Bayi yang minum susu formula dan bayi yang minum susu ibu biasanya mempunyai najis yang berbeza warnanya. Jadi adakah normal warna najis bayi minum susu formula berwarna hijau?
Patutkan ibu ayah risau jika bayi mereka yang minum susu formula mengeluarkan najis berwarna hijau? Warna najis boleh menjadi salah satu cara untuk mengetahui tahap kesihatan bayi.
Terdapat pelbagai warna najis bayi, terutamanya pada tahun pertama kehidupan mereka apabila diet berubah dengan pengambilan makanan pejal.
Isi Kandungan
Warna najis bayi minum susu formula hijau, adakah bahaya?
Jika bayi anda minum susu formula, adalah normal sekiranya najis mereka berwarna coklat terang seperti mentega kacang dan sedikit pejal berbanding bayi yang minum susu badan.
Sebaliknya jika bayi anda menyusu badan, warna najis normal mereka adalah kuning atau hijau serta bertekstur lembut dan berkrim. Namun ada juga sesetengah kes najis bayi berwarna hijau kerana mengalami sakit perut. Lebih-lebih lagi jika najis mereka berlendir.
Punca najis bayi minum susu formula hijau
Jika anda bimbang warna hijau najis bayi mungkin disebabkan faktor lain. Ini mungkin antara sebab-sebabnya:
1.Bayi sakit perut punca najis bayi minum susu formula warna hijau
Jika najis kelihatan seperti cirit-birit, mungkin bayi anda mengalami masalah sakit perut dan perlu mendapat pemeriksaan doktor
2.Intoleransi makanan
Sesetengah bayi mungkin mengalami intoleransi terhadap susu lembu dan sebagainya. Jadi ia akan menyebabkan perubahan kepada warna tinja bayi.
3.Makanan hijau
Lihat diet bayi anda. Jika dia sudah mula makan makanan pejal dan anda ada berikan sayuran hijau padanya, najisnya juga boleh menjadi warna hijau.
4.Tidak cukup susu
Anak anda mungkin tidak cukup susu. Perhatikan lampin mereka basah atau tidak dan kekerapan anda tukar.
5. Jaundis
Rawatan untuk penyakit kuning kadang-kadang boleh menyebabkan najis hijau.
6.Bayi tumbuh gigi
Peningkatan menelan air liur kadangkala boleh menyebabkan najis hijau.
7. Ubat
Sesetengah antibiotik atau ubat lain boleh menyebabkan najis mengalir melalui usus dengan lebih cepat menyebabkannya berwarna hijau. lampin hijau.
Apa yang penting, jika anda musykil dan bayi menunjukkan tanda tidak sihat segeralah dapatkan pemeriksaan doktor.
Semoga bermanfaat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Warna Najis Bayi & Jenis Najis Bayi Jadi Petunjuk Jika Si Manja Ada Masalah Kesihatan
Baca juga: Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini