Ibu Ada Masalah Bengkak Susu? Cuba Cari Ubat Ini Di Farmasi

Ada ibu yang terpaksa makan ubat stopkan susu badan kerana mengalami bengkak susu yang menganggu kehidupan sehariannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Payudara rasa berdenyut, hampir nak demam pun ada. Itulah penangan bengkak susu yang dialami ramai ibu-ibu. Bagi yang tidak tahan anda boleh cuba ambil ubat stopkan susu badan.

Ubat Stopkan Susu Badan, Bantu Ibu Atasi Bengkak Susu

  • Dostinex – Ia adalah ubat berhenti susu badan yang bagus serta cepat berkesan tetapi bergantung juga reaksi badan ibu yang mungkin memberikan kesan berbeza.
  • Garam epsom –  Ia sangat bagus untuk meredakan kebengkakan pada tubuh badan. Caranya sapu, lumur dan tuam garam ini ke payudara yang bengkak

Kebiasaannya, payudara akan bengkak akibat susu ibu yang dihasilkan itu telah berlebihan dan tidak dikeluarkan. Ia mungkin disebabkan bayi masih belum tahu menyusu dengan betul.

Keadaan ini biasa terjadi terutama kepada ibu yang baru pertama kali menyusukan anak. 

Ada juga keadaan yang ibu oversupply. Jadi bengkak susu membuat ibu rasa amat tidak selesa dan menganggu rutin harian. Nak buat kerja pun serba tak kena dibuatnya.

Ibu boleh cuba dapatkan ubat ini di farmasi. Namun sebelum mengambilnya ada baiknya berjumpa dengan doktor sakit puan terlebih dulu untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Lain Kurangkan Bengkak Susu 

Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh cuba di rumah untuk mengatasi bengkak susu:  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mandi air panas dengan hala atau fokus air kepada kawasan sekitar payudara
  • Tuam payudara dengan air suam bagi membolehkan susu ibu berjalan lebih lancar
  • Urut payudara dengan cermat dan perlahan dengan teknik membulat berulang kali
  • Pakai baju dalam tidak berdawai serta baju luar yang longgar dan selesa
  • Elak daripada posisi dan aktiviti yang beri tekanan kuat pada payudara anda
  • Sikat payudara ke arah puting

Simptom Bengkak Susu

  • Payudara mengalami bengkak, keras, ngilu dan sakit
  • Keadaan sekitar payudara mengalami kemerah-merahan, terasa panas dan terdapat benjolan keras apabila disentuh
  • Puting menjadi bengkak, bahagian areola mengeras sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu
  • Kelenjar pada bahagian ketiak turut mengalami bengkak dan sakit

Hello Doktor

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bengkak Susu Selepas Bersalin: Punca Payudara Sakit, Cara Urutan Bengkak Susu & Ubat Bengkak Susu

Baca juga: Hanya Yang Merasai Sahaja Tahu Sakitnya Bengkak Susu, Sebab Inilah Ibu Boleh Jadi Stres!

Baca juga: Bengkak Susu Bukan Perkara Main-Main, Sakit Boleh Demam, Boleh Guna Kobis Redakan Sakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar