Doktor Kongsi 7 Jenis Suami Ketika Teman Isteri Bersalin Di Labour Room, #5 Paling Lucu!

Wad bersalin adalah tempat paling digeruni oleh kebanyakan wanita bergelar ibu. Namun hakikatnya ia turut memberikan aura yang sama kepada golongan lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu yang mengandung amat mengharapkan suami ada di sisi, lebih-lebih lagi sewaktu berdepan sakit kontraksi melahirkan anak pertama dalam wad bersalin. Walau bagaimanapun tidak semua lelaki kuat semangat untuk melalui situasi sebenar bagi menyambut bayi baru lahir.

Mungkin sebelum ini suami amat yakin mereka boleh berada bersama isteri kerana tidak pernah membayangkan bagaimana keadaannya dalam dewan bersalin sehingga ada yang ‘ketar lutut’ dan tiba-tiba menghilangkan diri .

Ragam suami ketika menemani isteri di wad bersalin

credit to sources

Berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh seorang doktor, Muhammad Izzat, ada beberapa jenis suami di dewan bersain ketika menemani isteri mereka melahirkan bayi iaitu:

#1. Bersemangat waja – reaksi seperti tengah tengok perlawanan bola

”Shayang teran lagi shayang. Shayang boleh.. push pushhh sikit lagi, sikit lagi. Puteri Meesha Almeera Balqish Nadeela (nama baby yang belum keluar) nak keluar tuu..”

Kita yang mata kuyu jam 3 pagi pun boleh terang mata dengar dia bagi sokongan. Padahal belum sepenuhnya pun, tetapi sangat bagus semangat begini.

#2. Tiba-tiba jadi romantik

Telatah suami jenis ini kita boleh tengok dia akan pegang-pegang tangan isteri:

”Awak ingat tak first time kita jumpa dulu, awak nak pandang saya pun segan, kan? Tup tup nak ada baby dah kita berdua?”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Padahal si isteri tengah melayan sakit kontraksi, dia pula boleh mengimbas kembali masa bercinta dahulu. Sabar jelah. Kekadang saya potong stim kejap dengan ”Encik tolong kejap betulkan tudung dia tu, dah nak tertutup muka dah,” hehe

#3. Diam itu emas

Ketika isteri tengah sibuk meneran dalam wad bersalin, giliran suami pula terdiam. Rupa-rupanya dia boleh tertidur! Mungkin penat sangat jaga isteri sepanjang berada di hospital kot.

#4. Penuh dengan perasaan panik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Ya Allah doktor.. banyaknya darah. Ini darah baby ke darah ibu?”

”Ya Allah doktor… boleh ke kepala bayi keluar, laluan macam sempit je? Doktor tak nak buat sesuatu ke?”

”Bini saya sakit sangat ni doktor. Buat proses caesar jelah.. Doktor nak tunggu apa lagi?”

#5. Acah-acah sado dan hebat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

”Alah setakat darah, saya memang sudah biasa dah. Okay punya. Jangan risaulah doktor.”

”Kalau encik tak okay, boleh tunggu di luar dahulu. Nanti anak dah selamat dilahirkan, saya panggil semula”

Belum sempat habis cakap, dia dah tumbang dan pengsan dulu. Tiang drip pun dia tarik sekali.

#6. Running commentary

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap saat dan ketika suami akan update pada isteri dia apa yang berlaku dekat ‘bawah’. Macam live broadcast.

#7. Kuat membebel pada isteri

Proses melahirkan anak pertama mungkin sedikit sukar bagi ibu ayah. Setiap suami mestilah inginkan yang terbaik sampai tak sedar diri berleter kerana terlalu risaukan keadaan isteri.

”Awak sakit sangat tu, sedutlah gas ini. Apa guna gas ini kalau awak tak mahu pakai.”

”Itulah awak teran tak panjang, baby dah keluar masuk bawah tu”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kata-kata sebegini memang boleh buat isteri naik angin, silap-silap nanti kena smackdown!

Tips buat suami ketika menemani isteri di wad bersalin

credit to sources

Ketika diserang dengan rasa sakit kontraksi yang teramat kuat, ramai ibu mengatakan bahawa mereka sudah lupa tentang teknik-teknik pernafasan dan cara meneran yang diajarkan oleh doktor.

Sebagai suami, waktu inilah anda perlu memainkan peranan dengan mengingatkan semula isteri tentang strategi semasa proses meneran iaitu:

  • Jangan sesekali mengangkat punggung. Takut nanti terkoyak
  • Jangan teran selagi tidak dibenarkan oleh jururawat kerana ia hanya membuang masa dan tenaga
  • Jangan teran sikit-sikit. Rugi sebab baby akan masuk balik dan keluar sedikit sahaja
  • Teran dengan kuat dan panjang. Biar kurang bilangan teran tetapi penuh tenaga dan lama. Ini membolehkan bayi keluar dengan cepat tanpa sangkut-sangkut
  • Jangan benarkan nurse buat episiotomi (potong untuk bukaan lebih luas). Suami kena main peranan tegah jururawat kalau nak potong, tetapi anda dan isteri kena yakin boleh meneran dengan baik
  • Set masa meneran kali yang terakhir. Waktu inilah isteri perlu teran secara habis-habisan. Suami perlu maklumkan pada isteri bila kepala bayi sudah keluar

Sumber: Muhammad Izat, Akhtar Syamir

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Jangan Lari, Bantu & Teman Isteri Dalam Dewan Bersalin Barulah Proses Melahirkan Jadi Lancar