Tumbesaran Bayi 1 Bulan WAJIB Dirangsang Dengan 11 Cara Ini, Baru Anak Jadi Bijak!

Tak tahu cara merangsang perkembangan bayi anda? Nah ini tips betul yang boleh anda cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila baru bergelar ibu dan ayah, tentunya anda teruja nak tahu cara merangsang perkembangan dan tumbesaran bayi, kan?

Stimulasi dan rangsangan untuk tumbesaran bayi harus dimulakan sejak bayi baru lahir lagi supaya dia berkembang menjadi anak yang sihat, cergas, pintar dan sebagainya.

Bagi memberi gambaran yang lebih jelas tentang tumbesaran bayi ini, berikut cara yang dapat merangsang perkembangan si kecil tersebut.

Cara merangsang perkembangan dan tumbesaran bayi usia 1 bulan 

Tumbesaran Bayi: Perkembangan Fizikal 

Kredit: Mommyasia

Apabila masuk umur satu bulan, bayi sudah tahu menggerakkan tangan dan kakinya dengan baik. Apa yang anda boleh buat untuk merangsang tumbesaran bayi adalah:

  • Longgarkan pakaian dan bedung supaya tangan dan kaki si kecil dapat bergerak secara bebas.
  • Letak bayi di tempat yang selesa dan selamat untuk bermain seperti di atas permaidani yang kosong atau katil bayi.

Tumbesaran Bayi Dari Segi Kognitif 

Kalau nak tahu, bayi satu bulan sebenarnya sudah dapat melihat objek pada jarak 20 ke 30 cm. Jadi, untuk merangsang tumbesaran bayi yang satu ini, anda boleh buat seperti berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Rapatkan wajah anda semasa berbicara dengan si kecil dan pasti dia akan tersenyum girang.
  • Letak gambar, mainan bergantung atau warna yang kontra di atas katil bayi. Ia juga dapat merangsang perkembangan kognitif si manja.

Perkembangan Bahasa 

Kredit: Zwitsal

Walaupun bayi masih kecil, namun dia sudah dapat mendengar suara dan akan menoleh jika terdengar suara yang amat dikenali seperti suara ibu atau ayahnya.

Berikut cara untuk merangsang lebih banyak perkembangan bahasa bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan bayi dari sudut sosial dan emosi 

Kredit: Freepik

Biasanya, bayi baru lahir kerap menangis adalah di waktu malam tapi anda tak perlu bimbang kerana ia adalah satu keadaan yang normal.

Apabila menginjak ke usia 12 minggu ke atas, kekerapan bayi menangis akan berkurangan.

Perlu tahu bahawa menangis adalah cara si kecil berkomunikasi dengan ibu bapanya untuk memberitahu dia sedang lapar, ingin didukung, perut tak selesa, panas, sakit ataupun lampin basah.

Sebaiknya, anda beri respon secepat mungkin sekiranya bayi menangis supaya dapat menghentikan tangisan si kecil itu.

Ini cara yang anda boleh lakukan supaya dapat hentikan tangisan bayi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Dukung sambil tepuk halus punggung si kecil.
  • Jika tidak dapat mengatasi tangisan bayi, letakkan dia sekejap di atas katil kemudian tarik nafas dan rehat seketika sebelum mendukung si kecil semula.

Bila sudah tahu cara merangsang tumbesaran bayi ini tentu ia memudahkan lagi penjagaan si kecil itu, kan?

Anda juga pastinya gembira dengan perkembangan mereka yang positif itu.

Sebagai ibu dan ayah baru jangan pernah mengeluh menjaga si kecil yang mungkin sedikit sukar untuk diasuh. Minta bantuan kaum keluarga atau sahabat handai dalam menghadapi kesulitan tertentu ketika menjaga bayi anda.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Mother and baby Indonesia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Theva Nithy dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: Anak Boleh Mengalami Fotofobia @ Sensitif Terhadap Cahaya Jika Cedera Di Kepala

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan