Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?

Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?

Penggunaan wet tissue sering dikaitkan dengan kencing kotor, namun, ia tidak benar.

Penggunaan wet tissue atau tisu basah di kalangan ibu bapa adalah sangat normal untuk tujuan pembersihan. Ini adalah kerana penggunaanya sangat mudah dan cepat terutama ketika tiada sumber air yang berdekatan dengan kita. Namun, benarkah ia penyebab kepada jangkitan kuman dalam air kencing bayi? 

Ia selalu digunakan untuk membersihkan kotoran pada bayi kita seperti debu, muntah, air kencing dan najis. Dengan kata lain, wet tissue adalah benda yang wajib kita bawa bersama dengan barang-barang bayi yang lain.

Namun begitu, pernah tak anda dengar atau pun terbaca artikel yang mengatakan wet tissue adalah penyebab jangkitan kencing pada bayi? 

Jangkitan kuman dalam air kencing bayi 

Kita bolehlah meluangkan masa dan membaca hasil tulisan Dr. Suhazeli Abdullah tentang isu ini:

Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali. Untuk lebih memahami tentang isu ini, mari kita fahami dulu apa itu jangkitan kencing kotor dan apa puncanya.

Apa itu bayi kencing kotor? 

shutterstock_118071346 (1)

Kesimpulannya, jangkitan kencing kotor atau “Urinary Tract Infection” (UTI) adalah keradangan pada saluran kencing dan bakteria E. Coli adalah penyebabnya.

Kebiasaannya, kaum wanita yang lebih mudah untuk mendapat jangkitan kencing kotor kerana saluran uretra mereka lebih pendek berbanding dengan kaum lelaki.

Saluran uretra yang pendek memudahkan bakteria untuk merebak naik ke sistem saluran kencing. Oleh sebab itu, UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Punca jangkitan kencing kotor

shutterstock_255839950 (1)

Penyebab UTI yang paling utama adalah tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air kecil atau pun besar. Jika anda kerap melakukan tabiat seperti itu, ia menggalakkan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.

Sekarang anda sudah lebih memahami tentang jangkitan kencing kotor dan apa yang menjadi puncanya. Sememangnya, bukan wet tissue atau pun tisu basah yang menyebabkan jangkitan ini tetapi cara penggunaan tisu itu yang boleh menyebabkan jangkitan ini.

Jadi, ibu bapa diingatkan ketika hendak membersihkan bayi anda yang telah membuang air kecil atau pun air besar, untuk mengelap dari depan ke belakang. Dan juga, jangan mengelap kali kedua dengan wet tissue yang sama. Seeloknya ambil wet tissue yang baru jika ingin megelap lebih dari satu kali.

Cara ini juga patut dipraktikkan walaupun anda menggunakan kain yang basah untuk mengelap bayi anda. Sekali lagi diingatkan, teknik mengelap bayi anda yang boleh menjadi penyebab jangkitan kencing kotor bukannya wet tissue, kain lampin atau pun tuala. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga 

Buang air kecil setelah berhubungan seks, mengapa ia penting dilakukan?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner