Sebagai bakal ibu yang belum pernah merasai pengalaman bersalin, pasti anda tak tahu apa yang perlu diharapkan semasa bersalin nanti. Jadi kami sediakan kompilasi video bersalin normal di hospital ini sebagai panduan dan persediaan untuk anda.
Amaran: Artikel ini mengandungi video-video yang mungkin tidak sesuai ditonton oleh semua individu. Pastikan anda betul-betul selesa dan berkeupayaan untuk melihat video di bawah ini.
Sebelum anda lihat video bersalin normal di hopital ini, kami juga ingin menyelitkan beberapa tip meneran ketika bersalin normal untuk anda.
Cara meneran ketika bersalin
- Teran seperti buang air besar. Rehatkan badan dan paha dan teran seperti anda perlu membuang air yang paling besar dalam hidup. Fokus untuk teran bayi keluar dan bukan risau sama ada anda akan betul-betul terbuang air besar atau terkencing (jika anda terbuang air besar atau terkencing, ia adalah normal dan sesiapa yang terlibat dalam proses bersalin akan memahami perkara ini).
- Tundukkan dagu ke dada. Jika anda bersalin sambil baring terlentang, pastikan anda letak dagu ke dada untuk meneran. Ini akan bantu anda untuk fokus pada teranan.
- Berikan segala yang anda ada. Lebih efisien anda meneran dan lebih banyak tenaga yang anda gunakan, lebih cepat bayi akan keluar.
- Kekal fokus. Kekalkan kawalan anda dan elak dari meneran secara terburu-buru. Jangan meneran menggunakan bahagian atas tubuh atau muka (ini boleh membuatkan anda mendapat lebam di muka atau mata)
- Tukar posisi. Kadang-kadang, jika anda meneran tak menolak bayi ke bawah, tukar posisi dapat membantu anda.
- Percayakan naluri anda. Ambil beberapa nafas dalam ketika kontraksi bermula untuk meningkatkan tenaga untuk meneran. Apabila kontraksi memuncak, tarik nafas dan teran dengan kuat.
- Rehat sebelum kontraksi bermula. Anda perlukan rehat sebelum mula untuk meneran semula. Meneran semasa bersalin sangat memenatkan.
- Berhenti meneran bila diarahkan. Doktor mungkin akan menyuruh anda untuk berhenti meneran pada beberapa kontraksi untuk memberikan anda tenaga atau untuk menghalang kepala bayi keluar dengan cepat. Jika keinginan untuk meneran terlalu kuat, bernafas dengan laju atau hembus nafas.
- Zikir. Semasa berehat, baca zikir juga akan membantu untuk tenangkan anda dan mendapatkan kekuatan serta memudahkan proses untuk meneran.
3 video bersalin normal di hospital
Tiga video bersalin normal di hospital ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran tentang keadaan yang akan anda alami semasa bersalin nanti.
Video bersalin normal di hospital #1
Video bersalin normal di hospital #2
Video bersalin normal di hospital #3
Semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk anda dan boleh menyiapkan diri anda untuk melalui proses bersalin nanti. Kami doakan agar anda mengalami proses bersalin yang lancar dan selamat.
Sumber video: YouTube
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-bersalin-normal-dengan-vacuum
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!