Susah Bernafas Kerana Hidung Asyik Tersumbat? Ini 6 Ubat Hidung Tersumbat Yang Berkesan Dan Selamat!

Susah Bernafas Kerana Hidung Asyik Tersumbat? Ini 6 Ubat Hidung Tersumbat Yang Berkesan Dan Selamat!

Semasa hamil, tahap imunisasi badan akan menurun dan ibu akan mudah dijangkiti demam selesema yang menyebabkan hidung tersumbat. Untuk bantu ibu bernafas dengan lebih selesa, cuba gunakan ubat hidung tersumbat jenis semburan ini.

Ubat hidung tersumbat jenis semburan dalam hidung atau nasal spray adalah penyelamat untuk ibu hamil yang sedang mengalami masalah hidung tersumbat.

Ini adalah alternatif kepada ubat jenis consume kerana semasa hamil ibu tidak digalakkan untuk terlalu bergantung pada ubat selesema dan ubat alahan yang mengandungi steroid. 

Apakah Ubat Hidung Tersumbat?

Susah Bernafas Kerana Hidung Asyik Tersumbat? Ini 6 Ubat Hidung Tersumbat Yang Berkesan Dan Selamat!

Masalah hidung tersumbat ini mudah terjadi kepada sesiapa yang mempunyai alahan kepada habuk, sejarah resdung dan semasa dijangkiti demam selsema. Kadangkala, bagi orang yang sensitif, kurang rehat dan terdedah pada cuaca panas dan kering adalah punca hidung tersumbat.

Untuk orang yang tidak hamil, ubat hidung tersumbat jenis pil dan sirap boleh diambil mengikut keperluan tanpa sebarang sekatan. Contoh kandungan bahan aktif decongestants dalam ubat hidung tersumbat adalah phenylephrine atau pseudoephedrine. 

Tetapi ubat yang mengandungi decongestants ini digalakkan untuk ibu hamil. Ubat hidung tersumbat dalam bentuk alat semburan untuk rongga hidung adalah pilihan lain yang lebih selamat untuk ibu hamil.

Tujuan penggunaan ubat ini ialah untuk melembapkan persekitaran, meredakan keradangan dan membersihkan lendiran dalam rongga hidung agar anda bernafas dengan lebih selesa.

Pemilihan Ubat Hidung Tersumbat Terbaik Untuk Ibu Hamil

Susah Bernafas Kerana Hidung Asyik Tersumbat? Ini 6 Ubat Hidung Tersumbat Yang Berkesan Dan Selamat!

Punca hidung tersumbat seperti selesema, sinusitis dan rhinitis biasanya akan dirawat dengan ubat makan jenis pil atau sirap. Tetapi, sesetengah ubat yang ibu biasa ambil semasa sebelum hamil tidak sesuai untuk diambil lagi sekarang.

Buat sementara ini, ubat hidung tersumbat jenis semburan adalah pilihan yang lebih selamat untuk ibu hamil. Berikut adalah apa yang ibu hamil perlu ambil kira dalam mencari ubat hidung tersumbat yang selamat untuk anda:

1. Bebas bahan aktif dan pengawet

Kebiasaannya, kandungan ubat semburan hidung yang dijual di kaunter farmasi adalah bebas daripada bahan aktif dan pengawet yang membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.

2. Semak label kandungan botol

Baca label pada botol ubat untuk semak kandungan bahan dalam ubat tersebut. Jika ia menggunakan air laut atau saline water, ibu boleh gunakan dengan senang hati.

3. Pastikan tidak melebihi jangka hayat ubat tersebut

Selain kandungan dalam ubat tersebut, semak juga jangka hayat simpanan ubat tersebut dan kekerapan penggunaan nasal spray itu setiap hari. Jangan lupa, ubat jenis semburan dalam rongga ini tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

6 Ubat Hidung Tersumbat Yang Berkesan Untuk Ibu Hamil

Hidung tersumbat akan buat ibu hamil rasa tidak selesa untuk tidur malam dan akan ganggu aktiviti harian. Untuk melegakan hidung tersumbat dengan berkesan dan selamat, ibu hamil boleh cuma salah satu ubat hidung tersumbat yang kami kongsikan ini.

Ubat Hidung Tersumbat Berkesan Dan Selamat Untuk Ibu Hamil
Sterimar Blocked Nose Hypertonic Sea Water Spray
Ubat Hidung Tersumbat Menggunakan 100% Air Laut
more info icon BELI DI SHOPEE
Betadine Cold Defense Nasal Spray
Ubat Hidung Tersumbat Terbukti Berkesan Secara Klinikal
more info icon BELI DI SHOPEE
Allertoin Rhinitis Nasal Spray
Ubat Hidung Tersumbat Yang Berpunca Daripada Alahan
more info icon BELI DI SHOPEE
Flutinide Nasal Spray
Ubat Hidung Tersumbat Untuk Masalah Rhinitis Teruk
more info icon BELI DI SHOPEE
AiPharma Fresnoz+ 4-In-1 Nasal Spray 
Ubat Hidung Tersumbat Dengan Melembabkan Rongga Hidung
more info icon BELI DI SHOPEE
Himalaya Bresol-NS
Ubat Hidung Tersumbat Dengan Khasiat Herba
more info icon BELI DI SHOPEE

Sterimar Blocked Nose Hypertonic Sea Water Spray

Ubat Hidung Tersumbat Menggunakan 100% Air Laut

ubat hidung tersumbat 100% air laut

Menggunakan formula 100% air laut, Sterimar Blocked Nose ini dipasarkan untuk golongan dewasa yang mempunyai masalah hidung tersumbat. Tahap keberkesanan nasal spray ini memang tinggi kerana ia dapat melembutkan kerak dan mencairkan mukus pekat yang menyebabkan hidung tersumbat. 

Berbeza dengan nasal spray jenama lain, Sterimar tidak mengandungi steroid, dadah atau bahan pengawet yang tidak sesuai dengan ibu hamil. Oleh itu, ibu hamil boleh menggunakan ubat semburan ini dengan senang hati sehingga 6 kali sehari semasa ibu alami masalah hidung tersumbat.

Apa yang kami suka:

  • Jenama nasal spray untuk kanak-kanak yang terkenal di kalangan ibu bapa
  • Corong semburan yang tirus dan cukup panjang untuk sampai ke bahagian dalam hidung
  • Semburan yang halus dan tidak menyakitkan hidung

Betadine Cold Defense Nasal Spray

Ubat Hidung Tersumbat Terbukti Berkesan Secara Klinikal

ubat hidung tersumbat covid 19

Ini adalah ubat semburan untuk hidung tersumbat yang paling laris semasa pandemik Covid-19 melanda. Hal ini berlaku kerana penggunaan nasal spray Betadine ini telah diakui oleh ramai orang sebagai cara hilangkan hidung tersumbat yang berkesan semasa demam dan selesema.

Ubat ini direka dengan formulasi campuran air garam dan 1.2mg/ml Carragelose® yang selamat untuk digunakan oleh ibu hamil dan menyusu, mengikut saranan doktor.

Tambahan lagi, ubat ini juga bebas daripada steroid dan bahan kimia lain yang boleh menyebabkan ketagihan. Jadi, anda tidak perlu risaukan masalah kebergantungan dengan ubat ini jika anda perlu menggunakannya untuk tempoh yang lebih lama.

Apa yang kami suka:

  • Terbukti secara klinikal boleh melawan 99% kuman dan virus yang menyebabkan demam selesema
  • Melembabkan rongga hidung dengan efektif dan sekaligus mengurangkan rasa sakit dalam hidung
  • Hayat simpan yang lebih lama berbanding ubat semburan hidung yang lain, iaitu selama 1 tahun selepas tarikh ubat dibuka

Allertoin Rhinitis Nasal Spray

Ubat Hidung Tersumbat Yang Berpunca Daripada Alahan

 

 

 

Susah Bernafas Kerana Hidung Asyik Tersumbat? Ini 6 Ubat Hidung Tersumbat Yang Berkesan Dan Selamat!

Mengandungi empat kandungan bahan utama iaitu ectoin, garam laut, air dan phosphate buffer, produk ini memang berkesan untuk melegakan hidung berair, tersumbat dan gatal yang berpunca daripada masalah alahan.

Kandungan Ectoin dalam produk ini adalah bahan aktif yang menstabilkan permukaan dalam rongga hidung dan mengurangkan keradangan dalam hidung iaitu punca hidung tersumbat yang paling biasa. 

Walaupun produk ini mempunyai bahan aktif, namun ianya tetap bebas daripada bahan pengawet. Selain itu, produk ini selamat digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa, mengikut saranan doktor.

Usah risau untuk guna produk ini beberapa kali sepanjang anda sedang mengalami masalah alahan kerana ubat ini tidak akan menyebabkan ketagihan seperti sesetengah ubat semburan hidung yang lain.

Apa yang kami suka:

  • Satu semburan sahaja sudah mencukupi untuk satu lubang hidung
  • Muncung semburan yang tirus dan kecil, sesuai untuk hidung kanak-kanak juga
  • Setiap pembelian produk boleh diulang pakai untuk tempoh 6 minggu selepas dibuka

Flutinide Nasal Spray

Ubat Hidung Tersumbat Untuk Masalah Rhinitis Teruk

 

 

 

ubat hidung tersumbat dengan steroid

Antara cara melegakan masalah rhinitis adalah dengan mengambil ubat alahan jenis pil yang mengandungi steroid. Tetapi semasa hamil, ubat semburan hidung Flutinide dengan kandungan Fluticasone Propionate sebanyak 0.05% w/v ini adalah pilihan lain untuk ibu bincang dengan doktor yang merawat ibu.

Ubat Flutinide ini boleh dibeli terus di kaunter farmasi dan selamat untuk digunakan terus oleh orang lain. Namun, untuk ibu hamil yang sedang masalah rhinitis teruk, doktor akan menimbang manfaat dan risiko jika ibu terpaksa mengambil ubat ini semasa hamil. 

Menurut pihak FDA di Amerika Syarikat, produk yang mengandungi Fluticasone Propionate adalah pilihan untuk ibu hamil jika ubat lain tidak berkesan atau sukar untuk didapati.

Apa yang kami suka:

  • Satu botol kecil ini cukup untuk 120 kali semburan
  • Melegakan masalah hidung tersumbat dan berair dengan cepat dan berkesan
  • Juga selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak seawal 4 tahun yang mempunyai masalah rhinitis

AiPharma Fresnoz+ 4-In-1 Nasal Spray 

Ubat Hidung Tersumbat Dengan Melembapkan Rongga Hidung

ubat hidung tersumbat 4 dalam 1

Cara melegakan hidung tersumbat dengan ubat AiPharma Fresnoz+ ini amat mudah. Anda hanya perlu sengetkan sedikit kepala ke sebelah kiri atau kanan dan semburkan ubat ini 3-4 kali untuk setiap lubang hidung. Kemudian, anda boleh lap dan hembus lebihan air yang keluar daripada hidung.

Ubat ini mempunyai fungsi 4 dalam 1 di mana ia mempunyai manfaat untuk melegakan, melembapkan, membersihkan dan melindungi rongga hidung. Fungsi yang ke empat adalah paling menarik kerana ia menekankan yang produk ini juga selamat digunakan untuk mencegah punca hidung tersumbat. 

Apa yang kami suka:

  • Bebas daripada bahan aktif atau pengawet yang tidak sesuai untuk ibu hamil
  • Semburan yang halus, lembut dan sekata yang tidak menyakitkan hidung
  • Juga selamat untuk digunakan oleh bayi

Himalaya Bresol-NS

Ubat Hidung Tersumbat Dengan Khasiat Herba

ubat hidung tersumbat dengan khasiat herba

Himalaya memang terkenal dengan produknya yang menggunakan bahan-bahan herba untuk menggantikan bahan aktif kimia. Parnayavani, Tailaparna dan Yashtimadhu adalah tiga jenis herba yang telah digunakan untuk menghasilkan ubat herba ini.

Cara hilangkan hidung tersumbat dengan ubat ini adalah sangat mudah dimana anda hanya perlu dongakkan kepala ke atas dan titiskan 2-3 ubat ke dalam setiap rongga hidung. Ulang langkat ini sehingga 4 kali sehari jika hidung anda masih lagi rasa tersumbat.

Apa yang kami suka:

  • Hanya mengandungi air garam atau saline water dengan tambahan khasiat herba yang selamat untuk ibu hamil
  • Bebas daripada pewangi dan pewarna tambahan
  • Selamat dipakai berulang kali setiap hari untuk mencegah dan melegakan masalah hidung berair dan gatal

Kami juga ingin mengingatkan yang ibu tetap wajib mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk ketahui apakah punca hidung tersumbat yang ibu lalui. Kemudian, dapatkan pengesahan sama ada ubat yang kami cadangkan ini bersesuaian dengan kondisi ibu dan ubat lain yang ibu mungkin ambil pada masa ini. 

Perbandingan Harga

Jenama

Harga (RM)

Sterimar Blocked Nose Hypertonic Sea Water Spray 
RM34.70
Betadine Cold Defense Nasal Spray 
RM39.99
Allertoin Rhinitis Nasal Spray RM20.78
Flutinide Nasal Spray  RM42.00
AiPharma Fresnoz+ 4-In-1 Nasal Spray  RM19.90 
Himalaya Bresol-NS RM9.90

Petua Untuk Legakan Demam Selesema Ketika Hamil

Susah Bernafas Kerana Hidung Asyik Tersumbat? Ini 6 Ubat Hidung Tersumbat Yang Berkesan Dan Selamat!

Demam selesema ini sangat mudah berjangkit dan bermusim. Kadangkala, ibu yang asalnya sihat dan menjaga anak yang demam juga boleh dapat jangkitan yang sama kemudian. Ini terjadi kerana sistem imunisasi badan adalah lebih lemah semasa hamil, berbanding pada waktu lain.

Tetapi, dikhuatiri pengambilan ubat yang terlalu banyak akan membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan. Jadi, ibu boleh cuba beberapa petua ini untuk legakan demam selesema semasa hamil.

  1. Banyakkan minum air kosong untuk turunkan suhu badan dan untuk elak dehidrasi.
  2. Sponge-bath atau bilas badan dengan air sejuk untuk turunkan suhu badan jika suhu badan meningkat sebelum sampai waktu untuk makan ubat.
  3. Campur satu sudu besar madu asli dengan perahan limau nipis dan ambil campuran ini setiap pagi dan malam untuk legakan batuk dan sakit tekak.
  4. Lumur kepala dengan air asam jawa untuk turunkan suhu badan semasa demam.
  5. Tambah halia dalam pemakanan harian seperti teh halia, sup ayam dengan halia dan sebagainya.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu di luar sana.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Penawar Demam Denggi Dari Daun Betik Berhasil Tingkat Platelet Darah,Tapi Harus Hati-Hati Jika Hamil

Baca juga: Anak Anda Dijangkiti Covid-19? Sediakan Ubat Ini Dirumah Untuk Rawat Demam, Batuk Dan Selesema

Baca juga: Waspada Bila Ibu Mengandung Demam Panas, Boleh Bahayakan Janin Dalam Kandungan