Maksud Disebalik Warna Hingus Bayi, Jika Hingus Warna Hijau & Pekat Ibu Perlu Risau!

Warna hingus bayi atau kanak-kanak memiliki maksud tersendiri, darinya ibu ayah boleh menentukan sama ada perlu berjumpa doktor ataupun tidak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar cenderung mengalami masalah selesema, batuk dan demam. Justeru adalah penting untuk ibu ayah mengenali beberapa jenis warna hingus ketika memantau keadaan si manja.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jenis warna hingus anak dan maksudnya

Melalui warna hingus ibu ayah boleh ketahui samaada anak perlukan perhatian lebih atau mereka perlu dibawa berjumpa doktor.

Warna yang biasa kita lihat adalah warna putih atau jernih, hijau dan kuning. Ibu ayah pasti akan panik apabila melihat lendiran berwarna merah atau coklat, atau kelabu yang keluar dari hidung si manja.

Jenis warna hingus anak dan maksudnya

#1. Warna putih/jernih

Hingus berwarna putih atau jernih ni biasanya dilihat keluar dari hidung anak. Maksud warna ini ialah anak anda tidak menghadapi masalah. Ia adalah hingus biasa sahaja.

Seeloknya anda sediakan air secukupnya buat bayi. Berikan juga sumber makanan seperti buah limau atau oren yang kaya dengan Vitamin C.

#2. Warna hijau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika hingus berwarna hijau ini keluar awal pagi, maka ibu tidak perlu risau. Apatah lagi jika ia keluar sekejap-sekejap. Tiada apa yang perlu anda berikan perhatian serius.

Sebaliknya, hingus berwarna hijau yang keluar berterusan sepanjang masa perlu diberi perhatian. Begitu juga dengan hingus hijau yang pekat (likat) di dalam hidung anak. Ia akan menganggu pernafasan mereka.

Segeralah berjumpa doktor.

#3. Warna kuning

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hingus berwarna kuning bermaksud anda perlu lebih berhati-hati. Bagi perhatian kepada anak serta sediakan ubat demam di rumah atau hulurkan ubat demam kepada pengasuh.

Amat penting ketika hingus ini keluar anda tekankan tahap hidrasi anak. Jika hingus kuning ini keluar lebih dari dua minggu anda digalakkan untuk bawa anak berjumpa doktor.

#4. Warna kelabu

Melihat hingus anak yang keluar dari hidung berwarna kelabu pasti akan hadirkan debaran. Ibu-ibu bertenang dahulu kerana hingus berwarna kelabu ini petanda udara merupakan udara tercemar.

Asap rokok, habuk atau debu ada dalam partikel udara di sekeliling anak anda. Jika hingus ini keluar sewaktu berada di rumah, ini merupakan petanda bahawa anda perlu membersihkan kediaman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paling penting jangan benarkan perokok merokok dalam kawasan rumah anda. Pastikan juga mereka tidak mendekati atau pegang anak. Asap rokok pastinya melekat pada pakaian mereka.

#5. Warna merah/coklat

Hingus berwarna merah atau coklat bermaksud anda perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga. Hingus ini petanda hidung anak terlalu kering sehingga kulit dalaman terluka dan berdarah.

Darah yang keluar sedikit tidak menjadi masalah. Ia akan kering akhirnya. Namun anda perlu bawa anak berjumpa doktor apabila darah berterusan keluar sepanjang hari atau berulang-ulang beberapa hari. Tidak kira dalam kuantiti sedikit atau banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengetahui jenis-jenis warna hingus anak anda akan mampu membantu anda dalam mengambil tindakan yang betul dan pantas.

Namun jika anda yakin bahawa anak anda demam maka ada baiknya anda bawa mereka berjumpa doktor tak kira warna apa sekali pun hingus yang keluar.

Terutamanya untuk bayi berumur 3 bulan ke bawah. Ini kerana selsema bakal menganggu sistem pernafasan mereka. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!

Baca juga:  3 Alat Patut Ada Dalam Peti Ubat Di Rumah Untuk Atasi Selsema Bayi!

Baca juga:  Penting Bersihkan Hidung Bayi, Jangan Sampai Tersumbat & Selsema Baru Nak Bersih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Penulis

Ain Yusof