TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak ini tak sengaja "terpatahkan" zakar ayahnya yang tegang waktu pagi!

21 Sep, 2018
Anak ini tak sengaja "terpatahkan" zakar ayahnya yang tegang waktu pagi!

Ayah, ambil pengajaran dari kisah zakar patah ini. Jangan ingat zakar tiada risiko untuk patah ya! Hati-hati kalau anak selalu melompat atas katil anda.

Buat para ayah di luar sana, anda pasti pernah mengalami keadaan ini: zakar menegang pada waktu pagi (morning wood), dan anda baru saja nak bermanja-manja dengan isteri.

Tapi tiba-tiba, pintu bilik anda terbuka dan meluru masuk seorang (ataupun dua orang, OMG!) anak kecil yang pantas melompat-lompat di atas katil anda umpama katil itu satu trampolin.

Aduhai… kacau betul, kan! Namun, hari ini, kami membawa sedikit kelainan dalam berita yang akan disampaikan ini.

Tahukah anda tentang risiko zakar patah? Ya, zakar patah!

Zakar patah lepas dipijak oleh anak

Inilah yang berlaku pada seorang ayah berikut. Beliau mengalami kecederaan zakar patah selepas dipijak oleh anaknya sendiri!

Apa yang berlaku? Jom kita bongkarkan. 

Semuanya bermula pada malam sebelum kejadian. Mangsa (ayah tersebut) telah menelan ubat Viagra untuk beraksi dengan pasangannya. 

Namun selepas selesai berhubungan seks, ereksinya masih belum hilang. Dia telah mencuba pelbagai cara untuk “menurunkan” zakarnya, tapi gagal.

Lalu, ayah ini pun terus tertidur. Keesokan paginya, tanpa menyedari risiko zakar patah, si ayah bangun dikejutkan oleh anaknya yang “terpijak” zakarnya yang tengah menegang.

Selepas anaknya terpijak zakar itu, si ayah lantas merasakan “kesakitan yang luar biasa” di kawasan alat sulitnya. 

Bagaimana zakar patah boleh terjadi?

zakar patah, patah tandan, penis patah, penis fracture

Dua hari selepas insiden itu, dia terus pergi mendapatkan rawatan doktor selepas zakarnya membengkak dan “membengkok” dengan pelik.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor perubatan dari King George’s Medical University itu mengesahkan beliau mengalami keadaan zakar patah.

Secara teknikalnya, zakar tidak mempunyai sebarang tulang, jadi ia tidak boleh dipatahkan. Tapi, kecederaan zakar patah ini berlaku pada tisu zakar yang lembut.

Semuanya melibatkan tiub silinder dalam zakar itu sendiri. Terdapat 3 tiub silinder utama dalam zakar.

Apabila zakar menegang, dua daripada tiga tiub tersebut akan dipenuhi dengan darah. Tisu di sekitar tiub juga akan membesar.

Namun, apabila zakar menegang “terlanggar” sesuatu yang keras – seperti contoh “dipijak” oleh anak sendiri ini (ataupun kecederaan ketika seks), maka tekanan darah yang berlebihan dalam tiub akan pecah.

Ini menyebabkan zakar membengkok atau bengkak. Anda juga boleh mendengar seolah-olah bunyi “patah” jika kejadian ini berlaku.

Untuk ayah dengan zakar patah ini, nasiblah dia sempat diselamatkan!

 

Nasiblah untuk ayah yang berusia 36 tahun ini, beliau sempat mendapatkan rawatan dengan segera. Itupun selepas tiub sarafnya sudah terkoyak sebesar 1cm!

Malah, terdapat darah beku pada zakarnya. Sebaik saja doktor mengesahkan kecederaan ini, pembedahan segera dilakukan.

Darah beku itu dikeringkan. Syukurlah prosedur pembedahan berjalan dengan lancar. Ayah ini sudah kembali pulih.

Apa patut dibuat jika zakar anda patah?

zakar patah, patah tandan, penis patah, penis fracture

Zakar patah mungkin kedengaran macam satu mimpi ngeri, tapi jangan risau. Walaupun ia menyakitkan, namun penis fracture masih boleh diselamat.

Berikut antara perkara anda patut buat jika anda mengalami mimpi ngeri ini:

  1. Jangan tunggu! Jika anda rasa penis anda mengalami kecederaan, segera berjumpa dengan doktor. Lagi lama anda tunggu, lagi parah kecederaan itu boleh terjadi! 
  2. Tahu tanda-tanda zakar patah. Antara tanda yang paling jelas ialah kesakitan yang melampau dan bengkak. Anda juga boleh dengar bunyi “popping” atau “cracking” ketika ia terjadi. Cuba lihat air kencing anda. Adakah ia berdarah?
  3. Doktor pakar boleh merawat anda. Kejadian patah ini boleh diubat dengan pembedahan.
  4. Anda masih boleh bersenggama selepas pembedahan. 

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?
Is Your Child Your Copycat?
Is Your Child Your Copycat?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Kevin Wijaya asalnya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Wahai suami, zakar patah sebenarnya boleh terjadi! Ini cara untuk mengelaknya…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak ini tak sengaja "terpatahkan" zakar ayahnya yang tegang waktu pagi!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham