Toothpaste Pregnancy Test atau Ujian Kehamilan Ubat Gigi, Betul Ke Ni!?

Toothpaste pregnancy test atau ujian kehamilan guna ubat gigi ini adalah kaedah alternatif yang pelik, untuk mengetahui jika anda hamil ataupun tidak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kit ujian kehamilan atau pregnancy test kit boleh didapati di kebanyakan farmasi utama, tetapi kini ada kaedah alternatif untuk memeriksa jika anda hamil, tanpa meninggalkan bilik mandi anda – ujian kehamilan guna ubat gigi!

Kaedah pelik ini yang semakin popular di UK adalah kaedah yang murah, DIY dan senang untuk dilakukan di rumah. 

Cara untuk melakukan ujian kehamilan guna ubat gigi

Kredit: Freepik

Untuk mencuba ujian kehamilan guna ubat gigi ini, anda hanya perlu campurkan sejumlah kecil air kencing sendiri dengan sedikit ubat gigi, di dalam sebuah bekas.

Mereka yang telah mencuba ujian ini mendakwa bahawa jika seseorang itu hamil, ubat gigi itu akan berubah warna dan kadang-kadang berbuih. Jika wanita itu tidak hamil, keadaan ubat gigi itu akan kekal sama dan tidak berubah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan jumlah orang yang menggunakan kata carian “toothpaste pregnancy test” di Google adalah tinggi, ini menunjukkan ramai wanita berminat untuk mencuba kaedah tersebut.

Anda juga boleh melihat pelbagai video tutorial di YouTube yang menunjukkan bagaimana untuk melakukan ujian kehamilan guna ubat gigi ini.

Sesungguhnya, kaedah ujian kehamilan ini tidak patut diambil serius dan ianya bukan cara yang tepat untuk mengesan kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendapat Seorang Ahli Farmasi

Kredit: Freepik

Apabila ditanya, Stuart Gale, pemilik dan ketua ahli farmasi di Oxford Online Farmasi telah berkata ujian itu tidak akan mengesan kehamilan dengan tepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ini adalah cara yang menyeronokkan untuk sesiapa sahaja yang fikir mereka mungkin hamil,” katanya kepada HuffPost UK.

“Buih-buih dalam keputusan “toothpaste pregnancy test“, adalah hasil tindak balas asid dalam air kencing dengan kalsium karbonat dalam ubat gigi. Hasilnya adalah pengeluarkan karbon dioksida.

“Semakin berasid air kencing wanita itu, maka semakin banyak buih-buih dan fizz akan dihasilkan. Sama ada wanita itu hamil ataupun tidak, ini tidak akan membuat apa-apa perbezaan.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Gale telah berkata keputusan ujian kehamilan biasanya mempunyai ketepatan sebanyak 99% jika ia digunakan dengan betul.

Walaupun kaedah ini menunjukkan keputusan yang positif, dia masih mengesyorkan bakal ibu untuk mendapat pengesahan rasmi dengan menggunakan ujian kehamilan yang betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah diantara anda yang sanggup untuk mencuba ujian kehamilan guna ubat gigi ini? Beritahu kami dalam komen di bawah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  5 Alat Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Baca juga:  Bilakah Masa Terawal & Sesuai Untuk Lakukan Ujian Kehamilan?

Baca juga: Tidak Datang Bulan? Entah-Entah Anda Mengandung, Jom Semak Tanda-Tanda Mengandung Minggu Pertama Ini

Penulis

Rosanna Chio