Remaja 14 Tahun Larikan Bayi Yang Dijaga Nenek, Naik Van Putih Untuk Dijual Ke Thailand

Usia remaja yang baru 14 tahun dilaporkan sudah berani melakukan jenayah menjual bayi yang dijaga oleh neneknya ke negara seberang, Thailand

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesiapa sahaja pasti tidak menyangka usia remaja yang baru 14 tahun telah berani melibatkan diri dengan jenayah pemerdagangan orang. Seorang ibu, Farisha Amirah, 24 tahun menceritakan detik mengejutkan apabila anaknya hampir dijual ke negara seberang.

”Jantung bagaikan nak luruh apabila saya diberitahu anak dilarikan oleh sekumpulan individu, namun kini saya bersyukur dia selamat dan pihak polis berjaya mengesan kesemua suspek yang terlibat.” katanya.

Usia remaja 14 tahun berani larikan bayi untuk dijual ke Thailand

Farisha mengatakan bayinya yang berusia 9 bulan, Noor Raisya Mohamad Rahimi telah dilarikan oleh sekumpulan individu dalam satu kejadian di Taman Pauh Perai dua hari yang lalu.

Dia dikejutkan dengan berita kehilangan anak perempuannya pada jam 5.30 petang sebaik sahaja pulang dari tempat kerja dan dalam perjalanan untuk mengambil anak dari rumah pengasuh.

Jelasnya, dia kaku dan lemah apabila pengasuh yang merupakan warga emas memaklumkan cucu perempuannya sendiri melarikan bayinya itu sewaktu sedang solat.

”Memang macam nak luruh jantung apabila dengar jiran saya (pengasuh) memaklumkan perkara tersebut. Saya terus menelefon semua ahli keluarga termasuklah yang tinggal di kampung bagi memaklumkan kejadian sebelum suami saya pergi buat laporan polis,”

”Sampai jam 9 malam kami masih berurusan dengan pihak polis. Saya kuatkan hati untuk pulang ke rumah dan solat.”

”Selepas solat tiba-tiba naluri ibu saya kuat mengatakan anak kami akan kembali ke pangkuan. Disebabkan itu saya sediakan kelengkapan bayi termasuklah susu dan pakaian dalam satu beg sebelum turun dan tunggu kehadirannya di pos pengawal pangsapuri kami,” jelasnya.

Yakin bayi dalam keadaan selamat dan akan pulang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ceritanya lagi, sejam kemudian Farisha dan suami telah menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan bahawa mereka telah berjaya mengesan suspek, namun bayi yang dilarikan tiada bersama.

Katanya meskipun diberitahu anak mereka belum lagi ditemui, namun nalurinya tetap mengatakan bayi itu akan diselamatkan dan pulang ke pangkuannya.

”Selepas 10 minit kemudian, kami amat bersyukur terima panggilan mengatakan anak telah ditemui dalam keadaan selamat dan dibawah ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Semua yang terjadi ini bagaikan mimpi. Lembik lutut saya sebaik dapat memegang dan peluk anak di hospital. Selalunya dengar cerita anak orang lain yang kena culik, tapi kami tak sangka akan melalui kejadian ngeri itu.” luahnya.

Serik nak bagi orang jaga anak

Tambah Farisha, berkemungkinan besar bayinya akan dijual kepada sindiket jika pihak polis lambat mengesan suspek. Ini kerana anaknya ditemui dalam sebuah van yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan negara jiran melalui negeri Pantai Timur.

Sehingga kini dia dilanda trauma atas kejadian tersebut sehingga membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga anaknya sepenuh masa.

”Saya sudah serik nak bagi orang lain jaga anak kami. Kami sekeluarga harap mereka yang terlibat dikenakan hukuman yang setimpal agar kejadian sama tidak berulang kepada ibu bapa yang lain,” katanya.

Difahamkan, lima individu termasuk usia remaja bawah umur dipercayai terlibat dalam kes melarikan bayi berkenaan. Mereka direman di Mahkamah Bukit Mertajam bermula semalam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berusia lingkungan 14 hingga 43 tahun akan direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahu Direntap & Dipaksa Ambil Lollipop, Anak Hampir Diculik Van Putih Ketika Balik Sekolah

Baca juga: Cuba Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Lelaki Menggunakan Kayu

Baca juga: ”Dia Parking Van Depan Rumah & Turun Nak Ambil Raudhah!” Ibu Kongsi Detik Hitam Cubaan Menculik