Urutan Yoni: Rahsia Anda Boleh "Tambat" Kebahagian Rumah Tangga

Urutan Yoni: Rahsia Anda Boleh "Tambat" Kebahagian Rumah Tangga

Sudah tiba masanya anda dan pasangan mempelajari teknik urutan Yoni yang ajaib lagi penuh rahsia ini untuk "mengikat" kebahagian rumah tangga kalian!

Keintiman Seorang Isteri Dan Suami

Seks merapatkan lagi hubungan antara suami dan isteri. Macam win-win situation, pasangan yang bahagia dalam rumah tangga akan saling memuaskan pasangan masing-masing.

Dan sekarang… sudah tiba masanya untuk anda dan suami mencuba urutan Yoni; satu urutan rahsia yang penuh nikmat ini pula!

Ia terbukti mampu memberi lebih “kepuasan” dan membahagiakan perkahwinan. Barulah anda dan pasangan asyik senyum sampai ke telinga hari-hari!

Tapi, urutan Yoni itu apa?

Yoni dalam bahasa Hindi bermaksud vagina (miss V). Satu aliran spiritual lama bernama Tantra dari India menganggap vagina adalah bahagian tubuh wanita yang paling suci.

Oleh sebab itu, Miss V anda wajib dilayan dengan penuh hormat, kelembutan dan penuh perhatian!

Jadi, urutan Yoni adalah urutan di sekitar Miss V yang amat berguna untuk “mengikat” kebahagian rumah tangga anda!

urutan yoni

Bagaimana urutan Yoni boleh membahagiakan rumah tangga?

Urutan ini bukan untuk mencapai nikmat semata-mata. Jika anda amalkan dengan pasangan, kalian akan membina satu hubungan yang lebih intim

Anda juga akan belajar untuk lebih mempercayai pasangan bagi “mengemudi gelora” yang anda rasa. 

Urutan Yoni menjanjikan orgasma bagi kedua-dua pihak, dan yang paling penting: anda akan rasa lebih tenang dan nyaman selepas urutan ajaib ini!

Bagaimana nak buat?

Sebelum mula segalanya… 

Jangan hirau dunia luar lagi. Tatap mata pasangan anda – tarik nafas bersama-sama. Cuba rileks. Jangan malu. Berhubung dengan pasangan dari dalaman. 

Mari kita mula!

Okay, sekarang… anda perlu baring dalam posisi terlentang. Selesakan tubuh badan. Letak satu bantal di kepala dan satu lagi bantal di bawah pinggang.

Pinggul anda kena “naik” sedikit. Kemudian, perlahan-lahan buka Yoni…

Suami harus duduk bersila di hadapan anda. Jangan terburu-buru! Sabar.

Cuba urut bahagian lain dulu untuk meregangkan otot. Ramas perlahan-lahan bahagian kaki, paha, lengan, dan payudara. 

urutan yoni

Minyak urutan

Kemudian, suami boleh menggunakan tangan kanan untuk “memegang bawah” Yoni anda. Sapu sedikit minyak di bahagian bibir Miss V. 

Sapu perlahan-lahan dan ramas setiap bahagian bibir dengan jari telunjuk. Oles minyak ke atas dan ke bawah. Suami boleh mengurut bahagian dalam juga. Anda boleh pandu suami tentang apa yang anda suka…

Jangan berhenti…

Urut dan usap klitoris isteri dalam gerakan berpusing – ikut arah jam dan lawan arah jam. 

Bila anda sudah bersedia, suruh suami masukkan jarinya perlahan-lahan ke dalam Yoni. Jangan kalut! Tarik nafas perlahan-lahan. Suami harus mengurut bahagian dalam Yoni.

Dan jangan lupa satu perkara: Suami bertanggungjawab untuk mengurut Yoni hingga dia jumpa G-spot!

Caranya? Dengan posisi tapak tangan menghadap ke atas, cuba lengkukkan jari dan lakukan tujahan yang semakin ke dalam. 

Anda jangan terkejut pula bila tiba-tiba anda rasa nak menangis, terbatuk, ketawa atau sebagainya. Itu normal! Badan anda ingin “membebaskan” segala yang dirasai.

Cuba anda rileks dan ikut saja rentak. Jeritlah kalau anda mahu! Buat semua yang beri anda “kepuasan”. Hehe. 

Selepas semuanya selesai, kalian berdua boleh cuddle manja-manja dalam selimut selepas “penat bertarung”. 

urutan yoni

Orgasma berkali-kali

Ya, urutan Yoni boleh memberi kepuasan orgasma sebanyak berulang kali! Apa yang penting – suami anda bijak untuk “mengendali ombak”. Hehe. 

Jadi macam mana, ada berani untuk ajar suami tercinta teknik urutan yang boleh memberi lebih kebahagian ini?

Janganlah malu! Kongsikan teknik ini diam-diam dengan suami, okay? Ini rahsia kita saja. Syhhhh!

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Baca juga

10 Tip Berasmara Diam-Diam Selepas Anak Anda Tidur, Syhhhh!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner