8 Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Untuk Mengatasi Masalah Anemia Sepanjang Tempoh Kehamilan

8 Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Untuk Mengatasi Masalah Anemia Sepanjang Tempoh Kehamilan

Amalkan pengambilan ubat tambah darah ibu mengandung sepanjang tempoh kehamilan untuk pelbagai kebaikan.

Zat besi yang mencukupi adalah perkara yang sering dibincangkan sebab itu ubat tambah darah ibu mengandung bagi menstabilkan penghasilan darah. Ini adalah kerana badan ibu akan menghasilkan berlipat kali ganda lebih banyak darah, seiring dengan keperluan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Dan zat besi yang cukup adalah penting untuk memastikan yang sel darah merah dalam darah adalah mencukupi dengan jumlah darah yang dihasilkan.

Kekurangan Zat Besi Adalah Punca Utama Anemia

8 Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Untuk Mengatasi Masalah Anemia Sepanjang Tempoh Kehamilan

Masalah anemia yang serius berlaku apabila zat besi dalam tubuh kita berada pada tahap yang terlalu rendah, sehinggakan sel darah merah atau hemoglobin dalam darah tidak mencukupi. Hemoglobin ialah kandungan dalam sel darah merah yang bertugas untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan ibu dan kepada bayi dalam kandungan. 

Kekurangan zat besi atau iron semasa mengandung adalah normal kerana badan ibu sedang menghasilkan lebih banyak darah berbanding biasa. Tetapi jika tidak diambil tindakan, masalah ini akan menjadi lebih serius dan membahayakan ibu.

Selain itu, kekurangan Vitamin B12 dan folat juga berkait rapat dengan isu kekurangan zat besi dalam badan ibu mengandung kerana kekurangan dua vitamin ini juga boleh menyebabkan anemia.

Sesetengah ibu mengandung mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah anemia yang serius jika dia mempunyai salah satu kondisi ini:

  1. Mengandung anak kembar
  2. Jarak antara kehamilan terlalu rapat
  3. Muntah terlalu kerap akibat morning sickness
  4. Kekurangan zat besi dalam pemakanan harian
  5. Mempunyai sejarah masalah anemia

Kebiasaannya untuk atasi masalah ini, doktor akan memberikan ubat tambah darah yang mempunyai tiga kandungan utama iaitu zat besi, vitamin B12 dan asid folik (folat). 

8 Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Atasi Anemia

Masalah kekurangan zat besi ini boleh dikawal dan diatasi dengan dua cara iaitu dengan mengambil ubat tambah darah dan ambil lebih banyak makanan untuk tambah darah dalam diet harian. 

Semestinya, cara pertama lebih mudah untuk ibu pastikan keperluan zat besi harian cukup kerana ianya telah diformulasikan dengan tepat. Jadi, kami kongsikan 8 jenis ubat tambah darah ibu mengandung yang terbaik untuk anda dapatkan dengan segera.

Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Terbaik
Sangobion Complete
Terbaik Tanpa Masalah Sembelit
more info icon Beli di Shopee
SWISSE Iron
Suplemen zat besi: Bantu tingkat kadar hemoglobin
more info icon BELI DI SHOPEE
Abbott Iberet Folic 500
Suplemen zat besi: Dengan Vitamin C, B Kompleks dan Asid Folik
more info icon BELI DI SHOPEE
Blackmores Women's Premium Iron
Suplemen zat besi: Formula premium direka khas untuk ibu mengandung
more info icon BELI DI SHOPEE
Amway Nutrilite Iron Folic
Suplemen zat besi: Dengan folic acid
more info icon BELI DI SHOPEE
Mega Ferrovit Iron Supplement
Suplemen zat besi: Sumber iron tambahan untuk ibu mengandung
more info icon BELI DI SHOPEE
Maltofer Fol Chewable (Iron & Folic Acid)
Suplemen zat besi: Jenis kunyah atau chewable
more info icon BELI DI SHOPEE

Sangobion Complete

Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Terbaik Tanpa Masalah Sembelit

ubat tambah darah ibu mengandung

Suplemen Sangobion ini bertugas untuk meningkatkan kandungan zat besi dan hemoglobin dalam darah. Dos yang disarankan ialah 1-2 biji setiap hari kerana setiap biji ubat mengandungi zat besi Ferrous Gluconate (250mg), Folic Acid (1mg), Vitamin B12 (7.5mcg), Vitamin C (50mg), Sorbitol (25mg), Copper Sulphate (0.2mg) dan Manganese Sulphate (0.2mg).

Kandungan Sorbitol dalam produk ini dikatakan dapat mengurangkan kemungkinan kesan sampingan sembelit – yang sangat common apabila mengambil suplemen zat besi. Jadi, ibu mengandung yang mengambil Sangobion tidak perlu risau tentang masalah sembelit lagi.

Apa yang kami suka:

  1. Selamat untuk ibu mengandung dan orang dewasa lain juga seperti saranan doktor.
  2. Kapsul berperisa coklat yang mudah ditelan.
  3. Tidak menyebabkan masalah kesihatan perut

SWISSE Iron

Ubath Tambah Darah Ibu Mengandung Terbaik Bantu Tingkat Kadar Hemoglobin

ubat tambah darah mengandung swisse iron

Suplemen iron keluaran jenama Swisse ini direka khas untuk meningkatkan tahap kesihatan kaum wanita, dengan cadangan dos 1 biji setiap hari. Pengambilan zat besi ini boleh membantu untuk meningkatkan kualiti darah, selain membantu wanita yang kurang mengambil makanan  zat besi untuk tambah darah dalam diet harian.

Berbeza dengan suplemen yang pertama tadi, suplemen ini mengandungi gandingan vitamin lain iaitu iron jenis amino acid chelate (20 mg), Vitamin C (16.52 mg), Vitamin B6 (8.22 mg), Betacarotene (1 mg) dan Spirulina (200 mg).

Sebelum membuat pembelian ubat tambah darah, pastikan anda semak senarai kandungan untuk lihat kesesuaiannya dengan keperluan badan anda.

Apa yang kami suka:

  1. Berkesan mengurangkan rasa penat dah lesu.
  2. Sumbet iron alternatif yang mudah untuk fussy eater yang tidak gemar menu makanan zat besi.
  3. Tidak menyebabkan masalah pencernaan dan sembelit.

Abbott Iberet Folic 500

Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Terbaik Dengan Vitamin C, B Kompleks dan Asid Folik

8 Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Untuk Mengatasi Masalah Anemia Sepanjang Tempoh Kehamilan

Iberet Folic 500 ini adalah salah satu produk yang paling dikenali di kalangan ibu mengandung di Malaysia. Ini adalah kerana, dapat satu tablet sahaja anda akan dapat Ferrous Sulphate (525mg), Vitamin C (500mg), Folic Acid (800mcg), serta Vitamin B Kompleks.

Kandungan vitamin C dalam tablet ini bertujuan untuk membantu tubuh menyerap iron dengan lebih baik. Folic Acid pula penting untuk mengurangkan risiko bayi dalam kandungan untuk mempunyai masalah neural tube defects dan anemia.

Apa yang kami suka:

  1. Terkenal sebagai pilihan suplemen iron utama di kalangan doktor tempatan.
  2. Menggunakan teknologi Gradumet untuk meningkatkan tahap serapan zat besi oleh badan.
  3. Tidak mengganggu perut walaupun diambil setiap hari untuk jangka masa yang panjang.

Blackmores Women’s Premium Iron

Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Terbaik Formula Premium Direka Khas Untuk Ibu Mengandung

ubat tambah darah mengandung blackmores

Produk Women’s Premium Iron keluaran Blackmores ini adalah suplemen yang diformulasikan mengikut keperluan wanita, khususnya wanita hamil. Jenis bahan aktif yang digunakan dalam suplemen ini ialah Iron (II) glycinate (iron 24 mg) (87.7mg). 

Iron yang digunakan dalam suplemen ini lebih mudah diserap oleh badan, apabila diambil bersama dengan makanan lain. Berbeza dengan suplemen yang lain, produk ini hanya mengandungi iron sahaja sebagai bahan aktifnya, tanpa vitamin tambahan lain. 

Apa yang kami suka:

  1. Jenis iron dalam produk ini tidak membuatkan terasa mual seperti suplemen iron lain.
  2. Berkesan untuk meningkatkan kandungan iron dalam darah apabila diambil berterusan.
  3. Biji ubat yang tidak terlalu besar dan mudah ditelan.

Amway Nutrilite Iron Folic

Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Terbaik Dengan Folic Acid

8 Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Untuk Mengatasi Masalah Anemia Sepanjang Tempoh Kehamilan

 

Iron-Folic suplemen jenama Nutrilite ini mengandungi jumlah iron dan asid folik yang diperlukan oleh badan setiap hari, dalam setiap biji. Cadangan dos ialah sebanyak 1-2 biji setiap hari, diambil bersama makanan harian. Dos yang berlebihan boleh menyebabkan masalah sembelit, rasa mual dan muntah.

Kandungan aktif dalam suplemen ini ialah ferrous fumarate dan ferrous gluconate (10mg) dan folic acid (0.133 mg). Zat besi yang digunakan dalam suplemen ini diambil daripada sumber shellfish. Jadi, ianya tidak sesuai untuk individu yang mengamalkan diet vegetarian.

Apa yang kami suka:

  1. Juga mengandungi ekstrak bayam yang baik untuk kesihatan.
  2. Sesuai dijadikan amalan oleh wanita yang sedang cuba untuk hamil (TTC) sehingga 12 minggu pertama kehamilan.
  3. Tidak mengandungi warna, perisa dan bahan pengawet tambahan.

Mega Ferrovit Iron Supplement

Suplemen Zat Besi Terbaik Sumber Iron Tambahan Untuk Ibu Mengandung

8 Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Untuk Mengatasi Masalah Anemia Sepanjang Tempoh Kehamilan

Suplemen Ferrovit ini adalah salah satu solusi kepada masalah ibu yang kurang mengambil makanan zat besi dalam pemakanan harian mereka. Semasa mengandung, badan ibu memerlukan kandungan zat besi dan asid folik yang tinggi untuk memenuhi keperluan penghasilan sel darah merah baru. 

Dalam setiap biji ubat tambah darah ini sudah mengandungi 3 perkara utama yang diperlukan oleh ibu mengandung iaitu – Ferrous Fumarate (162 mg), Folic Acid (0.75 mg) dan Vitamin B12 (7.5mg). Selain ibu mengandung, wanita yang mempunyai masalah heavy period setiap bulan dan pesakit anemia juga disarankan untuk mengambil suplemen ini.

Apa yang kami suka:

  1. Datang dalam bentuk softgel yang berperisa vanila yang semestinya lebih mudah untuk ditelan.
  2. Tidak mengganggu perut dan tidak menyebabkan masalah sembelit.
  3. Membantu mengurangkan risiko neural tube defects pada bayi dalam kandungan ibu.

Maltofer Fol Chewable (Iron & Folic Acid)

Suplemen Zat Besi Terbaik Jenis Kunyah Atau Chewable

8 Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Untuk Mengatasi Masalah Anemia Sepanjang Tempoh Kehamilan

Ubat tambah darah Maltofer ini juga antara yang terkenal dan biasa diambil oleh ibu mengandung di Malaysia. Setiap kotak datang dengan 30 ubat yang cukup untuk sebulan. Dos yang dicadangkan ialah 1 biji setiap hari.

Berbeza dengan suplemen yang lain, Maltofer ini datang dalam bentuk chewable tablet yang berperisa coklat. Suplemen ini berkesan untuk bantu ibu mengandung mengurangkan simptom anemia yang dialami jika diambil secara konsisten.

Apa yang kami suka:

  1. Perisa coklat pada ubat berjaya memotong rasa seakan besi pada kebanyakkan suplemen iron.
  2. Mengandungi 100mg iron(III)-hydroxide polymaltose complex (IPC) – kandungan yang agak tinggi berbanding jenama lain.
  3. Mempunyai kelulusan KKM dan dijual pada harga berpatutan.

New Obimin Film Tablet

Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Terbaik Penuh Khasiat

8 Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Untuk Mengatasi Masalah Anemia Sepanjang Tempoh Kehamilan

New Obimin adalah suplemen tambahan untuk bakal ibu yang memerlukan peningkatan pengambilan zat besi dan asid folik. Ia diformulasi untuk menyokong kesihatan keseluruhan, terutamanya dalam mengekalkan tahap darah yang mencukupi dan menyokong kesihatan kehamilan.

Tablet Obimin mengandungi bahan aktif seperti Kalsium, Kuprum, Asid Folik, Iodin, Besi, Niacinamide, Asid Pantothenik, Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B12, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin C dan Vitamin D yang penting untuk kesihatan ibu dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai zat besi untuk penghasilan hemoglobin.
  • Selamat dimakan.
  • Membantu mengurangkan risiko anemia kepada ibu.
  • Mengurangkan hormon tiroid.
  • Tidak menganggu perkembangan bayi

Perbandingan Harga Suplemen Zat Besi Terbaik

Jenama

Bilangan (biji)

Harga (RM)

Sangobion Complete  28 RM25.80
SWISSE Iron  30 RM34.12
Abbott Iberet Folic 500  30 RM29.91
Blackmores Women’s Premium Iron  30  RM59.00
Amway Nutrilite Iron Folic   120 RM47.40
Mega Ferrovit Iron Supplement  50  RM24.75
Maltofer Fol Chewable (Iron & Folic Acid) 30 RM33.20
New Obimin Film Tablet 100 RM59.50

Simptom Kekurangan Zat Besi Dan Risiko Ketika Hamil

ubat tambah darah ibu mengandung

Ibu mengandung atau wanita yang selalu alami heavy period setiap bulan juga berisiko untuk mengalami masalah anemia. Anemia dapat dikenalpasti apabila golongan yang berisiko ini menunjukkan simptom anemia seperti ini:

  1. Tidak bermaya dan cepat rasa letih
  2. Muka dan tapak tangan kelihatan pucat
  3. Mengadu rasa sesak nafas
  4. Jantung berdegup kencang
  5. Terasa pening

Jangan ambil ringan jika ibu mengandung mengadu mempunyai simptom anemia ini kerana masalah ini boleh berlanjutan dan menyebabkan ibu mengalami postpartum depression atau kemurungan selepas kelahiran

Risiko anemia tidak tamat pada peringkat ibu sahaja, malah janin atau bayi juga akan berisiko untuk lahir pra-matang, turut sama mempunyai masalah anemia, terencat perkembangan psikomotor dan akal. Di samping itu, masalah anemia yang berpunca daripada kekurangan vitamin B12 dan folat pula boleh menyebabkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) pada bayi.

Cara Pengambilan Ubat Tambah Darah Yang Betul

Ramai yang mengambil zat besi tetapi paras Hb tetap tidak meningkat. Berikut adalah beberapa cara pengambilan ubat tambah darah ibu mengandung yang boleh dicuba:

1. Jangan Ambil Zat Besi Bersama Kalsium Tinggi

Kalsium menghalang penyerapan zat besi. Jika anda mengambil zat besi bersama susu, penyerapan zat besi akan menjadi sangat rendah. Walaupun anda mengambil zat besi, zat besi akan dibuang melalui najis kerana tidak diserap.

2. Jangan Ambil Ubat Bersama Kafein

Elakkan mengambil zat besi bersama kafein seperti kopi. Kafein menghalang penyerapan zat besi, sama seperti kalsium.

3. Sebaiknya Ambil Ketika Perut Kosong

Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan. Walau bagaimanapun, jika anda tidak boleh tahan dengan kesan sampingan seperti sakit perut, muntah dan loya, boleh makan sedikit makanan terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen zat besi.

4. Ambil Bersama Bitamin C

Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Anda boleh mengambil zat besi bersama jus oren segar atau suplemen vitamin C.

5. Elakkan Mengambil Bersama Ubat Yang Mengurangkan Asid Perut

Ubat seperti antasid yang mengurangkan asid perut akan mengganggu penyerapan zat besi. Cuba elakkan mengambil ubat ini bersama zat besi.

Sebaik sahaja anda mengamalkan 5 tips ini anda akan melihat perubahan dalam paras Hb meningkat. Ulangi ujian darah untuk melihat paras Hb (Hemoglobin) selepas 2-4 minggu.

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Deco Bilik Tidur Kecil Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Gaya Minimalis Yang Begitu Indah

Baca juga: Biasakan Anak Duduk Dalam Carseat Sejak Bayi, Elak Impak Teruk Jika Berlaku Kemalangan

Baca juga: Pendarahan Semasa Hamil Mungkin Petanda Kurang Baik, Ini Yang Ibu Perlu Peka