Atas sebab kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan, ibu hamil harus bijak memilih makanan yang baik di sepanjang kehamilan. Tetapi, bagaimana pula dengan udang untuk ibu hamil, adakah selamat jika diamalkan?
Hal ini kerana ramai ibu hamil bimbang untuk makan udang kerana ia termasuk dalam kategori makanan laut.
Contoh makanan yang dilarang dari kategori tersebut seperti tiram, ikan laut yang ada tinggi merkuri dan sushi yang dianggap sebagai makanan berbahaya untuk ibu hamil.
Namun berita baik buat semua penggemar udang yang sedang mengandung apabila American Pregnancy Association (APA) mengatakan udang untuk ibu hamil adalah selamat diamalkan.
Pihak tersebut turut menambah, udang mengandungi kadar merkuri yang rendah, kurang lemak dan kaya dengan protein.
Jadi ternyata di sini, udang untuk ibu hamil adalah makanan yang sihat dan selamat. Tapi sebelum makan, pastikan ia di masak sempurna dan elak di makan mentah.
5 manfaat udang untuk ibu hamil
#1. Manfaat udang untuk ibu hamil – Rendah lemak
Udang mengandungi rendah lemak dan menjadi pilihan makanan sihat buat wanita yang sedang mengandung sekaligus anda tak perlu bimbang tentang penambahan berat badan lagi.
#2. Manfaat udang untuk ibu hamil – Bantu perkembangan janin
Kalau nak tahu, sebenarnya udang memiliki kadar protein yang tinggi sehingga dapat membantu perkembangan janin di mana 75% bahagian udang adalah air, 25% isinya dan sebahagian besar pula adalah protein. Bukan itu saja, udang juga kaya dengan asid amino.
#3. Manfaat udang untuk ibu hamil – Kaya dengan zat besi
Setiap 100 gram udang yang dimakan memperoleh 1.8 gram zat besi yang bermanfaat untuk pertumbuhan janin.
Malah zat besi ini juga dapat mengurangi risiko anemia dan menambahkan darah merah kepada bayi serta mengurangkan risiko kelahiran pramatang.
#4. Kelebihan makan udang – Sumber omega 3 yang baik
Udang terkandung sumber lemak omega 3 yang tinggi sehingga dapat membantu perkembangan sistem saraf dan mata bayi.
Udang juga mengandungi eicosapentaenoic (EPA) dan docosahexaenoic (DHA) yang berpotensi melahirkan bayi yang memiliki kognitif yang baik.
#5. Kelebihan makan udang – Mengandungi vitamin
Bila tengah hamil, tentunya kita perlu banyak makan vitamin yang baik untuk ibu dan kandungan tapi jika anda makan udang segala suplemen mineral dan vitamin terkandung di dalamnya.
Antara nutrisi penting seperti kalsium, natrium, kalium, selenium, fosfor dan magnesium.
Bukan itu saja, udang juga mengandungi sejumlah vitamin seperti Vitamin A, D, E, B3 dan B12.
Walaubagaimanapun, ingin diingatkan semula sebelum makan udang pastikan ia dimasak secukupnya dan anda tidak ada alahan udang. Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Finna dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.commakan-buah-semasa-mengandung/