Belum habis trauma dunia dilanda virus maut Covid-19, timbul pula ura-ura mengatakan saintis di China mengenalpasti virus selsema baharu yang berpotensi menjadi pandemik!
Berdebar juga rasa hati, terkenang kembali saat perlu duduk diam di rumah, tidak boleh keluar rumah sesuka hati.
Virus selsema baharu dikesan?
Penemuan virus selsema baharu itu dikatakan susulan penemuan pada dua individu yang laporkan dijangkiti virus berkenaan baru-baru ini.
Lapor Astro Awani, berdasarkan jurnal PNAS, virus yang diberi nama G4 EA H1N1 ini mirip selesema babi, H1N1 yang pernah melanda dunia pada 2009.
Setakat ini, vaksin influenza sedia ada tidak merangkumi virus G4 EA H1N1 dan manusia didapati tidak mempunyai kekebalan terhadapnya.
Amat membimbangkan juga sekiranya jangkitan mereka dan meningkatkan risiko wabak!
Menurut laporan itu lagi, tinjauan epidemiologi mendapati kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara babi.
Penyelidik beri amaran kehadiran virus ini perlu diberi perhatian
Pada masa sama, virus G4 EA ini didapati boleh berjangkit daripada babi kepada manusia, menyebabkan jangkitan teruk dan kemungkinan membawa maut.
Saintis mendkawa 10.4 peratus (iaitu 35 daripada 338) pekerja di ladang babi itu telah diuji dan didapati mempunyai antibodi untuk virus itu.
Walaupun tidak diketahui tahap bahaya atau apakah ia boleh merebak seperti virus SARS-CoV-2 penyebab Covid-19, penyelidik memberi amaran virus ini perlu diberi perhatian.
Langkah elak jangkitan virus
Hasil yang besar bermula daripada langkah yang kecil. Begitu juga dalam menangani penularan penyakit berjangkit berbahaya dan boleh menyebabkan maut.
Apa saja yang dilakukan sebenarnya bermula dengan kesedaran dalam diri sendiri.
#1. Amalan basuh tangan dengan cara betul
Amalan mencuci tangan dengan cara yang betul adalah satu langkah paling mudah yang boleh kita ambil untuk mengelakkan jangkitan penyakit menerusi penyebaran bakteria, virus dan parasit.
Ini kerana, tangan kita boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis mikroorganisma yang menjadi punca penyakit. Jangkitan merebak dari individu ke individu melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas menyentuh permukaan atau memegang peralatan yang tercemar dengan virus daripada batuk atau bersin pesakit.
Menerusi tangan, anggota badan ini cekap memindahkan bakteria dan virus berikutan selepas menyentuh muka terutama mata, hidung atau mulut, mikroorganisma terbabit terus sampai ke pintu masuk badan kita.
Antara penyakit yang tersebar melalui sentuhan seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Coronavirus (MERS-CoV), Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan Demam Virus Influenza A (H1N1).
#2. Peka jika diri tidak sihat
Jika batuk atau selsema, pastikan anda memakai mask apabila keluar ke tempat awam. Jangan jadi agen penyebar penyakit ya! Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain. Jaga tatacara bersin dan batuk. Jika sudah pakai mask ia akan terlindung, tetapi jika tidak memakai mask, tutup mulut anda menggunakan tisu atau kain apabila batuk atau bersin.
Senang saja langkah ini jika ia dijadikan amalan. Cuma mahu tidak mahu berubah saja.
#3. Tingkatkan kawalan disinfeksi
Jika ada anak kecil, cuba tingkatkan kawalan disinfeksi bukan saja di luar tetapi juga di rumah. Apabila di luar, ajar anak untuk memakai hand sanitiser dan jadikan ia sebagai habit. Tapi jangan lupa suruh anak basuh tangan ya bila mahu makan menggunakan tangan kerana dalam sanitiser terdapatnya alkohol dan berbahaya jika masuk ke dalam mulut dan ditelan.
Selain itu, cuci alat permainan anak dengan agen pembasmi kuman serta elakkan perkongsian peralatan peribadi seperti tuala, sudu dan sebagainya kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Pastikan setiap orang ada peralatannya sendiri!
#4. Jarakkan diri anda dengan orang lain
Tiada siapa pelik dengan jarak 1 meter sekarang ini. Semua tahu jarak sosial 1 meter itu penting untuk kebaikan semua.
#5. Peka dengan isu semasa
Sentiasa ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling anda. Jika tempat itu sedang dilanda virus contohnya kaki, tangan dan mulut (HFMD) usah bawa anak ke sana.
Mudah bukan? Elak dedahkan mereka kepada risiko jangkitan.
Sumber: Astro Awani, Harian Metro
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Mari cegah jangkitan selsema
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!