X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Sanggup Berhenti Kerja, Bawa Keluarga Hidup Nomad Mengembara Seluruh Dunia

11 Mar, 2022
Ibu Sanggup Berhenti Kerja, Bawa Keluarga Hidup Nomad Mengembara Seluruh Dunia

Mengembara dunia menjadi impian ramai. Namun siapa sangka seorang Ibu ini nekad berhenti kerja dan bawa lima orang anak hidup nomad

Bayangkan kita berkemas barangan yang hendak dibawa, kemudian ucapkan selamat tinggal dan melangkah keluar dengan bebas untuk mengembara dunia. Suatu mimpi yang indah bukan. Itu yang dilakukan ibu ini apabila dia menjadikannya kenyataan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Sebuah keluarga gembira 4 tahun hidup nomad dan mengembara dunia
  • Mengembara dunia dengan anak-anak
  • Sesi persekolahan berbeza dengan anak yang lain, ‘silibus’ diatur sendiri 
  • Terperangkap di Marbella selama setahun kerana pandemik

Ibu ini nekad berhenti kerja daripada karier korporatnya, jual segala barangan yang ada dan seterusnya bawa lima anak dan suami mengembara dunia. Bukan itu sahaja, ibu ini sanggup meninggalkan kehidupan di bandar dan setiap hari menjalani kehidupan nomad.

Sebuah keluarga gembira 4 tahun hidup nomad dan mengembara dunia

mengembara dunia

Wanita tersebut, Leona Burton, 35, dan suami Lee, 35, dari Leicester menghabiskan masa selama empat tahun mengembara dunia dengan lima anak mereka iaitu Kian, 18, Kye,16, Enna, 14, Olana, 8 dan Elis berusia 5 tahun.

Pada tahun 2018, selepas merasa penat akibat tekanan kerja yang memberi kesan kepada kesihatan mental, mereka membuat keputusan untuk melakukan suatu perubahan besar.

Selepas kedua-duanya melepaskan karier mereka, pasangan suami isteri itu menjual segala barangan yang mereka miliki dan nekad meninggalkan United Kingdom (UK).

Mereka berdua bersetuju dan menyifatkan ia adalah keputusan terbaik yang pernah mereka buat.

Ditambah Covid-19 yang melanda turut menjejaskan pengembaraan mereka, keluarga tersebut sudah mengembara hampir 12 negara sepanjang tahun lalu termasuk Sepanyol, Republik Dominican (Caribbean), Florida (US), Carolina Selatan (US) dan Mexico.

Mengembara dunia dengan anak-anak

mengembara dunia

“Saya jadi nomad digital kerana saya mahu memberikan anak-anak saya rasa kebebasan di luar norma keadaan kami sekarang. Saya mahu mereka merasai pengalaman dunia,” kata Leona.

Bagi seorang ibu yang mempunyai lima anak, dia turut berdepan cabaran dari masa ke masa tetapi, Leona percaya, menyekolahkan anak-anak di rumah atau home schooling adalah lebih mudah.

Leona berkata, “berjalan keluar boleh juga memberi sedikit mimpi ngeri kepada mereka dan apabila mahu keluar ke suatu tempat, ia seperti adegan di dalam cerita Home Alone apabila mereka semua berlari dan mengemas beg pakaian mereka.

Sesi persekolahan berbeza dengan anak yang lain, ‘silibus’ diatur sendiri 

“Pada waktu pagi, kami biasanya akan memulakan hari dengan sesi pelajaran dan kadangkala kami akan ada kelas kesedaran.

“Dengan menjalani kehidupan seperti ini, saya boleh mengajar mereka mengenai dunia, pengembaraan di hutan yang telah menjadi kegemaran ‘sekolah dunia’ kami.

“Selesai sesi kurikulum, kami akan pergi ke air terjun pada sebelah petang, beri makan monyet liar di Mexico atau memotong tebu yang baru dituai,” cerita Leona.

“Kami mengikuti sebahagian besar kurikulum tetapi dengan cara ini, anak-anak saya akan membesar dengan pemikiran yang terbuka.

“Ia tidaklah sempurna tetapi saya merasakan seperti saya menemui kaedah yang terbaik untuk mendidik anak saya di luar bilik darjah”.

Terperangkap di Marbella selama setahun kerana pandemik

keluarga hidup nomad

Sewaktu kemuncak pandemik Covid-19 melanda dunia, keluarga tersebut terperangkap di Marbella selama setahun dan ini menyebabkan mereka perlu kuarantin. Bagaimanapun ia menguatkan lagi keinginan mereka untuk keluar meneruskan pengembaraan.

Mereka menyewa sebuah vila atau apartment untuk tinggal serta bergerak menggunakan kereta sewa atau menempah penerbangan.

Kata Leona: ‘anak-anak tidak mempunyai cara lain terutama yang paling kecil. Ini sahaja yang mereka tahu malah, anak lelaki saya juga sudah bersedia merancang untuk pengembaraan solonya.

Stories Rakan Kongsi
I Saw Improvement In My Child’s Behaviour After Doing This
I Saw Improvement In My Child’s Behaviour After Doing This
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
7 Strategi Bijak Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Supaya Anak Mengambil Suplemen Kesihatan!
7 Strategi Bijak Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Supaya Anak Mengambil Suplemen Kesihatan!
Adakah Pertumbuhan Anak Anda Terbantut? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Adakah Pertumbuhan Anak Anda Terbantut? Ini Yang Anda Perlu Tahu

“Cara ini membolehkan kami bersama-sama sebagai satu keluarga malah, lebih banyak masa kami meluangkannya untuk keluarga,” mengakhiri kisah mereka. 

Metro.co.uk

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Ini Boleh Rasa Sakit Bersalin Menggunakan Alat, Bolehkah Mereka Tahan Sakitnya Kontraksi?

Baca juga: Bayi & Muzik, Ini Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Kenalkan Anak Anda dengan Muzik

Baca juga: Nak Stimulasikan Deria Bayi? Ibu Wajib Lakukan 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Sanggup Berhenti Kerja, Bawa Keluarga Hidup Nomad Mengembara Seluruh Dunia
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham