Sakit tekak tidak semestinya berlaku di bahagian tekak sahaja sebaliknya, keradangan boleh berlaku di mana-mana struktur dalam rongga tekak.
Sakit tekak mungkin gejala yang biasa dihadapi semua golongan tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Biasanya gejala ini boleh datang dengan ‘pakej’ penyakit lain seperti bersin dan batuk atau demam selesema yang menyebabkan masing-masing memerlukan ubat sakit tekak.
Apatah lagi dalam cuaca yang tidak menentu terutama panas dan kemudian duduk dalam bilik mempunyai penghawa dingin antara punca tercetusnya gejala tidak selesa itu.
Isi Kandungan
Tip Pemilihan Ubat Sakit Tekak
Banyak cara yang boleh dilakukan bagi melegakan sakit tekak. Beberapa produk dari farmasi atau di rumah boleh membantu anda dalam mengurangkan keradangan dan kesakitan pada kawasan tekak. Perawatan sakit tekak termasuklah:
1. Antibiotik
Kebanyakan sakit tekak tidak memerlukan ubat antibiotik kerana berpunca dari jangkitan virus. Ini kerana ubat antibiotik tidak akan memberikan kesan terhadap virus tetapi boleh membunuh kuman-kuman yang lain seperti bakteria.
Jika doktor mengesyaki punca sakit tekak adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti jangkitan streptokokal kumpulan A, ubat antibiotik akan diberikan. Walaubagaimanapun kadangkala doktor tidak memberikan ubat antibiotik walaupun sakit tekak adalah disebabkan oleh bakteria atas sebab-sebab tertentu seperti alahan atau kesan sampingan.
Antara kesan sampingan ubat antibiotik termasuklah mual, cirit-birit, sakit kepala dan ruam.
Jika anda diberikan antibiotik, pastikan anda mengambilnya sehingga habis mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi walaupun semua gejala telah hilang. Kegagalan menghabiskan ubat antibiotik boleh menyebabkan jangkitan kembali semula dengan lebih teruk. Ini kerana kerintangan ubat boleh berlaku di mana bakteria akan menjadi kebal terhadap antibiotik tersebut.
2. Ubat tahan sakit
Ubat tahan sakit seperti Panadol (paracetamol) juga boleh diambil bagi mengurangkan gejala sakit tekak. Ubat ini juga boleh membantu menurunkan suhu badan akibat demam. Terdapat juga ubat selsema yang telah dicampurkan dengan paracetamol, dapatkan nasihat ahli farmasi bagi mengelakkan anda mengambil paracetamol secara berlebihan terutamanya untuk kanak-kanak.
Ubat NSAIDs (Non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti ibuprofen boleh digunakan tetapi perlu lebih berhati-hati terutamanya kepada pesakit gastrik, asma, dan mereka yang mengalami masalah pencernaan kerana NSAIDs boleh mencetuskan gejala-gejala penyakit ini.
Aspirin juga boleh melegakan sakit tekak dan demam tetapi boleh menyebabkan sakit perut. Terdapat juga orang yang sensitif dengan aspirin. Ubat Aspirin tidak boleh digunakan bagi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun kerana boleh menyebabkan komplikasi sindrom Reye yang berbahaya.
3. Ubat lozenge, spray dan cecair
Ubat lozenge yang seakan gula-gula, spray dan ubat kumur juga boleh didapati dari farmasi. Ubat ini selalunya memberikan kesan berikut:
- Antiseptik
- Antibakteria
- Penahan sakit
- Anti-keradangan
- Bius setempat
Namun terdapat ubat-ubat ini yang tidak sesuai untuk sesetengah orang seperti terdapat ubat antiseptik yang tidak boleh diambil oleh wanita mengandung. Sila semak dahulu dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil mana-mana ubat di atas bagi memastikan ianya sesuai dengan anda tanpa sebarang kesan sampingan yang berbahaya.
Ubat bius setempat pula boleh memberikan rasa kebas pada bahagian dalam mulut dan tekak, jadi apabila mengambil ubat ini pastikan anda tidak mengambil makanan atau minuman yang terlalu panas kerana boleh menyebabkan melecur.
Selain itu bagi ubat lozenge dan sirap pula, kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan pereputan gigi, terutamanya kepada kanak-kanak. Lozenge tidak digalakkan untuk diambil oleh kanak-kanak di bawah umur 4 tahun kerana risiko tercekik.
8 Ubat Sakit Tekak Jenis Lozenge Terbaik
Kami senaraikan ubat sakit tekak jenis lozenge terbaik yang boleh didapati di farmasi atau pasar raya tanpa preskripsi daripada doktor yang terbukti berkesan melegakan sakit tekak anda.
Strepsils Soothing Sore Throat Lozenges
Ubat Sakit Tekak Terbaik Dengan 2 Agen Antibakteria
|
Beli di Shopee |
Avosil Lozenge
Ubat Sakit Tekak Terbaik Dengan Antiseptik Ringan
|
Beli di Shopee |
Sobenz Anti-inflammatory Lozenges
Ubat Sakit Tekak Terbaik Rekodementasi Ahli Farmasi
|
Beli di Shopee |
Herbion Linkus Nova Lozenges for Cough & Sore Throat
Ubat Sakit Tekak Terbaik Tanpa Gula
|
Beli di Shopee |
Woods Peppermint Drops Lozenges
Terbaik Pilihan Ramai Rakyat Malaysia
|
Beli di Shopee |
SAMBUCOL Soothing Candy Black Elderberry and Manuka Honey Candy
Terbaik Untuk Vegetarian
|
Beli di Shopee |
DifflamAB Lozenges
Terbaik Jenama Popular
|
Beli di Shopee |
HIMALAYA Koflet
Terbaik Untuk Batuk Kering
|
Beli di Shopee |
Strepsils Soothing Sore Throat Lozenges
Terbaik Dengan 2 Agen Antibakteria
Untuk melegakan yang cepat, menenangkan dan berkesan daripada ketidakselesaan sakit tekak dan jangkitan kecil mulut, gula-gula sakit tekak Strepsils Soothing Sore Throat Lozenges mengandungi dua agen antibakteria untuk membantu membunuh bakteria yang boleh menyebabkan sakit tekak dan jangkitan mulut.
Lawan tanda-tanda pertama sakit tekak yang teruk dengan Strepsils untuk sakit tekak yang enak ini.
Apa yang kami suka :
- Terdapat pelbagai variasi boleh dipilih mengikut gejala anda yang mengandungi dua agen antibakteria, Dichlorobenzyl alcohol 1.2mg dan Amylmetacresol 600µg, yang membantu badan anda melawan sakit tekak.
- Harganya yang murah dan mudah didapati.
Avosil Lozenge
Terbaik Dengan Antiseptik Ringan
Anda sakit tekak? Cuba Avosil Lozenge untuk berasa lebih baik! Tindakan menghisap lozenge membolehkan bahan aktif berfungsi di kawasan yang tidak selesa dan juga membantu melincirkan dan melegakan kawasan yang menyakitkan.
Avosil Lozenge membantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan jangkitan mulut dan tekak kerana mengandungi Cetylpyridinium chloride iaitu antiseptik ringan yang bertindak aktif terhadap pelbagai jenis mikroorganisma yang mungkin menjangkiti kulit yang sakit atau pecah di dalam mulut dan tekak.
Apa yang kami suka :
- Memberi kesan berangin pada tekak
Sobenz Anti-inflammatory Lozenges
Terbaik Rekodementasi Ahli Farmasi
Sobenz Anti-inflammatory Lozenges dapat melegakan sementara keadaan menyakitkan rongga mulut termasuk tonsil bengkak, sakit tekak, mucositis radiasi, ulser aphthous, prosedur pembedahan dan periodontal selepas pro-pro, faringitis, bengkak, kemerahan dan keadaan keradangan.
Ubat sakit tekak farmasi ini sering dicadangkan untuk penghidap yang mahukan kelegaan segera.
Apa yang kami suka :
- Sering dicadangkan ahli farmasi untuk merawat gejala sakit tekak ringan
- Memberi kelegaan pantas
Herbion Linkus Nova Lozenges for Cough & Sore Throat
Terbaik Tanpa Gula
Linkus Nova Sugar Free adalah terapi gejala penyakit saluran pernafasan yang disertai dengan batuk dan sakit tekak.
Lozenges tanpa gula sepenuhnya ini berkesan dalam melegakan batuk, sakit tekak, keradangan dan sakit tekak yang berkaitan dengan selsema dan demam.
Pesakit diabetes dan pengguna yang mementingkan kesihatan kini boleh meredakan tisu tekak mereka yang merengsa dan melincirkan saluran suara mereka melalui lozenges ini tanpa rasa takut terhadap gula.
Apa yang kami suka :
- Bebas gula
- Variasi perisa buah-buahan, rasa yang enak
- Berkesan dalam melegakan batuk, sakit tekak, keradangan, sakit tekak yang berkaitan dengan selsema dan demam, menenangkan tisu tekak yang merengsa, dan melincirkan saluran vokal.
Woods Peppermint Drops Lozenges
Terbaik Pilihan Ramai Rakyat Malaysia
Sakit tekak atau pharyngitis adalah keadaan di mana rasa tidak selesa, sakit, atau gatal pada bahagian tekak disebabkan oleh bakteria atau jangkitan kuman.
Dengan adanya WOOD’S Peppermint Lozenges, ia dapat membantu melegakannya dengan penggunaan kandungan peppermint semula jadi dan minyak anise sebagai antiseptik untuk mencairkan kahak di dalam paru-paru dan memberikan kelegaan dari batuk serta perlindungan efektif daripada jangkitan.
Ubat sakit tekak jenis lozenges jenama WOOD’S sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia dari dulu sehingga kini.
Apa yang kami suka?
- Kandungan semula jadi peppermint dan minyak anise
- Hadir dalam variasi perisa berasaskan buah seperti Original, Blackcurrant, Honey Lemon, Oren, Lemon, dan Ceri.
- Jenama yang diyakini rakyat Malaysia dari dulu lagi
- Mudah didapati di mana-mana kedai
SAMBUCOL Soothing Candy Black Elderberry and Manuka Honey Candy
Terbaik Untuk Vegetarian
Sambucol Black Elderberry dan Manuka Honey adalah ubat sakit tekak jenis lozenges baru yang diperkenalkan ke dalam variasi lozenges keluaran Sambucol. Ia sama dengan produk Sambucol yang lain, menggunakan black elderberry Haschberg bertaraf premium yang menggunakan kaedah pengestrakan proprietari untuk mengekalkan kandungan antioksidannya.
Sementara biasanya ubat Sambucol jenis Liquid dan Kapsul adalah untuk meningkatkan kadar imun dan merawat demam serta selesema, Sambucol Candy dengan tambahan Manuka Honey bertujuan untuk menyediakan kelegaan pada bahagian tekak secara cepat.
Apa yang kami suka?
- Dihasilkan dengan formula original lozenge sakit tekak ditambah dengan vitamin C dan zink
- Membantu melegakan tekak yang perit dan sakit
- Telah diuji secara klinikal
- Menyokong sistem imun
- Mengandungi kadar antioksidan yang tinggi
- Lembut dan kenyal
- Suplemen yang sesuai untuk diet
- Sesuai untuk vegetarian
DifflamAB Sore Throat Lozenges
Terbaik Jenama Popular
Lozeng DifflamAB sesuai untuk melegakan ketidakselesaan pada tekak termasuk kekeringan, rasa gatal, perit atau sakit.
Mengandungi dua bahan antiseptik iaitu -2, 4 dichlorobenzyl alcohol dan amylmetacresol, ia membantu membunuh bakteria, mengurangkan jangkitan dan menawarkan kelegaan segera kepada pengguna.
Selain Honey Lemon, DifflamAB turut hadir dalam perisa lain seperti oren dan anggur hitam.
DifflamAB sesuai diambil setiap dua hingga tiga jam sekali untuk kelegaan berpanjangan ketika sakit dan ia boleh digunakan oleh orang dewasa termasuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas.
Apa yang kami suka?
- Memberi kelegaan segera.
- Mudah didapati di farmasi.
- Harga yang murah.
HIMALAYA Koflet Lozenges
Terbaik Untuk Batuk Kering
Himalaya Koflet Lozenges boleh melegakan masalah batuk kering dan batuk biasa. Tindak balas antitusif periferal mampu mengurangkan kerengsaan mukosa bronkial.
Baik untuk masalah sakit tekak, batuk dan kahak, produk ini mengandungi bahan aktif seperti Syzygium aromaticum, Glycyrrhiza glabra, Trikatu serta lain-lain yang mampu memberikan anda kelegaan sementara.
Apa yang kami suka?
- Mempunyai Trikatu komposisi poliherba yang mengandungi Lada Panjang, Lada Hitam dan Halia, merawat kesesakan dada dengan mengurangkan lendir. Ia juga berfungsi sebagai anti-mikrob, membantu dalam menguruskan jangkitan saluran pernafasan atas.
- Mempunyai Lavanga (Clove) berguna dalam batuk kerana aktiviti antitusifnya dan gangguan pernafasan atas yang lain disebabkan oleh aktiviti antimikrobnya. Ia telah digunakan dalam Ayurveda sebagai ubat yang popular untuk sakit tekak.
Perbandingan Harga Ubat Sakit Tekak Jenis Lozenge Terbaik
Jenama | Kuantiti | Harga |
Strepsils Soothing Sore Throat Lozenges | 6 biji | RM6.20 |
Avosil Lozenge | 10 biji | RM2.65 |
Sobenz Anti-inflammatory Lozenges | 16 biji | RM10.90 |
Herbion Linkus Nova Lozenges for Cough & Sore Throat | 18 biji | RM2.90 |
Woods Peppermint Drops Lozenges | 6 biji | RM1.50 |
SAMBUCOL Soothing Candy Black Elderberry and Manuka Honey Candy | 16 biji | RM21.90 |
DifflamAB Sore Throat Lozenges | 12 biji | RM6.50 |
HIMALAYA Koflet Lozenges |
10 biji | RM10.00 |
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Simptom Sakit Tekak
Antara simptom sakit tekak adalah seperti berikut;
- Rasa terbakar
- Rasa sakit di bahagian tekak ketika bercakap
- Rasa sakit tekak ketika menelan sesuatu
- Pembukaan mulut yang terhad
- Pertuturan terganggu
- Sakit di bahagian tekak ketika menguap
- Tekak kelihatan merah
- Berdengkur dan sukar bernafas
- Tonsil menjadi bengkak
Kadangkala, terdapat juga tompok putih dan nanah pada bahagian tonsil. Tompok ini lazimnya disebabkan oleh bakteria spesies Streptococcus sp kumpulan A. Bergantung pada puncanya, sakit tekak juga boleh disertai dengan simptom lain seperti:
- Hidung tersumbat dan berair
- Kerap bersin
- Batuk berkahak
- Demam
- Menggigil
- Kelenjar membengkak di bahagian leher
- Suara jadi serak
- Sakit-sakit badan (sendi dan otot)
- Kurang selera makan
- Sakit kepala dan telinga
Punca Sakit Tekak
1. Jangkitan virus
Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria. Contoh virus yang boleh menyebabkan sakit tekak termasuk virus selsema, croup dan mononucleosis. Ia sering menjadi punca sakit tekak ketika menelan.
2. Jangkitan bakteria
Jangkitan bakteria menyebabkan simptom yang lebih serius dan sakit. Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut, kira-kira 15%-30% kes di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.
3. Alahan
Alahan merupakan respon tubuh badan yang sensitif terhadap alergen. Alergen boleh termasuk debu, debunga ataupun titisan hingus yang mengalir ke arah tekak daripada hidung anda.
4. Reflux asid
Sakit tekak akibat refluks asid kebanyakkanya berlaku pada waktu pagi. Asid perut boleh mengalir ke tekak anda pada waktu malam semasa anda sedang tidur.
5. Kerengsaan daripada udara yang kering, bahan kimia ataupun asap rokok
Kerengsaan akan bertambah apabila anda bernafas melalui mulut anda.
6. Laryngitis akibat penggunaan suara yang berlebihan
Sesetengah pekerjaan menggunakan suara yang berlebihan terutamanya penyanyi professional ataupun cikgu yang mengajar. Selain sakit tekak, anda juga boleh mempunyai bunyi serak dan sakit semasa bercakap.
7. Post-intubation
Selepas surgeri, pesakit yang diintubasi akan mempunyai sakit tekak kerana tiub yang dimasukkan ke dalam tekak anda.
8. Kanser
Pertumbuhan ataupun tumor boleh menyebabkan sakit tekak. Ia boleh menjadi satu punca sakit tekak yang berlarutan.
Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Bahan Di Rumah
Kebiasaannya ubat batuk menjadi pilihan apabila seseorang mengalami sakit tekak namun ramai tidak mengetahui ada beberapa bahan semula jadi yang mampu membantu meredakan sakit itu.
1. Air garam
Air garam membantu mengurangkan bengkak dan radang di membran mukus. Kumur air garam secara tak langsung membantu hilangkan sakit tekak. Lakukan tiga kali sehari dan elak buat berlebihan kerana ia akan mengeringkan tisu lembut sekitar dalam mulut, menjadikan keadaan semakin buruk.
2. Cuka epal
Kandungan asid dalam cuka ini membunuh bakteria dalam mulut. Madu pula mampu hilangkan sakit tekak dengan lebih berkesan. Campurkan sesudu cuka dan madu dalam air suam dan minum atau boleh masukkan dua sudu cuka dalam setengah cawan air suam dan kumur sekali sehari.
3. Bawang putih
Bawang putih mengandungi bahan yang dipanggil allicin. Ia membunuh bakteria dan kuman yang menyebabkan radang dan kegatalan pada tekak. Ambil dua ulas bawang putih dan masukkan setiap satu dalam mulut di bahagian pipi seperti makan gula-gula. Hisap dan sesekali gigit bawang putih untuk mengeluarkan allicin. Lakukan sekali sehari.
4. Wap panas
Wap panas membantu hilangkan sakit tekak dan melancarkan pengaliran udara dalam hidung yang tersumbat. Kalau nak lagi berkesan, titikkan sedikit pudina atau aromaterapi untuk membantu melegakan liang pernafasan.
5. Minum banyak air
Bila sakit tekak, badan pun rasa kurang selesa dan cepat letih. Jadi, berehatlah sebanyak mungkin. Jangan lupa minum air dengan banyak terutamanya air masak, jus oren dan teh herba.
6. Bunga cengkih
Bunga cengkih pernah digunakan sebagai bius di kalangan doktor gigi kerana ia mampu melegakan sakit gigi, sakit dalam mulut dan sakit tekak lantaran ia mengandungi eugenol yang bertindak seperti natural pain killer. Mengunyah bunga cengkih akan mengeluarkan eugenol ini dan secara tak langsung memberi rasa kebas dalam mulut sehingga tekak.
7. Buah delima
Buah delima mengandungi antioksidan yang dapat melawan jangkitan dalam mulut dan tekak dan astringents, iaitu sejenis bahan yang bertindak balas dengan tisu badan. Apabila terdapat perubahan dalam tisu badan, ia akan hilangkan sakit tekak dan mengurangkan bengkak serta kesakitan. Minum jus delima tiga kali sekali.
Namun, sekiranya ia masih berlarutan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor untuk hilangkan sakit tekak. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan jangkitan atau demam pula. Selamat mencuba!
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Budak, Ibu Ayah Bawa Anak Keluar, Dedahkan Cahaya Matahari & Tanah
Baca juga: Anak Batuk Lama Mungkin Menghidap Batuk Kering, Ibu Ayah Waspada 9 Tanda Ini!