Pembedahan

cara menggugurkan kehamilan ektopik, kehamilan ektopik, ektopik, gugur kehamilan ektopik, cara gugurkan kehamilan ektopik, cara gugurkan mengandung luar rahim, cara gugurkan kehamilan ektopik, mengandung luar rahim, kehamilan luar rahim, hamil luar rahim, kehamilan ektopik, pembedahan untuk hamil luar rahim, ubat untuk hamil luar rahim

Cara menggugurkan kehamilan ektopik seterusnya adalah dengan cara pembedahan. Pembedahan akan dilakukan jika suntikan methotrexate tidak berhasil. 

Pembedahan juga jalan penyelesaian kepada rawatan kehamilan ektopik ini sekiranya ibu memiliki kadar HCG tinggi dan tiub fallopian sudah pecah atau rosak.

Ibu akan menjalani pembedahan laparoskopi dengan memasukkan kamera kecil yang dapat dilihat melalui skrin dan ia tidak akan merosakkan tiub fallopian.

Pakar bedah lebih suka melakukan cara ini kerana ia tidak melibatkan luka yang lebih besar.

Hal ini kerana, jika tiub fallopian telah pecah atau rosak, ibu akan mengalami pendarahan yang lebih teruk. Dalam situasi ini mungkin tiub tersebut terpaksa dibuang.

Setelah pembedahan selesai, doktor sekali lagi akan memantau kadar HCG bagi memastikannnya turun dan kehamilan sudah dibersihkan.

Namun begitu, ada juga wanita yang tetap memerlukan suntikan ubat sehingga semuanya kembali sedia kala.

Semoga bermanfaat. 

Stories Rakan Kongsi
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Best Parks For Leisure and Adventure Within Klang Valley
Best Parks For Leisure and Adventure Within Klang Valley

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Giasinta Angguni. Artikel ini mendapat keizinan daripda theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Kehamilan Ektopik: Kenali Punca, Gejala Dan Rawatan Terbaik Yang Perlu Ibu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Cubaan untuk hamil
  • /
  • 2 cara gugurkan kandungan luar rahim dengan cepat, tanpa risiko
Kongsikan:
  • Cara Guna Pregnancy Test Yang Betul Untuk Mengesahkan Anda Mengandung Atau Tidak

    Cara Guna Pregnancy Test Yang Betul Untuk Mengesahkan Anda Mengandung Atau Tidak

  • Understanding Fertility Challenges: Insights from a Specialist at Pantai Hospital Kuala Lumpur

    Understanding Fertility Challenges: Insights from a Specialist at Pantai Hospital Kuala Lumpur

  • 15 Tips Cepat Hamil Yang Berkesan Untuk Diamalkan Suami Isteri Agar Segera Timang Baby

    15 Tips Cepat Hamil Yang Berkesan Untuk Diamalkan Suami Isteri Agar Segera Timang Baby

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham