Terdapat tiga fasa bersalin perlu anda ketahui dan ambil maklum bagi membantu membuat persediaan ketika proses bersalin. Terutama bagi ibu-ibu yang baru hamil buat kali pertama, anda pastinya ingin tahu fasa-fasa orang beranak.
Walaupun kebanyakan mereka yang sudah mengalaminya akan mengatakan ia pengalaman yang paling luar biasa untuk seorang ibu, namun pasti ramai yang masih tidak tahu mengenai proses bersalin. Contohnya, apabila mengalami kelahiran normal, apakah tahap-tahap yang perlu dilalui ketika melahirkan anak melalui faraj?
Menjelang penghujung kehamilan, kepala bayi dalam kandungan sepatutnya sudah menghadap ke bawah. Bayi anda sudah bersedia untuk keluar dengan kepalanya terlebih dahulu. Tapi kadang-kala, boleh berlaku kes kepala bayi yang tidak menghadap ke bawah. Ini bermaksud bayi anda berada dalam keadaan songsang.
Isi Kandungan
Tiga Fasa Orang Beranak
Tapi ibu-ibu jangan bimbang, kini kelahiran songsang jarang berlaku kerana kedudukan bayi dapat dipantau dengan menggunakan imbasan ultrasound. Mari kita lihat bagaimana 3 proses orang beranak dan fasa bersalin, seperti yang akan kami kongsi di bawah ini.
Semasa anda berada di hospital untuk urusan bersalin, doktor akan membuat pemeriksaan bukaan serviks dan terdapat tiga fasa pembukaan serviks yang perlu anda ketahui iaitu :
Fasa 1 : Kelahiran Awal
Pembukaan serviks akan melebar dan menipis dari ukuran 4 hingga 6 cm. Ia akan berlaku selama kira-kira 30 hingga 45 saat dan akan meningkatkan intensiti serta kekerapannya sekitar 20 minit hingga menjadi 5 minit.
Fasa 2 : Kelahiran Aktif
Serviks akan mula terbuka atau melebar dari 4 hingga 6 cm sehingga menjadi 7 hingga 8 cm. Kontraksi akan terjadi sekitar 40 hingga 60 saat dalam kiraan 3 hingga 4 minit.
Fasa 3 : Kelahiran Peralihan
Serviks terbuka atau melebar sepenuhnya iaitu 10 cm. Kontraksi akan berlangsung dari 60 hingga 90 saat setiap 2 hingga 3 minit.
Apakah Tanda Kelahiran Awal?
Kelahiran adalah suatu tindakan atau proses bersalin atau melahirkan anak. Proses kelahiran selalunya akan terjadi apabila usia kandungan ibu hamil memasuk minggu 36 hingga 40 minggu. Ketika ibu hamil sudah bersedia untuk proses bersalin, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa kelahiran awal akan berlaku.
Pada waktu ini, ibu hamil akan merasakan kontraksi akibat keadaan serviks yang mengembang dan mengecut. Keadaan ini akan berlarutan sehinggalah ke saat terakhir proses kelahiran berlaku. Semakin dekat dengan waktu kelahiran, kontraksi yang terjadi juga akan menjadi semakin kerap, lama, kuat dan sakit.
Apabila hitungan jarak kontraksi semakin menurun dengan jarak kiraannya adalah lima minit, ini menunjukkan bahawa waktu bersalin anda semakin dekat.
Tanda-Tanda Kelahiran Awal
Antara tanda-tanda kelahiran awal adalah seperti berikut :
#1. Pengembangan dan penipisan serviks
Selama beberapa jam dan minggu serviks anda akan mula mengembang dan menipis dari 4 hingga 6cm.
#2. Kontraksi sederhana dan semakin bertambah kuat
Kontraksi akan berlaku di mana pada permulaannya ia adalah perlahan, kemudian secara sederhana sebelum beralih ke kontraksi yang bertambah kuat walaupun pelbagai kedudukan atau posisi telah anda tukar. Kontraksi ini menjadi kuat dalam kiraan 20 minit dan menurun sehingga menjadi 5 minit setiap kali ia berlaku.
#3. Lendir putih bercampur darah
Anda akan mendapati terdapat lelehan lendir yang berwarna putih bercampur darah keluar dari serviks. Ini menunjukkan bahawa saluran darah telah pun pecah dan anda akan bersalin dalam tempoh 24jam atau mungkin mengambil sedikit masa yang lebih lama.
#4. Membran amniotik pecah
Air ketuban akan pecah iaitu dalam aliran air suam atau titisan air yang keluar dengan perlahan tetapi secara berterusan.
Berapa Lama Tempoh Bersalin
Tempoh bersalin selalunya akan mengambil masa selama 12 hingga 18 jam untuk kelahiran pertama dan mengambil masa sekitar 8 hingga 10 jam untuk kelahiran yang seterusnya.
Bagi sesetengah ibu hamil, beberapa gejala atau simptom yang menunjukkan tanda awal kelahiran yang berlaku akan dialami pada beberapa minggu atau hari sebelum proses melahirkan bayi yang sebenar akan berlaku.
Terdapat juga ibu hamil yang hanya merasainya ketika dekat dengan tempoh bersalin iaitu dua hingga enam jam sebelum. Bagi fasa bersalin aktif, ia mengambil masa selama dua hingga 24 jam walaupun secara purata adalah dua hingga 3 jam setengah sahaja dan untuk bersalin peralihan pula mengambil masa 15 minit hingga 3 jam.
Selalunya doktor akan memberi masa selama 3 jam untuk anda meneran bayi semasa proses kelahiran bagi ibu yang ingin bersalin buat kali pertama. Manakala bagi ibu yang bersalin untuk kali kedua dan seterusnya, tempoh masa yang diberi untuk proses melahirkan bayi adalah selama 2 jam.
Sekiranya anda masih tidak berjaya melakukannya, doktor akan membuat keputusan untuk melakukan vakum, forcep atau cesarean.
Proses Orang Beranak Normal
#1. Tahap pertama: proses bersalin secara normal
Tahap pertama seperti contoh gambar melahirkan normal ini iaitu proses ibu hamil melahirkan bayi bermula dengan kontraksi rahim. Mula-mulanya jarak antara kontraksi agak besar, tetapi ini akan bertukar menjadi semakin pendek, sehingga 5 minit sekali.
Selain menolak bayi ke saluran kelahiran, kontraksi juga sedang menyediakan badan untuk melahirkan anak dengan membuka serviks anda.
Serviks anda akan membuka sedikit demi sedikit dan perlu membuka sehingga 10cm supaya bayi anda boleh dilahirkan. Nak tahu bagaimana faraj anda dibuka ruang untuk melahirkan bayi? Cuba baca di sini. Ia sungguh menarik!
#2. Tahap kedua: proses orang beranak secara normal
Apabila sampai ke tahap kedua, kontraksi akan menjadi lebih kerap dan semakin kuat. Kepala bayi pun semakin turun dan dekat dengan pintu faraj, dan ketuban akan pecah.
Kadang-kala air ketuban akan pecah sendiri sebelum sampai ke hospital. Ada kalanya pula, doktor yang perlu memecahkan air ketuban yang belum pecah lagi.
Hujung kepala bayi akan kelihatan di mulut faraj dan ia akan tersembul keluar. Mata si comel anda itu berkedip kerana terkejut cahaya terlalu terang dan mulut mereka terbuka menangis dengan lantang.
Bayi biasanya keluar dengan kepala mereka menghadap ke belakang dahulu. Selepas kepala bayi anda keluar, ini akan diikuti dengan pelepasan bahu ke kaki dan bayi anda akan keluar sepenuhnya. Sejurus keluar, tali pusat akan dipotong tanpa kesakitan.
#3. Tahap ketiga proses orang beranak secara normal
Tahap terakhir ialah ibu hamil akan mengeluarkan plasenta yang biasanya akan keluar 15 minit setelah bayi anda lahir.
Oleh itu, sentiasa perhatikan dan peka dengan tanda-tanda awal bersalin untuk membuat persediaan yang rapi dan mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini.
Semoga ia bermanfaat untuk anda!
- whattoexpect.com (2021, September 7) What Are the Stages of Labor and How Long Does Labor Last? www.whattoexpect.com/pregnancy/labor-and-delivery/childbirth-stages/three-phases-of-labor.aspx
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : 5 Posisi Tidur Elak Bayi Songsang, Ibu Patut Cuba Sebagai Ikhtiar Untuk Bersalin Normal
Baca juga : Suntikan Heparin Selepas Bersalin Amat Penting Buat Ibu, Elak Berlakunya Pembekuan Darah
Baca juga : Waspada Berat Naik Mendadak Ketika Hamil, Ibu BERISIKO Sukar Bersalin & Kena Czer