X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Solat Sunat Witir Berdasarkan Panduan Ringkas Dari JAKIM

4 min bacaan
Cara Solat Sunat Witir Berdasarkan Panduan Ringkas Dari JAKIM

Cara solat sunat witir termasuklah bilangan ganjil iaitu satu salam bagi setiap dua rakaat, dan satu rakaat dihujungnya dengan satu salam.

Apabila tibanya Ramadan ramai yang akan menyebut mengenai cara solat sunat witir yang dilaksanakan selepas selesai solat tarawih. 

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Solat Witir
  • Lafaz Niat
  • Panduan Solat Sunat Witir
  • Doa, Selawat & Wirid Antara Solat

Apa Itu Solat Witir

Solat sunat witir adalah solat malam yang dilakukan setelah solat Isyak. Ia termasuk dalam kategori solat sunat yang sangat digalakkan dalam Islam.

Witir berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ganjil, kerana solat ini dilakukan dalam bilangan rakaat yang ganjil, iaitu 1, 3, 5, 7, 9, atau 11 rakaat, mengikut kemampuan dan pilihan masing-masing.

Solat witir dilakukan setelah solat fardhu Isyak dan boleh dilakukan pada waktu malam, khususnya selepas terawih dalam bulan Ramadan.

Ia juga dianggap sebagai ibadah yang penting kerana Rasulullah SAW selalu mengamalkannya dan sangat menyarankan umat Islam untuk menunaikan solat ini.

Namun sebenarnya harus difahami ia tidak semestinya dikerjakan selepas solat tarawih kerana hukum solat witir adalah sunat muakkad iaitu sunat yang amat digalakkan dalam Islam.

Lafaz Niat

Berikut adalah cara solat sunat witir berserta lafaz niat: 

1.Lafaz Niat Witir Dua Rakaat

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.

2.Lafaz Niat Witir Satu Rakaat

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.

Panduan Solat Sunat Witir

Berikut adalah panduan dan cara solat sunat witir:

1.Bilangan Rakaat Ganjil

Bilangan rakaat bagi solat sunat witir adalah dalam bilangan ganjil. Ia ditunaikan sama seperti solat sunat lain namun dalam rakaat ganjil. Kebiasaannya ia dilaksanakan dalam tiga rakaat.

Cara solat sunat witir tiga rakaat dimulakan dengan solat sunat witir dua rakaat satu salam dan seterusnya satu rakaat satu salam menjadikan tiga kesemuanya.

2.Boleh Dikerjakan Sepanjang Malam

Solat sunat witir boleh dikerjakan sepanjang malam iaitu selepas menunaikan solat Isyak sehingga menjelang sebelum masuk waktu Subuh.

Selepas selesai bacaan al-Fatihah adalah lebih afdal untuk membaca surah Al-A’la pada rakaat pertama dan surah Al-Kafirun pada rakaat kedua.  Namun jika anda mahu baca surah yang lain tiada salahnya. 

Doa, Selawat & Wirid Antara Solat

Selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat tarawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya. Namun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadah pada bulan yang mulia ini.

Doa witir:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.”

Doa adalah satu aspek penting dalam solat witir, terutama ketika membaca doa qunut. Doa qunut dalam solat witir mengandungi permohonan kepada Allah agar diberi petunjuk, perlindungan, dan keberkatan.

Anda juga boleh berdoa untuk perkara-perkara yang baik seperti kesihatan, ketenangan, serta kesejahteraan dunia dan akhirat. Salah satu amalan sunat selepas solat serta yang ingin mengetahui cara solat sunat witir adalah membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Selawat ini merupakan tanda cinta dan penghormatan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Pejabat Mufi Wilayah Persekutuan, JAKIM

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

Baca juga: Peluang Suami Untuk Jadi Imam, Ini Panduan & Cara Mengerjakan Solat Tarawih Di Rumah

Baca juga: Hidupkan Solat Tarawih Di Rumah, Suami Isteri Makin Sayang & Anak Jadi Lebih Disiplin

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cara Solat Sunat Witir Berdasarkan Panduan Ringkas Dari JAKIM
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham