Waktu berpantang merupakan tempoh terbaik untuk memulihkan kesihatan tubuh wanita selepas bersalin. Tetapi adakah tidak keluar rumah antara cara berpantang 44 hari?
Kebanyakkan wanita pastinya masih merasai kesakitan selepas bersalin, tetapi ada juga ibu-ibu yang tempoh penyembuhannya lebih cepat, lantas terus boleh keluar rumah dan berjalan seperti biasa.
Kata orang tua-tua tak elok jika wanita baru selepas bersalin bersiar-siar di luar jika tiada keperluan, bimbang luka jahitan boleh terbuka atau badan masih lemah dan boleh mengundang kemalangan seperti terjatuh, tumpah darah dan sebagainya.
Cara Berpantang 44 Hari: Tidak Boleh Keluar Rumah
Mungkin ada yang merasakan, mustahil bagi ibu baru bersalin keluar berjalan-jalan di pusat membeli belah atau keluar malam pada waktu ini jadi tidak ada yang melakukannya.
Hakikatnya ya, sesetengah ibu cukup yakin badannya cukup kuat untuk berjalan sebaik melahirkan anak. Ada yang seminggu sudah boleh berjalan seperti biasa, ada juga yang lebih awal telah keluar berjalan seperti mencari keperluan bayi dan sebagainya.
#1. Luka Masih Belum Baik
#2. Badan Mudah Masuk Angin
#3. Emosi Mudah Terganggu
#4. Risiko Kemurungan
Selepas bersalin, emosi dan fizikal ibu masih lemah yang memerlukan penjagaan rapi. Wanita mengeluarkan darah yang banyak, pasti masih merasa sakit dan mudah terkena jangkitan, malah pada bayi juga.
Pelbagai faktor di luar jangkaan menyebabkan kesedihan mulai terasa. Akibatnya ada ibu tertekan sehingga murung dan lebih teruk lagi meroyan disebabkan situasi ini.
#5. Kesihatan Rahim
#6. Risiko pada bayi
Bila anda keluar dan balik terus memeluk bayi, tanpa membersihkan badan terlebih dahulu, ia mungkin membahayakan bayi anda.
Walaupun mereka tidak keluar bersama, namun segala kuman, habuk atau virus pada badan anda akan mudah terkena bayi apabila anda memeluk mereka.
Malah anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan ketika di luar. Sudahlah badan masih lemah, cukup mudah untuk jatuh sakit.
Jadi tepuk dada tanya selera. Anda sebagai ibu lebih tahu apa yang terbaik buat anda dan bayi anda. Tidak perlu orang lain memberitahu apa yang buruk dan baik buat anda.
Keluar rumah ketika berpantang tidak ada salahnya, namun berpadalah, hanya keluar jika ada keperluan seperti ke temujanji doktor atau mencari barang keperluan bayi. Sebetulnya cara berpantang 44 hari itu adalah lakukan apa yang terbaik untuk ibu dan bayi agar emosi dan fizikal ibu cepat pulih.
Kami harap artikel ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:Kembali Pulih Selepas Bersalin Secara Normal: Perkara Penting Anda Harus Tahu
Baca juga: Emosi Ibu Berpantang Terganggu, Ini Punca Mengapa Ia Terjadi Dan Cara Menangani
Baca juga: 3 Doa Pelindung Diri Dari Wabak, Basahkan Lidah Dengan Zikir Ini Tiap Kali Keluar Rumah