X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Panik! Hantavirus Bukan Virus Baharu, Ini Yang Perlu Anda Tahu Untuk Kekal Selamat

27 Mar, 2020
Jangan Panik! Hantavirus Bukan Virus Baharu, Ini Yang Perlu Anda Tahu Untuk Kekal Selamat

Hantavirus ialah salah satu keluarga virus yang disebarkan oleh haiwan perosak terutamanya tikus. Bahaya jangkitan ini adalah lebih tinggi dari Coronavirus

Ketika penularan pandemik Covid-19 menurun di China, seorang rakyat negara berkenaan telah dilaporkan maut akibat virus hantavirus, iaitu sejenis penyakit yang berjangkit

Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian China, The Global Times, mangsa adalah lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.

“Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas yang dinaikinya pada Isnin lalu,” lapor media berkenaan.

Manakala, seramai 32 orang penumpang di dalam bas berkenaan telah menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit masih tidak dinyatakan.

Virus hantavirus bukan penyakit baru

bahaya virus hantavirus

credit to sources

Memandangkan seluruh dunia dilanda ketakutan akibat penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas sehingga mengorbankan ribuan nyawa, anda diminta jangan panik dengan kes kematian akibat virus hantavirus.

Hal ini kerana ia bukanlah sejenis virus yang baharu. Malahan, virus hantavirus ini telah wujud sejak tahun 1950 lagi. Namun ada yang mengatakan bahawa tanda-tanda jangkitan seperti Hantavirus sebelum kajian yang dijalankan oleh perubatan moden tahun 1950.

Seterusnya, penyakit bawaan virus ini kali pertama dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1993 di mana ia dipindahkan oleh tikus kepada manusia.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS, pemindahan virus ini dari manusia kepada manusia tidak pernah berlaku kecuali di Argentina.

Pada tahun 1996, wujud beberapa pandangan yang mengatakan hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia.

Penularan jangkitan

virus hantavirus ialah

credit to sources

Virus hantavirus ini berpunca dari spesies tikus liar. Jangkitan berlaku apabila manusia terdedah kepada air kencing, najis atau air liur tikus yang membawa virus.

Jarang berlaku jangkitan antara manusia ke manusia yang lain. Dalam ertikata yang lain, ia sangat berbeza dengan Covid-19.

Virus ini merebak kepada manusia ketika anda bernafas dalam udara yang tercemar dengan virus. Ketika haiwan ini bersarang, mengeluarkan najis dan air kencing akan tersebar ke dalam udara. Proses ini dikenali sebagai transmisi udara.

Bukan itu sahaja, ada beberapa cara lain tikus dapat menyebarkan virus hantavirus kepada manusia. Sekiranya tikus yang membawa virus ini menggigit seseorang, ia akan menyebarkan jangkitan ke dalam tubuh badan mangsa berkenaan.

Namun, penularan seperti ini sangat jarang terjadi. Para pengkaji percaya bahawa manusia dijangkiti penyakit ini ketika telah menyentuh kotoran seperti air liur tikus, urin dan najis. Kemudiannya, mereka menyentuh hidung atau mulut sendiri.

Bukan itu sahaja, anda juga berisiko mengalami masalah ini sekiranya termakan makanan yang telah disentuh oleh tikus.

Bukan ancaman global

penyebab virus hantavirus

credit to sources

Meskipun negara-negara di seluruh dunia sentiasa berhati-hati akibat penyebaran wabak Coronavirus, masih tiada sebarang petunjuk bahawa virus hantavirus ini memberikan ancaman terhadap kesihatan global.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), kes ini amat jarang berlaku kerana penyebarannya hanya disebabkan oleh kontak dekat dengan air kencing, kotoran atau air liur tikus.

Tanda-tanda awal jangkitan

Sindrom Pulmonari Hantavirus (HPS) adalah penyakit pernafasan yang teruk, kadang-kadang membawa maut kepada manusia akibat jangkitan hantavirus.

Stories Rakan Kongsi
Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!
Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!
Prebiotics, an answer to your child’s constipation woes!
Prebiotics, an answer to your child’s constipation woes!
Make Laundry Day Easier…. EVERY DAY!
Make Laundry Day Easier…. EVERY DAY!
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, hantavirus adalah daripada keluarga virus yang merebak melalui tikus dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit ke atas manusia. Antara tanda jangkitan awal ialah:

#1. Hantavirus mempunyai tempoh pengeraman pendek antara satu hingga lapan minggu.

#2. Simptom pesakit termasuklah demam, keletihan dan sakit otot.

#3. Gejala lain termasuklah badan menggigil, sakit perut, sakit kepala, pening, mual, muntah dan cirit-birit.

#4. Pada peringkat seterusnya, paru-paru pesakit yang dijangkiti akan dipenuhi bendalir menyebabkan mangsa mengalami kesukaran bernafas.

#5. Hantavirus boleh berjangkit jika seseorang menyentuh mata, hidung atau mulut selepas menyentuh kotoran, air kencing atau kawasan sarang tikus.

Kesimpulannya, setiap individu perlu menerapkan amalan kebersihan diri dan persekitaran rumah bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan penyakit.

Usah menunding jari kepada ‘orang rumah’ sahaja untuk melakukannya kerana ia memerlukan kerjasama seluruh ahli keluarga termasuk anak-anak.

Sumber: Berita Harian, Iluminasi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Jangan Panik! Hantavirus Bukan Virus Baharu, Ini Yang Perlu Anda Tahu Untuk Kekal Selamat

Baca juga:

https://my.theasianparent.comguru-mengajar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Jangan Panik! Hantavirus Bukan Virus Baharu, Ini Yang Perlu Anda Tahu Untuk Kekal Selamat
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham