Yayasan Khazanah Lancar 2 Biasiswa Baharu Bagi Kelangsungan & Kompetensi Abad 21

Yayasan Khazanah telah melancarkan dua biasiswa baharu iaitu Program Biasiswa Khazanah Lestari dan Program Kursus Pendek Eksekutif Yayasan Khazanah ACE2.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yayasan Khazanah telah ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Khazanah Nasional Berhad. Misinya adalah untuk memilih, menyokong dan mendidik individu luar biasa yang mampu menjadi pemimpin kepada organisasi di negara ini serta seluruh dunia.

Ia menawarkan para sarjana yang layak memperoleh biasiswa bagi meneruskan pembelajaran di universiti termuka seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Malaysia.

Yayasan Khazanah perkenalkan dua biasiswa baharu bagi membantu para pelajar

Untuk tahun 2021 ini, pihak Yayasan Khazanah, cabang biasiswa Yayasan Hasanah telah mengumumkan pelancaran dua biasiswa terbaharu. Ia adalah Program Biasiswa Khazanah Lestari dan Program Kursus Pendek Eksekutif Yayasan Khazanah ACE2.

Pendekatan biasiswa ini bertujuan untuk merapatkan jurang bakat di negara ini dengan cara lebih holistik, memberi peluang kepada mereka yang ingin mengikuti program penggayaan akademik dan eksekutif mengenai pembangunan kelestarian.

Bukan itu sahaja, ia juga menjadi inisiatif bagi memastikan keperluan pekerjaan dan kecekapan masa hadapan dapat ditangani dengan sewajarnya.

Menurut Lembaga Pemegang Amanah di Yayasan Khazanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari mengatakan pihaknya amat berbangga dapat memberi sumbangan ke arah agenda nasional dengan meningkatkan akses ke bidang pengajian yang penting bagi mencapai Objektif Pembangunan Kelestarian 2030.

''Ketika kita menuju ke abad 21, ia menjadi semakin jelas bahawa ada set kemahiran, kompetensi dan industri diperluan bagi mengatasi cabaran masa hadapan seperti ketahanan iklim, kecerdasan buatan, data besar, paradigma ekonomi dan sosial yang baru.'' katanya.

Dengan adanya biasiswa pascasiswazah ini dapat menyokong yuran pengajian, tiket kelas ekonomi pergi balik, sokongan alumni, wang sara hidup, insurans perubatan dan rangkaian bagi pemohon yang layak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara beberapa bidang pengajian yang memperoleh sokongan biasiswa dari Yayasan Khazanah ini termasuklah:

  • Pembangunan Komuniti,
  • Pengurusan Sumber Asli
  • Keadilan Sosial
  • Pembangunan Lestari & Kajian Pembangunan
  • Kajian Jantina
  • Pengurangan Kemiskinan
  • Migrasi
  • Keselamatan Makanan
  • Urbanisasi Kesihatan
  • Perubahan Iklim
  • Hak Asasi Manusia dan banyak lagi.

Yayasan Khazanah berusaha menghasilkan pemimpin masa hadapan

Tambah Shahira lagi, Yayasan Khazanah telah memberikan lebih 1,000 biasiswa dalam tempoh 15 tahun terakhir ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pihaknya turut komited untuk terus mengembangkan bakat dan membangun saluran pemimpin masa hadapan negara ini. Ia sama ada membasmi kemiskinan kanak-kanak melalui pendidikan, meraikan seni dan warisan budaya kita yang unik dan mengekalkan pemeliharaan hutan.

''Kami yakin biasiswa ini akan menjadi tunjang penting bagi kelangsungan dan kejayaan negara pada masa akan datang.'' jelasnya.

Mulai bulan April, Yayasan Khazanah melancarkan proses permohonan Kursus Pendek Eksekutif Khazanah ACE2. Menerusi program ini, dana ditawarkan bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran dengan Kursus Pendek Eksekutif yang memakan masa antara 2 minggu hingga 3 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dana tersebut meliputi yuran kursus dan tiket kelas ekonomi pergi balik hingga RM25,000. Permohonan akan dibuka sepanjang tahun.

Kedua-dua permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Para pemohon yang berminat boleh memuat turun borang dari pautan yang disediakan di laman web rasmi Yayasan Khazanah.

Cara permohonan program biasiswa Yayasan Khazanah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Permohonan Program Biasiswa Khazanah Lestari akan dibuka antara 18 hingga 31 Mei. Untuk mendaftar atau mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh menghantar e-mel ke ykselect@yayasankhazanah.com.my.

Untuk Kursus Eksekutif Khazanah ACE2, pemohon boleh menghubungi khazanah-ace2@yayasankhazanah.com.my atau hubungi 03-58704333.

Justeru, rebutlah peluang ini bagi menikmati biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara. Antara sebab anda perlu memohon biasiswa Yayasan Khazanah ini adalah:

  • Memperoleh akses mudah ke program pembangunan kepimpinan dan watak
  • Pemohon yang berjaya mendapat peluang lebih sukarela dengan NGO atau bukan keuntungan
  • Para sarjana Yayasan Khazanah dapat mengikuti latihan di syarikat dan organisasi yang terpilih
  • Anda pasti lampiran kerja dalam syarikat (GLC, GLICS atau organisasi rakan kongsi) sekiranya berjaya
  • Peluang mentoring di bawah pembuat Keputusan Korporat

Para pemohon juga perlu melalui beberapa proses penyaringan dan pemilihan mengikut kriteria yang ketat memandangkan mereka yang memohon biasiswa ini adalah terlalu ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kanak-Kanak Tadika Dengan Pendidikan Sosial Yang Baik Lebih Cenderung Berjaya