Tak Pernah Paksa & Rotan Anak, Yana Samsudin Dedah Mateen Kuasai 3 Bahasa Sejak Bayi

Yana Samsudin merupakan seorang pelakon dan ibu kepada dua orang anak. Baru-baru ini dia telah berkongsi pendekatan yang diambil ketika mengajar anaknya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu ayah memiliki cara yang tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Apa yang pasti kita berusaha memberikan yang terbaik agar si manja meneroka banyak ilmu pengetahuan seiring usia mereka. Begitu juga pendekatan yang dilakukan oleh pelakon populor, Yana Samsudin ketika menggalakkan anaknya menguasai tiga bahasa sejak bayi lagi.

Bagi yang tidak tahu, sebenarnya oyak anak yang masih bayi boleh menyerap banyak bahasa seawal usia mereka. Justeru anda tidak perlu risau apabila mereka sedikit bercelaru bila ibu cakap bahasa Melayu dengannya dan ayah pula cakap dalam bahasa Mandarin.

Yana Samsudin tidak pernah paksa atau rotan ketika mengajar anak

Menurut pelakon dan ibu kepada dua orang anak, Yana Samsudin dia mendedahkan cara yang digunakan ketika mendidik anak sulungnya iaitu Aisy Mateen, 4 tahun menguasai tiga bahasa sejak bayi dan tambahan dua lagi bahasa yang bakal dipelajari.

Dia juga sempat berkongsi video Aisy Mateen melalui laman Instagram yang sedang belajar mengira menggunakan jari.

Mateen paling suka dengan subjek Matematik. Tapi dia lebih suka dapat mengira dalam bahasa Inggeris, dia cepat tangkap. Kalau bahasa Melayu agak lambat sedikit. 

Sebab masa baby lagi dah dedahkan dia dengan tiga bahasa. Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah, sekarang juga Mateen dah berminat dengan bahasa Arab dan Jawi.

Tak pernah paksa, tidak pernah rotan semasa dia melalui proses pembelajaran. Alhamdulillah mudah segala prosesnya.. Ingat Mateen, Mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian Mateen dengan anak-anak yang lain.

Mommy nak Mateen pandai ikut potensi Mateen sahaja. Semoga ia berguna untuk masa hadapan apabila Mommy sudah tiada nanti.

Tambahnya, sekarang Ais Mateen hanya belajar di rumah (home schooling) sahaja. Cikgu Mandarin akan datang ke rumah dan Yana Samsudin tidak kisah kena berjalan dua meter sahaja untuk hantar anak.

Yana Samsudin telah mendirikan rumah tangga bersama Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aisy Mateen berusia 4 tahun dan Aura Aisy Sifea kini memasuki usia 3 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips mudah memupuk minat anak supaya suka belajar

Tidak semua anak yang sedang membesar akan tertarik terhadap buku dan pensel. Ada sesetengah ibu ayah berdepan kesukaran kerana si manja langsung tidak menunjukkan rasa berminat untuk belajar.

Sekiranya ini yang anda hadapi sekarang, usah risau kerana segelintir kanak-kanak banyak belajar sambil mereka bermain. Ada beberapa cara yang boleh anda cuba bagi memupuk minat mereka seawal usia lagi. Antaranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Sediakan alat tulis 

Set alat tulis yang terdiri daripada pensel, buku, pen berwarna-warni mampu menarik perhatian si manja untuk belajar. Sejak usia anak 3 tahun, ibu ayah sebenarnya sudah boleh mula belikan.

Rangsang otak mereka terhadap bentuk dan warna. Pendekatan ini secara tidak langsung membolehkan mereka untuk belajar menulis atau menconteng pada buku yang telah disediakan.

#2. Beri peluang untuk anak

Usah terlalu risau jika anak mula menunjukkan kerajinan mereka untuk menulis atau menconteng pada dinding. Ini membuktikan bahawa si manja sedang menonjolkan kreativiti mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, ajak dan perkenalkan anak dengan jenis-jenis warna. Anda juga boleh sediakan buku mewarna mengikut karakter yang disukai si manja.

#3. Luangkan masa bersama

credit to sources

Tidak cukup dengan menyediakan alat tulis sahaja, ibu ayah hendaklah meluangkan masa untuk bersama anak-anak. Kehadiran anda di sisi boleh membuatkan si manja lebih teruja belajar banyak perkara baharu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan juga anda tidak pegang atau bermain telefon semasa sesi tersebut. Tumpukan sepenuhnya perhatian kepada anak. Cukuplah tempoh 1-2 jam untuk belajar, jika dapat 10 minit sesi belajar pun dah kira okay. Bila si manja dah suka, lama-lama nanti automatik dia akan leka belajar.

Sumber: @aisymateen, Diyana Jamal

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ada Hikmahnya Bila Kena Duduk Di Rumah, Inilah Masa Untuk Ibu Kenalpasti Potensi Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan