TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

3 min bacaan
Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim

Ramai yang biasa mengirim doa pada mereka yang pergi ke Mekah. Ini antara contoh kiriman doa di depan kaabah yang boleh dikirim.

Sudah semestinya apabila mendapat rezeki untuk menjadi tetamu Allah bagi umat Islam untuk mengerjakan ibadah umrah atau Haji dianggap sebagai satu momen paling menggembirakan. Tatkala memperoleh rezeki ini, sudah pastinya ramai yang akan mengirim doa. Jadi, di dalam artikel ini kami akan berkongsi antara contoh kiriman doa di depan Kaabah yang mujarab.

Setiap umat Islam mendambakan untuk sampai di Tanah Suci, tetapi tidak semua yang berkesempatan atau berkemampuan. Bagi mereka yang masih belum tercapai hajat murni ini, rata-ratanya akan memilih untuk mengirimkan contoh kiriman doa di depan Kaabah agar ia boleh dipanjatkan di sana.

Umum tahu, bagi umat Islam, doa-doa yang dibaca di depan Kaabah adalah mustajab, tetapi ada juga tempat-tempat lain yang mustajab untuk berdoa di Mekah dan Madinah. Antaranya adalah Multazam, Hijir Ismail, Rukun Yamani, di dalam Kaabah, di belakang Makam Ibrahim, Saie Safa dan Marwah, Mudzalifah dan Mina, serta di Raudhah iaitu Masjid Nabawi.

Bagi yang sedang membuat persiapan untuk menunaikan umrah, boleh beli kain ihram di sini. Kain jenis premium dan 100 peratus kapas, selesa untuk dipakai.

Biasanya, doa-doa yang dikirim adalah doa yang dengan tujuan atas jodoh, rezeki, kesihatan, dan banyak lagi. Berikut adalah antara contoh kiriman doa di depan Kaabah yang biasa dikirimkan:

contoh kiriman doa di depan Kaabah

Contoh kiriman doa di depan Kaabah:

“Ya Allah, sahabat aku XXX (nama sahabat) ingin memohon kepada Mu beberapa perkara: Ya Allah, ampunkan semua dosa-dosanya, ibu bapanya dan ahli keluarganya. Tingkatkanlah iman mereka dari hari ke hari dan matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman. Ya Allah, XXX memohon kepada Mu agar Engkau memberikan kesihatan yang sempurna, panjangkan umur mereka sekeluarga, mudah mudahan mereka dapat menggunakan kesihatan dan umur untuk mempertingkatkan amal ibadah kepada Mu. Ya Allah, XXX memohon kepada Mu agar Engkau menjadikan anak-anaknya, anak yang soleh dan solehah. Berikanlah kejayaan kepada anak anaknya di dunia dan di akhirat. Ya Allah, bantulah XXX dalam perniagaan yang dijalankannya. Kurniakanlah dia rezeki yang banyak, halal dan berkat. Jauhkan dia dari rezeki yang haram dan syubhah. Ya Allah, berilah kekayaan yang melimpah ruah kepada XXX, mudah-mudahan dengan kekayaan itu, dia dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu umat Islam yang lain. Ya Allah, XXX memohon agar Engkau memilih mereka utk pergi menunaikan Haji sebelum mereka berumur 35 tahun. Ya Allah, inilah hajat yg XXX ingin sampaikan kepada Mu. Dengan limpah rahmat Mu, kabulkanlah hajat-hajat XXX ni. Amin Ya Rabbal Alamin.”

contoh kiriman doa di depan Kaabah

Sebelum ini pernah tular di media sosial tentang doa yang dikirim oleh pelakon popular Nur Fazura kepada adik angkatnya yang pergi menunaikan umrah. Berikut adalah doa yang dititipkannya:

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
  1. Semoga dikurniakan zuriat yang sempurna.
  2. Dikurniakan rezeki buat dirinya dan suami supaya supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan.
  3. Dilindungi dan dijauhkan dari fitnah serta hasad dengki manusia.

Semoga dengan contoh kiriman doa di depan Kaabah ini dapat memberikan sedikit sebanyak idea buat anda yang tertanya akan cara untuk menulis doa yang dititipkan pada seseorang yang pergi menunaikan ibadah umrah atau haji di Tanah Suci Mekah.

nitasawal.com Mingguan Wanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim
Kongsikan:
  • 10 Minuman Sejuk Badan Yang Menyegarkan Ketika Cuaca Panas

    10 Minuman Sejuk Badan Yang Menyegarkan Ketika Cuaca Panas

  • Kajian Mendapati Travel Buat Anda Lebih Bijak & Open Minded Berbanding Dengan Orang Yang Kurang Travel

    Kajian Mendapati Travel Buat Anda Lebih Bijak & Open Minded Berbanding Dengan Orang Yang Kurang Travel

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • 10 Minuman Sejuk Badan Yang Menyegarkan Ketika Cuaca Panas

    10 Minuman Sejuk Badan Yang Menyegarkan Ketika Cuaca Panas

  • Kajian Mendapati Travel Buat Anda Lebih Bijak & Open Minded Berbanding Dengan Orang Yang Kurang Travel

    Kajian Mendapati Travel Buat Anda Lebih Bijak & Open Minded Berbanding Dengan Orang Yang Kurang Travel

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham