X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Siti Nurhaliza Dikecam "Obses" Kerana Kerap Upload Gambar Anak Sendiri, Aik Salah Ke?

4 min bacaan
Siti Nurhaliza Dikecam "Obses" Kerana Kerap Upload Gambar Anak Sendiri, Aik Salah Ke?

Bila tak ada anak, suruh mengandung. Sudah ada anak, bising pula terlalu kerap kongsi gambar anak! Kasihan Siti Nurhaliza...

Anda kerap tak upload gambar anak di media sosial?

Kelahiran anak pertama pastinya ditunggu-tunggu pasangan yang berkahwin, dan pastinya paling dinanti-nantikan setelah lama ikhtiar mendapatkan anak. 

 

Suarakan pendapat anda!

Apabila lahirnya si buah hati, sudah tentu ibu ayah akan melayan anak dengan istimewa dan ditatang bagai minyak yang penuh. Tambahan lagi di dunia media sosial kini, kalau boleh setiap masa mahu dimuatnaik foto anak untuk kenang-kenangan.

Malangnya, segelintir masyarakat menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang tidak sihat, malah dikatakan obses dengan anak. Eh, obses dengan anak sendiri apa salahnya, bukan?

Obses Dengan Anak Sendiri Sebab Kerap Upload Gambar Anak

anak pertama

sumber: instagram @sitiaafiyahctdk_

Ramai yang tahu yang penyanyi kegemaran ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza kini mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Siti Aafiyah.

Siti Aafiyah merupakan anak pertama buat pasangan selebriti ini dan pasangannya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa setelah 11 tahun melayar bahtera perkahwinan.

Selepas anaknya lahir, sebagai seorang ibu pastinya teruja dan mahu berkongsi perkembangan anak dengan peminat, setidak-tidaknya pun untuk diri sendiri. Tetapi ada pula di kalangan masyarakat yang mula ‘bising’ dan mengatakan yang beliau terlalu obses dengan anak perempuannya itu.

Ini kata Siti berkenaan isu tersebut:

Siti tidak obses dengan anak sendiri, malah rasanya, Siti juga tidak terlalu kerap memuat naik gambar dan rakaman video Aafiyah seperti yang diperkatakan warganet. Jika ada momen menarik dan perlu, Siti akan kongsi. Siti juga akan selang-selikan muat naik paparan dengan aktiviti seni. Lagipun, rasanya bukan kesalahan jika Siti obses dengan anak sendiri. Selama 11 tahun Siti nanti kehadiran Aafiyah dan hanya pada usia 39 tahun, baru Siti dikurniakan cahaya mata. Mungkin mereka yang tidak puas hati itu mempunyai anak ramai. Jadi, mereka tidak teruja seperti yang Siti rasakan ketika ini. Selalu Siti berpesan kepada pengasuh supaya rakam apa sahaja gelagat Aafiyah. Apabila sibuk bekerja, kadang-kadang ada perkara yang Siti ketinggalan. Balik rumah, tengok Aafiyah sudah pandai itu dan ini. Untuk tidak menyesal, Siti rasa rakaman seperti itu perlu. Siti lebih suka jika rakaman dimuat naik di laman YouTube. Selain durasinya yang panjang, ia juga boleh ditonton pada bila-bila masa. Jika hanya simpan di telefon bimbit, bila-bila masa boleh hilang, terutama jika peranti itu bermasalah.

media sosial sumber: instagram @sitiaafiyahctdk_

Sebenarnya, isu ini pernah tercetus semasa awal kelahiran Siti Aafiyah, malah ibunya juga telah mengurangkan posting foto dan video berkaitan anaknya.

Rasanya tidak ada apa yang salah berkongsi gambar anak sendiri di akaun peribadi asalkan tidak mengganggu sesiapa.

Siapa yang tidak teruja dengan anak pertama, tambahan lagi anak tunggal yang ditunggu setelah bertahun lamanya! Ia sebenarnya perkara normal yang dilakukan oleh kebanyakkan ibu bapa.

5 Tips Menyimpan Memori Bersama Keluarga

gambar anak

Seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, pastinya para ibu lain juga berkongsi rasa yang sama tentang tujuan mereka upload gambar anak di media sosial, dengan niat ingat merakamkan memori atau berkongsi pengalaman.

Berkaitan: Hati-hati upload gambar anak

Namun ada beberapa cara lain yang boleh anda lakukan selain menggunakan platform media sosial, antaranya:

  1. Membuat laman web sendiri seperti blog, atau web seperti Squarespace di mana anda boleh tetapkan sendiri siapa yang boleh melayari laman web anda.
  2. Bercerita bersama saudara mara setiap kali anda berjumpa. Sekurang-kurangnya anda ada perkara yang hendak diceritakan dan menghidupkan kembali kemesraan bukan?
  3. Simpan dalam USB semua gambar keluarga anda, kerana ia pastinya kaedah yang lebih selamat. Tambahan lagi, kita belum pasti yang media sosial akan kekal selamanya.
  4. Menulis dalam diari atau jurnal. Ini mungkin kelihatan terlalu tradisional tapi yang menariknya anda boleh menjadi kreatif dengan menampal foto untuk menghiasinya. Malahan ia penuh dengan nilai sentimental tau!
  5. Alternatif atas talian lain seperti Dropbox, Microsoft OneDrive, Google Drive yang lebih peribadi dan tidak akan hilang selama-lamanya.

Apapun, pastikan anda berkongsi dengan berpada-pada ya! Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: astroawani

Baca juga:

6 gambar anak yang tidak harus anda letak dalam media sosial

 

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Siti Nurhaliza Dikecam "Obses" Kerana Kerap Upload Gambar Anak Sendiri, Aik Salah Ke?
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham