Sakit Pada Kemaluan Lelaki Akibat Phimosis, Ibu Ayah Mungkin Diminta Segera Sunatkan Anak

Kemaluan lelaki sakit dan susah kencing bukanlah sesuatu yang normal. Jika ini berlaku pada anak lelaki anda, segera dapatkan nasihat doktor

Jika memiliki anak lelaki banyak juga perkara yang perlu diberi perhatian. Bukan saja kisah angin pasang tetapi masalah phimosis atau kemaluan buta juga boleh menyerang kanak-kanak ini.

Zakar buta menjadi antara masalah kanak-kanak lelaki yang ibu ayah perlu tahu. Hal ini kerana ia boleh membuatkan anak berasa sakit atau tidak selesa pada kemaluan lelaki mereka.

Phimosis atau kemaluan lelaki buta terjadi pada usia 4 hingga 7 tahun

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, tanda tanda kemaluan lelaki dengan masalah phimosis ini adalah:

  • Anak kerap mengadu sakit pada hujung zakar
  • Berdepan kesukaran untuk kencing
  • Dalam sesetengah kes semasa kencing, kulup (foreskin) pada kemaluan lelaki akan kembang seperti belon yang diisi air

Secara fisiologi atau semula jadi, kulit kulup akan terpisah dari kepala zakar perlahan-lahan seiring peningkatan usia kanak-kanak. Bukan itu sahaja, bukaan kulup ini turut membesar juga.

Untuk pengetahuan anda, phimosis adalah satu keadaan di mana kulit kulup zakar masih melekat pada kepala zakar (glans) atau bukaan pada kulup itu terlalu kecil. Ia juga boleh berlaku jika ada jangkitan kuman pada kulup.

Oleh kerana bukaan pada kulup zakar terlalu kecil, air kencing yang keluar dari ureter berkumpul di dalam ruang antara kulup dan kepala zakar.

Keadaan ini sekaligus menyebabkan ia membelon (mengembang) dan menyebabkan rasa sakit.

Menurut Dr Kamarul, untuk memastikan sama ada anak mengalami masalah zakar buta atau tidak, anda hendaklah cuba menarik kulit kulup ke belakang dan periksa bukaan kulup.

Jika bukaan itu terlalu kecil, maka mungkin ia adalah zakar buta atau phimosis.

Apa nak buat jika anak mengalami masalah zakar buta?

Anda boleh cuba untuk meregangkan bukaan kulup atau kepala takuk secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi lebih longgar. Tapi, jika ada simptom berikut, segeralah membawanya berjumpa dengan doktor:

  • Penis lelaki perlu meneran untuk kencing
  • Sakit yang teruk pada penis lelaki ketika kencing
  • Air kencing berdarah
  • Kulup kemerah-merahan
  • Cairan berbau pada kulup
  • Zakar bengkak

Doktor akan menilai keadaan dan merawat masalah penis lelaki ini dengan ubat-ubatan, dan dalam sesetengah kes, mungkin pertimbangkan untuk terus berkhatan.

Walau bagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada keadaan kulup ketika pemeriksaan dijalankan.

Masalah zakar bengkak pada anak lelaki

Apabila kanak-kanak membesar, kulit hujung beransur-ansur terpisah dari glans dan boleh ditarik ke atas melepasi glans.

Tisu kulit mati yang bercampur sebum dari kelenjar lemak kerap kali terkumpul di bawah kulit hujung Iaber warna putih/kekuningan dan dikenali sebagai smegma.

Smegma boleh membentuk gumpalan yang kadang-kadang kelihatan seperti benjolan kecil di bawah kulit. Ia kadangkala keluar dari hujung penis lelaki dan boleh disangka sebagai nanah.

Walaupun begitu kehadiran smegma adalah satu fenomena yang biasa dan bukan menandakan jangkitan.

Apabila terdapat tanda-tanda radang iaitu merah, bengkak atau sakit, anak anda perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.

Antara punca zakar bengkak adalah:

  1. Alahan terhadap bahan kimia seperti sabun, krim atau bedak. Cara membersihkan kemaluan anak lelaki yang berlebihan turut menyebabkan iritasi pada kulit
  2. Jangkitan kuman. Penggunaan lampin yang sama dalam tempoh lama boleh menggalakkan pembiakan kuman sehingga menyebabkan zakar bengkak
  3. Luka atau gigitan serangga. Kulit hujung kadangkala boleh terluka sekiranya cuba ditolak ke atas secara paksa. Luka boleh mendedahkan kulit kepada bakteria.
    Gigitan serangga seperti semut atau kutu juga boleh menyebabkan zakar bengkak, merah dan kadangkala gatal.

Bila usia sesuai bersunat untuk kanak-kanak lelaki?

Bersunat atau berkhatan adalah sesuatu yang sangat dituntut bagi seorang Muslim dan sudah menjadi norma yang sangat biasa dalam kalangan masyarakat kita kini yang hidup berbilang kaum.

Bukan sahaja individu Melayu Islam yang perlu melakukan prosedur ini, masyarakat Cina, India malahan masyarakat di seantero dunia juga kini sudah mula melakukannya.

Menurut perkongsian Klinik Permata Pontian, berkhatan adalah sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan.

Satu lagi masa yang sesuai berkhatan adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun dan keatas, iaitu ketika mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang.

Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apabila seseorang mencapai akil baligh. Jika bayi atau kanak-kanak dikhatankan pada awal usia, sisa air kencing tidak akan bertakung di celah kulup kemaluan mereka.

Sebaiknya, berjumpalah dengan pakar perubatan untuk berbincang mengenai hajat anda untuk melakukan prosedur berkhatan buat anak lelaki sebelum membuat sebarang keputusan.

Manfaat khatan kemaluan lelaki

#1. Alat kelamin mudah dibersihkan

Prosedur berkhatan akan menyebabkan lapisan kulit sunat yang menutupi kepala zakar lelaki yang dipanggil kulup atau ‘prepuce’ dibuang.

Kulit sunat ini sebenarnya sangat mudah untuk dijangkiti bakteria yang boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit jika anak tidak membersihkannya dengan baik.

Justeru zakar lelaki akan lebih mudah dibersihkan selepas membuang bahagian kulit sunat ini.

#2. Kurang risiko mendapat penyakit

Pelbagai jenis penyakit dapat dielak atau dicegah daripada menjangkiti anak lelaki anda dengan melakukan prosedur bersunat, antaranya:

  • Penyakit saluran air kencing
  • Penyakit kelamin pada diri sendiri atau pasangan perempuan
  • Kanser zakar lelaki
  • Kanser serviks pada pasangan perempuan
  • ‘Phimosis’ iaitu ketidakmampuan untuk menarik kulup atau ‘paraphimosis

Bentuk zakar lelaki

Keadaan dan bentuk zakar lelaki tidak sama. Memandangkan zakar lelaki tidak bertulang, ia mudah dibentuk atau diluruskan secara sederhana tanpa menyakitkan.

Menurut pengarah urusan IMEDicare Ltd, terdapat beberapa jenis kemaluan lelaki iaitu:

#1. Bentuk pensel

Darren menggambarkan jenis kemaluan lelaki dengan bentuk ‘pensel’ ini umpama panjang dan kurus serta tirus di hujung.

Kepanjangan boleh berbeza tapi biasanya lebih panjang dari kebiasaan.

#2. Kon

Bentuk zakar lelaki jenis ini sedikit bulat dan semakin kecil di hujungnya. Darren mengatakan ia berlaku disebabkan oleh masalah pada kulit zakar.

Jenis kemaluan lelaki kon ini besar di pangkal dan semakin menirus seperti hujung pensel. Kadang-kala ia boleh disebabkan oleh ‘phimosis’ atau kulit yang ketat dan tak boleh berkembang.

Ini mengehadkan kadar pengembangan hujung zakar. Hanya bahagian pangkal sahaja yang boleh berkembang menyebabkan bentuk zakar lelaki menjadi seperti kon.

#3. Tukul

Darren menambah jenis kemaluan lelaki ini adalah kecil dipangkal dan hujungnya membesar dan lebih luas.

Ini juga membuatkan lebih sukar untuk terangkat ketika tegang. Jenis zakar ini turut kelihatan seperti cendawan yang mempunyai batang kecil.

Manakala pada bahagian kepala takuk lebih lebar. Pada kebiasaannya, jenis jenis zakar seperti tukul ini lazimnya dimiliki oleh lelaki yang sudah berkhatan atau sunat.

Apabila bahagian kulit sunat telah dibuka dihujung, ia menyebabkan kepala zakar itu lebih mudah membesar dan menegang.

#4. Pisang

Darren menyatakan jenis jeniz zakar ini memiliki lenkungan ke kiri atau kanan disebabkan oleh kecederaan atau semula jadi.

Ada sesetengah anak lelaki memang dilahirkan dengan lengkungan sedemikian. Ada juga yang disebabkan oleh penyakit Peyronie.

Tujuh peratus lelaki akan mengalami penyakit Peyronie dalam hidup mereka. Penyakit ini disebabkan oleh lebihan tisu yang membesar selepas kecederaan.

Ada sesetengah kes boleh mengakibatkan jenis zakar yang tak sekata malahan juga seperti bentuk jam pasir iaitu besar di pangkal, kecil di tengah dan besar di hujung.

Ciri ciri zakar sihat pada anak lelaki

Zakar sihat adalah penting bagi menjamin kesejahteraan tubuh badan setiap lelaki. Ini tidak hanya dilihat ia mampu menegang pada waktu tertentu, tetapi mampu berfungsi dengan baik pada setiap hari.

Antara tanda zakar sihat pada anak lelaki adalah:

  1. Warna
    Secara umum, zakar sihat mempunyai warna yang sama seperti nada kulit badan seseorang. Walau bagaimanapun, anak lelaki boleh mempunyai zakar yang 1-2 tahap lebih gelap, lebih coklat atau kemerah-merahan- lebih cerah daripada bahagian badan yang lain.
  2. Tanda zakar sihat: tekstur tidak sekata
    Kebanyakan zakar sihat adalah tidak sekata. Ia adalah normal kerana adanya pembuluh darah di zakar dan bahkan sedikit muncul di permukaan, terutamanya jika terangsang. Bukan itu sahaja zakar sihat juga mempunyai folikel rambut pada batang, yang dirasakan seperti benjolan kecil.
  3. Kepekaan terhadap perubahan suhu atau rangsangan. Secara amnya, sensitiviti zakar diukur oleh sedikit rangsangan yang boleh diterima sekelilingnya

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Kemaluan Anak Lelaki Pun Ada Cara Tertentu Untuk Jaga, Ini Panduan Untuk Ibu

Baca juga: Tiap Kali Buka Lampin, Anak Suka Main & Pegang Kemaluan? Pakar Jelaskan Ini Sebabnya

Baca juga:  Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka