Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 8 Bulan

Adakah rumah anda selamat untuk anak yang kini berumur 8 bulan? Apa pulak kerenah dan pencapaian milestone kanak-kanak 8 bulan ini? Jom baca lebih lanjut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Usia bayi 8 bulan adalah usia yang paling comel! Dengan muka yang montel dan milestone kanak-kanak 8 bulan yang menunjukkan pelbagai ragam, siapalah taknak cubit dan cium pipi itu sepanjang hari! 

Usia bayi 8 bulan juga amat menarik untuk sekeluarga, kerana pergerakan bayi anda kini sudah bertambah baik dan ibu bapa mesti memastikan rumah anda tempat yang selamat untuk peneroka  kecil ini.

Bayi anda banyak membebel? Kan dah kata tadi, comel giler! Mari kita baca tentang milestone kanak-kanak 8 bulan dalam artikel ini!

Perkembangan Fizikal

Milestone kanak-kanak 8 bulan: Kebanyakkan bayi sudah mula merangkak pada usia ini, tapi jangan bimbang jika anak anda belum lagi

Kebanyakkan bayi sudah pandai merangkak apabila berusia 8 bulan, tapi jangan bimbang jika anak anda belum merangkak lagi. Sesetengah bayi akan mula merangkak awal, dan ada yang terus belajar bergolek dan berjalan. 

Cara merangkak alternatif termasuklah meniarap atas perut atau bergerak sambil menarik bontot comel itu.

Si manja juga mungkin akan bergolek untuk bergerak, jadi jaga-jaga, jangan jadi macam cerita hindi pulak, bergolek hingga terhantuk barang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemahiran motor bayi anda juga bertambah baik dari hari ke hari. Jadi, jangan hairan satu hari nanti bayi anda akan berjaya melintasi bilik untuk mendapatkan mainan kegemarannya. 

Contoh mainan yang boleh meningkatkan kemahiran motor bayi anda adalah set cawan plastik atau blok yang boleh disusun dengan mudah.

Selain itu, sebagai persediaan untuk belajar berjalan, bayi anda mungkin akan berlatih berdiri dengan menggunakan kerusi atau meja rendah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Genggaman tangannya juga akan bertambah baik, di mana dia sudah pandai memegang benda-benda kecil dengan ibu jari dan jarinya. Pastikan tiada benda-benda kecil yang bertaburan supaya anak anda tidak ambil dan memasukkan ke dalam mulutnya atau lubang hidungnya.

Benda-benda ini berpotensi untuk mencekik bayi anda!

Perkembangan Kognitif

Milestone kanak-kanak 8 bulan : Banyaklah bermain ba-cak untuk meningkatkan perkembangan kognitif 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah bayi anda suka menjatuhkan barang berulang kali dan kemudian mengambilnya semula (atau mengharapkan anda mengambil untuknya)?

Biarpun berulang kali, ia menunjukkan perkembangan kognitif bayi yang memahami sebab dan akibat sesuatu contohnya: “Jika saya menjatuhkan ini, ibu akan mengambilnya.

Tanda lain yang menunjukkan perkembangan kognitif yang baik adalah apabila bayi anda menggabungkan beberapa kemahiran untuk “menyelesaikan masalah.” Contohnya, cuba mencapai mainan kegemarannya dan merangkak pada masa yang sama.

Sementara itu, rajin ajak mereka bermain “ba-cak” untuk melihat senyuman gusi mereka. Permainan ini bukan hanya seronok, malah ia juga mengajar bayi tentang objek kekal: walaupun dia tidak dapat melihat sesuatu (contohnya muka anda), ia masih wujud.

Perkembangan Pertuturan Dan Bahasa

Milestone kanak-kanak 8 bulan: Si comel yang kuat membebel

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda akan melihat perkembangan bahasa yang nyata dalam bentuk bunyi membebel yang sangat comel sebagai milestone kanak-kanak 8 bulan!

Mungkin ibu akan rasa sedikit cemburu kerana bayi boleh memanggil ayahnya dulu dengan mengatakan “BA BA”(macam bunyi Abah) atau “DA DA” (macam bunyi daddy).

Terus bercakap dengan bayi anda dan bertanya soalan. Walaupun dia tidak menjawab dengan kata-kata, anda mungkin terkejut melihat si kecil yang seperti memahami kata-kata anda. Interaksi berterusan akan membantu kemahiran bahasa bayi anda berkembang dengan pesat.

Pada usia ini, sesetengah ibu bapa akan mula mengajar baby sign language, satu cara berkomunikasi yang sangat berguna untuk bayi supaya dia boleh menyatakan perasaannya tanpa kecewa akibat perkembangan bahasa yang terhad.

Bayi anda mungkin akan mula menunjukkan lebih banyak minat (serta kesabaran) untuk mendengar ibu bapa mereka membaca buku cerita bulan ini. Dia lebih minat buku tertentu berbanding yang lain mengikut warna kegemaran, gambar, dan irama cerita itu apabila anda membacanya.

Aktiviti membaca bersama anak adalah cara ikatan yang baik disamping membantu mengembangkan kemahiran bahasa dan komunikasinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan Sosial dan Emosi

Milestone kanak-kanak 8 bulan: si manja mungkin rasa kurang selesa apabila berdekatan dengan orang yang tidak dikenali

Jangan hairan jika tiba-tiba si manja anda itu kurang mesra dengan orang-orang tertentu. Ini kerana, dia sedang belajar untuk membezakan antara wajah-wajah yang dikenali dan tidak dikenalinya.

Dia mungkin akan mula rasa malu, atau segan, malah takut apabila berdekatan dengan orang yang tidak dikenali.

Jangan paksa anak untuk bersama orang yang dia rasa kurang selesa, biarpun orang itu asyik meminta untuk mendukungnya. Jelaskan kepada mereka yang buat masa sekarang, anak anda kurang selesa dengan orang yang tidak dikenali.

Berikan anak anda sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Mana tahu, nanti dia akan memberi senyuman dulu. Kalau nasib, dia pulak yang minta orang itu dukung nanti!

Kesihatan dan Nutrisi

Milestone kanak-kanak 8 bulan : Jangan menawarkan makanan yang  keras atau yang dipotong besar-besar untuk mengurangkan risiko anak tercekik

Oleh sebab si manja anda itu sudah ada genggaman tangan yang baik sekarang, cuba tawarkan makanan seperti pisang atau alpukat yang dipotong lebih besar. Pastikan anak dapat memegang makanan itu dengan mudah dan makan sendiri.

Potongkan makanan dalam bentuk ketulan saiz gigitan dan jangan beri makanan yang  keras atau yang dipotong besar-besar.

Elakkan memberi makanan seperti buah-buahan dan kekacang yang boleh meninggikan risiko bayi anda tercekik.

Tawarkan pelbagai jenis makanan semasa waktu dan jangan risau jika pengambilan susunya berkurang.

Ini adalah perkara biasa, memandangkan si manja anda kini sudah pandai makan makanan pepejal. Jangan meninggalkan anak tanpa pengawasan ketika dia sedang makan dan ikut langkah-langkah pertolongan cemas ini apabila anak tercekik

Tips Berguna Untuk Ibu Bapa

Milestone kanak-kanak 8 bulan : Pastikan rumah anda selamat untuk si manja yang akan banyak meneroka

  • Pergerakan anak anda sudah bertambah, jadi ibu bapa kena semak dan pastikan rumah sentiasa selamat. Pasang pagar keselamatan supaya ada benteng ke kawasan rumah yang berbahaya seperti dapur dan bilik mandi.  
  • Bawa anak keluar berjalan-jalan sebanyak mungkin. Udara segar bukan hanya bagus untuknya, tapi apabila anda membawa anak berjalan-jalan, ini mendedahkannya kepada benda-benda baru yang boleh meningkatkan perkembangan kognitif anak.
  • Bayi juga suka tengok TV. Tapi jangan jadikan aktiviti menonton TV kebiasaan dari kecil lagi. Sebaliknya, ibu bapa boleh membaca buku, bernyanyi atau bercakap bersama bayi mereka. Anak anda akan mendapat lebih banyak manfaat dari masa bonding ini berbanding duduk dan tengok TV sahaja.

Jangan bimbang jika anak anda belum mencapai garis panduan milestone kanak-kanak 8 bulan yang ada dalam artikel ini. Setiap bayi berkembang mengikut keupayaaannya sendiri. 

Jika anda masih bimbang, rujuk kepada pakar kanak-kanak untuk mendapat nasihat seterusnya.

 

 

Baca juga:

Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 7 Bulan

Penulis

Rosanna Chio