Ujian Suami Curang Ketika Berpantang, Ramai Yang Rasa 'Sunyi' Bila Hantar Isteri Balik Kampung

Ujian suami curang ketika berpantang mungkin sebab dia rasa bebas bila isteri balik kampung terlalu lama. Tiba-tiba rasa 'single' pulak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rumah tangga yang bahagia memerlukan kasih sayang dan kesetiaan. Walau bagaimanapun kehidupan akhir zaman ini banyak memberikan ujian suami curang. Meskipun telah memiliki isteri yang cantik dan sempurna, namun ada banyak faktor membuatkan hati suami mula berubah.

Antara masalah yang ramai pendam adalah suami curang ketika dalam berpantang. Bayangkan isteri menahan sakit bersalin dan menguruskan bayi baru lahir, ada segelintir lelaki langsung tidak menghargai pengorbanan ini dengan 'berseronok' dengan perempuan lain.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini? 

  • Punca suami curang ketika isteri sedang berpantang
  • Suami 'bajet' single antara punca curang masa isteri sedang berpantang

Menurut perkongsian Hajar Mohamed di laman facebooknya, ada beberapa punca yang menyebabkan kecurangan suami berlaku ketika isteri sedang berpantang.

Ujian suami curang ketika isteri sedang berpantang

Menurutnya, ada beberapa faktor yang mungkin mengundang perkara ini yang mana ia mungkin juga berpunca daripada tindakan isteri itu sendiri yang mewujudkan bibit-bibit kecurangan si suami. 

Ikuti perkongsian wanita ini:

Biasanya, kalau selepas bersalin, isteri akan ‘demand‘ untuk balik kampung duduk dengan emak dia. Katanya, ada orang boleh tolong tengok-tengokkan, ada orang jaga. Kalau mahu harap suami, memanglah tidak boleh harap sangat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan lagi, emak boleh tolong masakkan. Tak perlu susah-susah. Lagipun, emak sendiri, bukannya emak mertua. Boleh manja-manja kan?

Namun, tahukah bahawa perkara sebegini adalah antara bibit-bibit yang boleh membuatkan suami curang ketika isteri berpantang. 

Suami 'bajet' single antara punca curang masa isteri sedang berpantang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudahlah sakit beranak tak selesai lagi, sakit pula perlu menanggung luka jahitan belum sembuh dan sebagainya. Ditambah pula dugaan suami curang. Memang amat menyedihkan dan menyakitkan hati.

Ada beberapa punca yang mungkin menyebabkan suami jadi curang ketika isteri sedang berpantang.

Menurut Hajar Mohamed, bila isteri balik rumah ibu sendiri atau balik kampung terlalu lama, suami yang ditinggalkan ini akan merasakan yang mereka tiba-tiba bebas. Jadi dari situlah bermulanya bibit kecurangan. 

#1. Bebas

Bila isteri berada jauh di kampung, maka di sinilah bermulanya langkah suami yang rasa dirinya bebas. Ini adalah peluang yang pertama, kerana bila berjauhan, macam-macam boleh jadi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah tentu bila ada anak kecil, anak itu juga akan di ‘eksport‘ juga ke kampung. Lain kali, biar pantang di rumah sendiri.Biar dia tolong isteri, sengkang mata sama-sama.

#2. Hasutan kawan-kawan

Mulalah ada yang mengajak, “Eh, relakslah bro. Bini kau bukan ada kat rumah. Kat kampung kan? Masa ni la kita enjoy. Jom pi massage?”

#3. Suami ‘bajet‘ single

Tiba-tiba rasa diri single walaupun sebenarnya anak berderet. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Tidak hargai pengorbanan isteri

Kalaulah suami tahu betapa sakitnya isteri melahirkan anak, tentu dia tidak sanggup curang. Lain kali, cuba bawa suami masuk dalam labour room. Biar dia tengok dengan mata kepala dia sendiri.

Sekarang ini, sudah banyak hospital yang membenarkan suami masuk dalam labour room untuk temankan isteri. 

#5. Rasa bosan

Bukan sahaja sunyi, suami pula kata rasa bosan. Sampai rumah, tidak tahu nak buat apa. Itu yang suami ligat capai handphone main WeChat, Whatsapp dan lain-lain. Kena pulak terjumpa dengan perempuan lain yang bosan juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga pasangan suami isteri di luar menjauhi perkara yang boleh menyebabkan kecurangan. Buat isteri, elak perkara mengundang kecurangan suami, untuk si suami pula hargailah pengorbanan isteri anda.  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Haruskah Suami Curang Dimaafkan? Amalkan Tips No 2 Pasti Bahagia Milikmu Isteri

Baca juga: Pernikahan Sudah Bahagia, Namun Beberapa Sebab Ini Mendorong Suami Curang Di Belakang Isteri

Baca juga: Apa Anda Perlu Buat Jika Suami Curang? Wanita Ini Kongsikan Caranya Untuk Pertahan Hak Diri & Anak!

Penulis

Lala Annuar