Wany Hasrita Hamil Anak Pertama Tanpa Alahan Teruk, Akui Sedih Berjauhan Dengan Suami

Wany Hasrita mengesahkan dirinya berbadan dua dengan kandungan mencecah usia enam bulan tanpa alahan yang teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahniah kepada penyanyi Wany Hasrita yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi!

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini akhirnya mendedahkan dirinya kini hamil enam bulan sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi yang timbul.

Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, dijangka bakal menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu pada Julai nanti.

Wany Hasrita emosional PJJ dengan suami

Walaupun tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilan tersebut,penyanyi ini mengakui bahawa sepanjang hamil, adakala dirinya sedikit emosional tatkala perlu berjauhan dengan suami.

“Disebabkan saya dan suami berjauhan, memang ada masanya sedikit emosional apabila terpaksa menjalani pemeriksaan kesihatan hanya dengan ditemani ibu.

“Setakat ini, di mana saya akan bersalin dan berpantang di sini (Semenanjung) atau dengan suami di Sarawak masih belum diputuskan,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum ini, timbul spekulasi, Wany Hasrita hamil selepas muncul pada persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37, Februari lalu, apabila kelihatan ‘baby bump’ pada perut, meskipun memakai pakaian besar.

Biarpun menjadi tanda tanya peminat, namun selebriti itu tidak membuat sebarang pengesahan sama ada dirinya hamil atau tidak.

Bagaimanapun, Wany tidak lagi menyembunyikan kehamilan apabila secara terbuka berkongsi dengan hos gandingannya, iaitu Khir Rahman dan Amin Idris, pada siaran langsung program Borak Dulu Baru Buka di TV Okey, baru-baru ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada sesi itu, Wany mengaku perlu makan untuk ‘dua orang’ sekali gus menandakan dirinya berbadan dua.

Malah, di media sosial menerusi Instagram Story miliknya, penyanyi bersuara lunak itu dilihat berkongsi keterujaan memilih pakaian hamil.

Untuk info, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun yang bertugas sebagai juruterbang di Kuching, mula rapat selepas diperkenalkan rakan baik Wany pada 2019 dan bernikah pada Julai tahun lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak mengapa jika memilih untuk menyorok dahulu berita kehamilan bagi memastikan kandungan benar-benar kuat sebelum mengumumkan berita gembira tersebut.

Beritahu tentang kehamilan atau tidak, ia bergantung kepada keputusan ibu tetapi pastikan ibu mengambil kira setiap yang penting untuk keselamatan bersama janin ya?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Bilakah Waktu Sesuai Umum Anda Mengandung? Adakah Pada Awal Kehamilan Atau Tunggu Dulu?

Baca juga : Cara Umum Kehamilan Di Tempat Kerja, Ibu Perlu Maklumkan Pada HR & Bos Dahulu!

Baca juga : 5 Jenis Cara Bersalin Yang Berbeza, Adakah Anda Tahu Setiap Proses Ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi