Waktu Bayar Zakat Fitrah Paling Afdal Berdasarkan Jawapan Mufti

lead image

Waktu bayar zakat fitrah terbahagi kepada lima iaitu waktu harus, waktu wajib, waktu sunat, waktu waktu makruh dan waktu haram.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbeza daripada zakat harta, zakat fitrah perlu ditunaikan dalam suatu jangka masa yang tertentu. Terdapat beberapa waktu bayar zakat fitrah yang telah ditetapkan.

Waktu Bayar Zakat Fitrah

Waktu bayar zakat fitrah terbahagi kepada lima iaitu waktu harus, waktu wajib, waktu sunat, waktu waktu makruh dan waktu haram. Berikut ciri-ciri bagi setiap waktu tersebut.

1.Waktu Harus

Waktu harus untuk membayar zakat fitrah adalah sepanjang bulan Ramadan. Ia waktu paling menyenangkan buat para pembayar zakat fitrah kerana bayaran boleh di buat pada bila-bila masa lapang sepanjang Ramadan.

Bayaran juga boleh dilakukan di mana-mana, sama ada terus ke pusat zakat, kepada para penolong amil yang membuka booth atau kiosk di mana-mana, dan juga secara online atau atas talian seperti di bayarzakatmalaysia.com.

2.Waktu Wajib

Waktu bayaran zakat fitrah wajib adalah mulai dari terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan sehingga sebelum solat Aidilfitri.

3.Waktu Sunat dan Afdal

Waktu afdal bagi bayaran zakat fitrah adalah pada pagi hari raya Aidilfitri sebelum solat Aidilfitri dilaksanakan. Waktu ini waktu paling afdal untuk menunaikan zakat fitrah kerana Nabi Muhammad SAW sendiri membayar zakat fitrah sejurus sebelum solat Aidilfitri. Oleh itu, ia adalah Sunnah.

4.Waktu Makruh

Waktu makruh bagi bayaran zakat fitrah adalah selepas solat Aidilfitri dilaksanakan. Andai kata anda terlepas peluang untuk membayar zakat fitrah sebelum solat Aidilfitri, masih sempat untuk ianya dilaksanakan selepas solat.

Namun, ingat bahawa ianya makruh dan tidak seharusnya dilakukan lagi di tahun-tahun akan datang tanpa alasan kukuh.

5.Waktu Haram

Waktu haram bagi bayaran zakat fitrah adalah selepas terbenamnya matahari selepas masuk waktu Maghrib pada hari pertama bulan Syawal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, walaupun ia jatuh dalam waktu haram, anda masih perlu membayar qadha zakat fitrah kerana ia wajib digantikan dan ianya perlu dilakukan dengan kadar segera.

Kesimpulannya, terdapat lima waktu bayar zakat fitrah bagi umat Islam membayar zakat tersebut setelah masuknya bulan Ramadan, waktu wajib pula ialah pada malam satu syawal dan afdal pula waktunya membayar pada pagi hari raya sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri.

Manakala selepas selesai solat sunat tersebut makruh pula hukumya dan melewatkan pembayaran sehingga luput satu Syawal adalah haram. Oleh itu, setiap individu muslim hendaklah peka dan cakna terhadap kelima-lima waktu bayar zakat fitrah ini supaya dapat menghindari diri kita dari lewat membayar zakat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Zakat Fitrah: Syarat Wajib, Kadar Dan Hukum Tidak Membayarnya

Baca juga: Siapa Yang Wajib Bayar Zakat Fitrah, Bila Perlu Dibayar, Kaedah Pembayaran

Baca juga: Korek Hidung Batal Puasa Jika Masuk Terlalu Dalam? Ini Penjelasan Mufti WP & Ustaz Azhar Idrus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar