Sistem Imun Anak Lemah dan Kurang Selera Makan? Ada 8 Vitamin Budak 1 Tahun Ke Atas Untuk Atasinya!

Makanan tambahan untuk bayi boleh diberikan kepada si manja, asalkan ibu rujuk dahulu panduan doktor ya!

Sebilangan besar anak kita mendapat nutrien dalam jumlah yang cukup dari makanan seimbang, tetapi dalam keadaan tertentu atau bagi sesetengah kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas, mereka mungkin perlu mengambil vitamin budak yang bagus.

Menurut kajian, kanak-kanak sihat yang mendapat makanan seimbang tidak perlu mengambil suplemen vitamin, kecuali vitamin D untuk bayi dan anak kecil, itupun sekiranya si manja tidak memenuhi nilai nutrien harian yang disyorkan melalui pemakanannya.

Walau bagaimanapun, ramai dalam kalangan ibu ayah memilih untuk memberi anak mereka suplemen multivitamin dan mineral untuk memastikan mereka mendapat nutrisi pemakanan yang secukupnya demi meningkatkan kesihatan secara keseluruhan dan untuk mengurangkan risiko penyakit.

Memilih Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Yang Bagus

Kanak-kanak pada dasarnya memerlukan beberapa nutrien di dalam tubuh pada usia bayi. Jadi ibu ayah perlu mendapatkan vitamin budak terbaik yang mengandungi nutrien penting seperti yang berikut:

  • Vitamin A mendorong pertumbuhan dan perkembangan normal, pembaikan tisu dan tulang serta kulit, mata dan tindak balas imun yang sihat. 
  • Keluarga vitamin B - B2, B3, B6, dan B12 membantu metabolisme, pengeluaran tenaga dan sistem peredaran darah dan saraf yang sihat. 
  • Kalsium membantu membina tulang yang kuat semasa anak membesar. 
  • Zat besi membina otot dan penting untuk sel darah merah yang sihat. 

Terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan semasa memilih vitamin budak yang mana berdasarkan kriteria berikut:

  • Kualiti dan keselamatan. Semua produk yang disenaraikan dibuat dengan bahan yang selamat dan berkualiti tinggi.
  • Bahan-bahan. Cari vitamin yang bebas daripada pengisi, perisa tiruan, pewarna makanan, dan pengawet.
  • Dos. Pilih produk yang diformulasikan khusus untuk bayi atau anak-anak.
  • Jenama yang terkenal. Pastikan produk dari jenama yang dipercayai dan mematuhi standard pembuatan yang ketat.

8 Vitamin Budak Untuk Anak 1 Tahun dan Ke Atas

Terdapat banyak pilihan vitamin atau suplemen tambahan di pasaran, bagi memudahkan carian ibu ayah, kami senaraikan pilihan vitamin budak yang bagus di bawah.

8 Vitamin Budak Terbaik
APPETON Multivitamin Lysine Syrup
Terbaik Jenis Sirap
Beli di Shopee
Seven Seas Multivitamin Syrup with Cod Liver Oil
Terbaik Dengan Kandungan Minyak Ikan Kod
Beli di Shopee
Scott's Emulsion Cod Liver Oil Extra
Terbaik Jenis Emulsi
Beli di Shopee
Ddrops Booster Liquid Vitamin D3
Terbaik Sesuai Untuk Semua Usia
Beli di Shopee
CHAMPS Multivitamin
Terbaik Dengan Asid Folik & Lysine
Beli di Shopee
Toujours Kid's Fruit and Vegetable Blend
Terbaik Dengan Gabungan Buah-buahan & Sayuran
Beli di Shopee
Scott's DHA Gummies
Terbaik Jenis Gummy
Beli di Shopee
BLACKMORES Koalakids Multivitamin + Mineral
Terbaik Dengan 18 Nutrien Penting
Beli di Shopee

APPETON Multivitamin Lysine Syrup

Vitamin Budak Terbaik Jenis Sirap

Makanan tambahan keluaran Appeton ini diperkaya dengan Lysine (Asid Amino Esensial) yang mana adalah vitamin tambah selera makan anak yang meningkatkan selera makan serta menggalakkan pertumbuhan yang sihat.

Ia dirumus khas dengan vitamin kelas khas untuk membolehkan penyerapan dan kemudahan yang lebih baik.

Sesuai untuk kanak-kanak yang kurang selera makan (kerana ia adalah sejenis vitamin budak selera makan), pemakan cerewet, yang suka memilih, kanak-kanak kurang berat badan dan kurus serta kanak-kanak yang sering jatuh sakit kerana pemakanan yang kurang baik.

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi multivitamin penting untuk membantu meningkatkan pertumbuhan sihat secara keseluruhan.
  • Lisin membantu meningkatkan selera makan dan menjaga kesihatan.
  • Produk dilengkapi dengan Dose-MasterTM, untuk kebersihan, ketepatan dan kemudahan yang lebih baik kepada pengguna.
  • Boleh dititis terus pada lidah, susu, jus atau makanan cair.

Arahan penggunaan:

  • Kanak-kanak (1-4 tahun): 2.5ml setiap hari
  • Kanak-kanak (4 tahun ke atas) dan dewasa: 5ml setiap hari

Seven Seas Multivitamin Syrup with Cod Liver Oil

Vitamin Budak Terbaik Dengan Kandungan Minyak Ikan Kod

Seven Seas Cod Liver Oil adalah vitamin bayi dengan sumber semula jadi yang kaya dengan jenis asid lemak omega-3 (EPA dan DHA) yang paling berkesan, dan boleh didapati dalam bentuk kapsul cecair tradisional, dan mudah ditelan.

Oleh sebab kesuciannya sangat penting dalam menjaga kualiti, Minyak Hati Cod ini disaring sebanyak lima kali mengikut standard Ocean Gold yang unik!

Apa yang kami suka?

  • Membekalkan 8 vitamin penting dan DHA penting kanak-kanak.
  • Rasa jus oren asli yang enak
  • Tanpa perasa dan pewarna tiruan
  • Vitamin A, B1, B3 - Membantu mengekalkan kesihatan, pertumbuhan & perkembangan normal
  • Vitamin D - Membantu dalam perkembangan dan pemeliharaan normal tulang dan gigi
  • Mengandungi vitamin dan minyak ikan kod

Arahan penggunaan:

  • Umur 1-12 bulan: 2.5 ml (setengah sudu teh), sekali sehari
  • 2-3 tahun: 5 ml (satu sudu teh), sekali sehari
  • Berumur 4 tahun ke atas: 10 ml (dua sudu teh), sekali sehari
  • Gunakan separuh daripada dos yang disyorkan di atas untuk bayi dengan susu formula.

Scott's Emulsion Cod Liver Oil Extra

Vitamin Budak Terbaik Jenis Emulsi

Scott's Emulsion Cod Liver Oil Extra mengandungi minyak ikan cod dan minyak ikan (sumber Vitamin A dan D, EPA dan DHA) dan fosfor.

Scott Emulsion adalah jenis suplemen memiliki berbagai manfaat. Antaranya adalah menjaga daya tahan tubuh, mencegah kekurangan vitamin D, mencegah kekurangan vitamin A, mengatasi gangguan nutrisi dan mengatasi kondisi lainnya, seperti penyakit kulit serta masalah kesihatan mata.

Kandungan nutrisi yang ada di dalam Scott's Emulsion juga dapat membantu menyokong perkembangan otak anak.

Menurut Healthline, minyak ikan kod telah dimanfaatkan selama ratusan tahun untuk mengatasi sakit sendi dan riket iaitu penyakit kelainan tulang yang sering terjadi pada anak-anak. Penyakit riket terjadi disebabkan oleh kekurangan vitamin D.

Dengan bentuk emulsi, vitamin dalam minyak hati ikan mudah diserap, membantu mendapatkan vitamin yang diperlukan setiap hari, Scott Emulsion boleh diambil oleh kanak-kanak seawal satu tahun dan juga oleh orang dewasa.

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi DHA & EPA dengan vitamin A & D dan PHOSPHORUS
  • Membantu mengekalkan fungsi imun (Vitamin A)
  • Membantu dalam pengembangan & pemeliharaan tulang & gigi (Vitamin D)
  • Penglihatan sihat (Vitamin A)
  • Menyokong pertumbuhan & perkembangan yang sihat

Arahan penggunaan:

  • 1 - 3 tahun: 15ml sekali sehari
  • 4 - 8 tahun: 15ml dua kali sehari
  • > 9 tahun dan dewasa: 15ml tiga kali sehari

Ddrops Booster Liquid Vitamin D3

Vitamin Budak Terbaik Sesuai Untuk Semua Usia

Satu titis Ddrops 600 IU bersamaan dengan 600 IU vitamin D3 tulen dan minyak kelapa pecahan. Ibu ayah boleh menjaga si manja dengan baik dengan Ddrops 600 IU, malahan sesuai untuk sesiapa sahaja yang berusia 1 hingga 70 tahun.

Tanpa perasa tiruan, warna dan bahan kimia, jenis suplemen ini selamat dimakan setiap hari kerana diperbuat daripada 2 bahan sumber semula jadi, minyak kelapa pecahan dan vitamin D3.

Apa yang kami suka?

  • Titisan cecair yang senang digunakan.
  • Dibuat dengan hanya dua bahan bersumber semula jadi, vitamin D3 tulen dan minyak kelapa pecahan.
  • Membantu menyokong fungsi imun dan perkembangan tulang dan gigi.
  • Pengambilan yang disyorkan hanya dalam satu titis tanpa rasa.
  • Bebas dari bahan pengawet, bahan tambahan, perisa tiruan, warna, dan alergen biasa.

Arahan penggunaan:

  • Hanya satu titis ke makanan, ditambahkan dalam minuman atau dijilat dari permukaan yang bersih seperti sudu atau bahagian belakang tangan yang dicuci.

CHAMPS Multivitamin

Vitamin Budak Terbaik Dengan Asid Folik & Lysine

Champs Multivitamin adalah jenis suplemen dalam bentuk tablet berperisa oren/blackcurrant yang boleh dikunyah. Setiap tablet mengandungi 9 vitamin penting dengan tambahan Lysine yang biasa terkandung dalam vitamin tambah selera makan anak untuk meningkatkan selera makan dan merupakan makanan tambahan yang sihat untuk kanak-kanak.

Ia mempunyai kebaikan vitamin C membantu menggalakkan pertumbuhan yang sihat, pembaikan tisu dan menguatkan antibodi, serta penghasilan hormon dan enzim kanak-kanak.

Vitamin ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Apa yang kami suka?

  • Dalam bentuk tablet kunyah
  • Berperisa oren
  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan 

Arahan penggunaan:

  • Kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas , 1-2 tablet setiap hari

Toujours Kid's Fruit and Vegetable Blend

Vitamin Budak Terbaik Dengan Gabungan Buah-buahan & Sayuran

Produk keluaran Toujours Advanced iaitu Toujours Kids Fruit & Vegetable Blend ini diperkaya dengan gabungan buah-buahan & sayur-sayuran yang lazat diperkaya dengan kebaikan vitamin C dan kalsium yang diperoleh daripada campuran Brokoli, Tomato, Habbatus Sauda, ​​dan buah-buahan terpilih dan makanan super yang lain.

Campuran ini bertujuan sebagai vitamin tambah selera makan anak sambil menyuburkan minda dan badan mereka dengan vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Dua sudu teh sehari sudah cukup untuk menjadikan hari mereka kekal bertenaga dan ceria sepanjang hari!

Apa yang kami suka?

  • Halal
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 bulan ke atas
  • Campuran buah-buahan dan sayuran
  • Rasa yang lazat dan mudah diminum

Arahan penggunaan: 

  • Setiap set dilengkapi dengan picagari, jadi 1 picagari bersamaan 350ml / 2 sudu teh diambil sekali sehari. 

Scott's DHA Gummies

Vitamin Budak Terbaik Jenis Gummy

DHA adalah blok binaan utama untuk otak dan retina yang turut menyumbang kepada perkembangan otak dan mata yang normal. Scott's menjadi lebih kreatif dengan menghasilkan Scott's DHA Chewable Gummies yang dapat membantu ibu bapa membekalkan DHA untuk anak-anak mereka.

Ini kerana, Scott’s telah dipercayai oleh setiap generasi, bermatlamat untuk menyokong imuniti, pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Jenama ini terus memperkenalkan nutrien dalam bentuk dan format yang menarik untuk kanak-kanak. 

Scott's Gummies dengan teknologi DHA mikroenkapsul dengan kebaikan DHA dari minyak ikan memberikan anak-anak rasa yang mereka suka dengan mengunci kebaikan minyak ikan tanpa rasa hanyir.

Selain DHA, Scott's Gummies dengan DHA juga mengandungi Vitamin D, yang dapat membantu penyerapan kalsium dan fosforus.

Apa yang kami suka?

  • Terdapat pelbagai perisa buah seperti campuran buah-buahan, strawberi, oren dan blackcurrant.
  • Terdapat dalam tiga rekabentuk haiwan berbeza, ikan, sotong dan ketam yang pastinya disukai kanak-kanak.

Arahan penggunaan :

  • Saiz hidangan disyorkan adalah 3 biji sehari
  • Dirumus untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke atas. Ambil di bawah pengawasan orang dewasa.

BLACKMORES Koalakids Multivitamin + Mineral

Vitamin Budak Terbaik Dengan 18 Nutrien Penting

Apabila kanak-kanak membesar, ada yang akan melalui tempoh menjadi seorang picky eater membuatkan sukar untuk memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Blackmores Koalakids Multivitamin + Mineral  mengandungi 18 nutrien penting yang bagus.

Menampilkan vitamin dalam kumpulan B yang memainkan peranan penting dalam proses metabolik semua sel hidup dengan berfungsi sebagai koenzim dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk menghasilkan tenaga. Selain itu, fungsi normal dan penyelenggaraan badan bergantung kepada kehadiran vitamin kumpulan B.

Turut mempunyai vitamin D bagi membina dan mengekalkan jisim tulang yang sihat, dan seterusnya mengekalkan ketumpatan tulang.

Selain itu, iodin adalah penting untuk fungsi normal kelenjar tiroid kerana ia adalah nutrien penting yang diperlukan untuk sintesis tiroid hormon. Hormon tiroid juga penting untuk perkembangan normal sistem rangka, otot dan saraf kanak-kanak.

Vitamin C yang terkandung terlibat dalam ratusan proses biologi. Khasiat vitamin C yang terkandung dalam jenis suplemen ini penting untuk fungsi imun kerana ia terlibat dalam pengeluaran sel darah putih dan antibodi.

Fungsi utama kalsium ialah membina dan mengekalkan tulang dan gigi. Magnesium adalah penting untuk banyak fungsi selular, terutamanya yang terlibat dalam pengeluaran tenaga, dan untuk fungsi normal otot dan tisu saraf.

Zat besi ialah komponen hemoglobin yang mengangkut oksigen dalam badan. Mempunyai tahap hemoglobin yang optimum membantu sel-sel badan menerima oksigen yang mencukupi.

Apa yang kami suka?

  • Mempunyai rasa yang hebat tanpa pemanis tiruan.
  • Tablet kunyah dengan perisa strawberi dan vanila
  • Mempunyai kelulusan KKM dan sijil Halal daripada JAKIM

Arahan penggunaan :

  • Sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun
  • Kanak-kanak bawah 7 tahun boleh mengambil sebiji sehari dan kanak-kanak 7 hingga 12 tahun, 2 biji sehari
  • Tablet perlu dikunyah, tidak boleh ditelan terus

Perbandingan Harga Vitamin Budak

Jenama  Harga Berat/Isipadu
APPETON Multivitamin Lysine Syrup RM41.20 120ml
Seven Seas Multivitamin Syrup with Cod Liver Oil RM24.21 100ml
Scott's Emulsion Cod Liver Oil Extra RM13.90 200ml
Ddrops Booster Liquid Vitamin D3  RM59.90 2.8ml 
CHAMPS Multivitamins With Lysine RM26.90 100 tablet
Toujours Kid's Fruit and Vegetable Blend  RM70.00 350ml
Scott's DHA Gummies
RM31.95 60 tablet
BLACKMORES Koalakids Multivitamin + Mineral RM34.44 60 tablet

Apakah Maksud Suplemen?

Maksud suplemen adalah makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan segelintir ibu bapa. Secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.

Suplemen juga boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang anak makan setiap hari. Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.

Badan sememangnya memerlukan vitamin dan mineral tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.

Ibu ayah perlu tahu adakah penting vitamin budak tersebut terhadap kekurangan sesuatu nutrisi dalam badan anak. Diingatkan makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.

Ibu ayah dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan vitamin budak terhadap anak sama ada mereka memerlukan atau tidak.

Pentingnya Vitamin Untuk Bayi Setahun Ke Atas

Bagi ibu ayah yang berdepan dengan anak-anak jenis picky eaters, pasti pelbagai cara telah dilakukan untuk berjaya membuatkan anak selera makan. Kali ini, kami turut kongsikan pentingnya vitamin dalam tabiat pemakanan supaya anda lebih bersemangat untuk mempelbagaikan rasa dalam hidangan.

Antara kebaikan vitamin untuk bayi adalah seperti berikut:

1.  Mengurangkan risiko penyakit mata dan baik untuk penglihatan

Sepertimana tulang memerlukan kalsium, begitu juga mata memerlukan vitamin A yang mempunyai retinod semulajadi. Ia membantu untuk mengekalkan fungsi retina dan menajamkan penglihatan. 

Justeru, kanak-kanak yang mengambil suplemen sejak kecil lagi berpotensi mencegah dari terkena penyakit mata terutamanya risiko rabun malam.

2. Menjaga sistem imun tubuh badan

Kelebihan vitamin C adalah membantu membina dan menjaga sistem imunisasi yang diperlukan oleh tubuh. Pengambilan dos vitamin C yang mencukupi dapat memastikan tubuh badan anak tidak mudah dijangkiti kuman. Barulah badan tidak mudah jatuh sakit. 

Ramai budak kekurangan khasiat vitamin C kerana kecenderungannya untuk memilih makanan sehingga mengabaikan pengambilan buah-buahan dan sayuran. Bagi mengatasinya, vitamin budak dalam bentuk suplemen membantu anak dapat khasiat vitamin C dengan lebih cepat dan mudah.

3. Menguatkan tulang dan dan meningkatkan kesihatan gigi

Tulang dan gigi akan jadi lebih kuat jika mempunyai badan mengambil vitamin secukupnya. Sebab itu, kalsium diperlukan untuk melalui proses fisiologi tubuh kanak-kanak. Penyerapan kalsium pula dibantu oleh vitamin D. Oleh itu, kedua-duanya sangat penting untuk memastikan penyerapan kalsium dalam tubuh tidak terkesan.  

5 Makanan Yang Tinggi Vitamin Untuk Anak

Setiap kanak-kanak memerlukan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang cukup untuk membesar dengan sihat. Untuk itu, kami di theAsianparent kongsikan beberapa sumber makanan yang baik dan berkhasiat untuk si kecil anda.

1. Buah-buahan

Membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting untuk kanak-kanak. Buah-buahan seperti keluarga beri (Raspberry, Blueberry, Blackberry) adalah yang terbaik kerana ia bagus dalam mencegah penyakit kencing manis, jantung dan meningkatkan fungsi otak serta mengurangkan lemak berlebihan.

Manakala, oren pula terkenal dengan kelebihan vitamin C yang tinggi, yang mana sangat bagus untuk kanak-kanak. Antara buah-buahan tropika lain yang tinggi vitamin adalah pisang, tembikai dan jambu batu.

2. Sayur-sayuran

Sayur-sayuran yang mempunyai vitamin dan serat tinggi adalah seperti tomato yang mempunyai 'lycopene' membantu melawan kanser. Selain itu, penggunaan salad dan kubis dalam masakan juga membantu anak mendapatkan zat besi dan antioksidan yang baik.

3. Ikan

Ikan adalah sumber protein yang baik dan kaya dengan Omega-3. Ia dapat meningkatkan perkembangan otak si manja dan anti-radang. Salmon dan tuna adalah antara pilihan ikan yang selamat dan disukai kanak-kanak.

4. Telur

Sumber protein yang kaya dengan vitamin D dan antioksidan ini membantu dalam proses penyerapan kalsium dalam badan dan melindungi kulit daripada sinaran UV merbahaya.

5. Produk tenusu

Kalsium yang cukup sangat penting untuk memastikan tulang serta gigi kuat dan sihat. Jadi, yogurt dan keju adalah bagus dalam membantu proses penghadaman anak sekaligus meningkatkan imuniti dalam badan. 

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin

Baca juga: Vitamin Tambah Selera Makan Terbaik, 7 Jenama Ini Bantu Tambah Selera Makan Anak!

Baca juga: Vitamin Untuk Bayi 9 Bulan-12 Bulan Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

Penulis

Noorhidayah