X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

5 min bacaan
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ini 5 perkara yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan untuk membuatkan anak teruja bila bulan ini tiba dan rindu bila ia pergi.

Bulan Ramadan ini rugi untuk kita hanya memfokuskan pada kerja dan kehidupan duniawi semata. Dalam pada beribadah, mendidik anak juga antara salah satunya.

Lagi menarik kalau ibu ayah tahu caranya nak terapkan rasa teruja pada anak-anak setiap kali menjelang Ramadan. 

Kanak-kanak sebenarnya kalau dia faham betul-betul maksud bulan mulia ini mereka akan lebih menghargainya, dan tidaklah mengeluh saja dek kerana perlu berpuasa.

5 Fakta Mengenai Ramadan Yang Anak-Anak Perlu Tahu

Similac

Sebagai ibu bapa anda perlu menjelaskan kepada anak-anak apa itu ibadah berpuasa sebenarnya. Ia lebih dari sekadar menahan lapar dan dahaga. Ini 5 perkara yang mereka wajib tahu sedari kecil lagi. 

  • Ramadan adalah bulan ke-9 dan paling suci dalam kalender Islam. Awal Ramadhan boleh bergerak sebanyak 10 atau 11 hari setiap tahun. Ia bermula dengan melihat anak bulan dan berakhir dengan anak bulan yang lain.
  • Umat Islam berpuasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari selama sebulan. Mereka berbuka puasa setiap hari dengan makan malam selepas matahari terbenam yang dipanggil “Iftar”. Orang ramai berbuka dengan kurma dan air terlebih dahulu kemudian makan juadah berbuka, ia adalah masa bersama keluarga yang cukup menyeronokkan!
  • Ramadan mengingatkan umat Islam supaya berbelas kasihan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan lebih sukar mendapatkan makanan untuk diri sendiri. Pada bulan Ramadan, umat Islam digalakkan untuk bersedekah.
  • Selepas berakhirnya Ramadan, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, Perayaan meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan. Semasa perayaan, umat Islam digalakkan memakai pakaian terbaik mereka, memberi hadiah, mengunjungi masjid, dan menghabiskan masa bersama keluarga pada hari ini.
  • Ucapan yang sesuai untuk ucapan selamat adalah “Ramadan Mubarak” yang bermaksud “Semoga Ramadan yang diberkati.”

5 Perkara Buat Anak ‘Sayang’ Ramadan

Similac

Keterujaan saat berbuka puasa bukanlah satu-satunya nikmat bila berpuasa. Banyak ya perkara yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan untuk membuatkan anak sayang apabila bulan ini tiba dan rindu bila ia pergi. 

#1. Membaca kisah-kisah Nabi

Jadikan ia rutin, bermula pada malam pertama ramadan, selepas selesai tarawih bacakan satu kisah Nabi yang menarik untuk dikongsi. Kisah-kisah Nabi memang sarat dengan teladan dan bagusnya, ia bukan kisah dongeng. 100 peratus kisah benar yang cukup menarik!

#2. Libatkan anak-anak ketika persiapan berbuka

Waktu yang paling ditunggu-tunggu anak-anak adalah ketika berbuka puasa. Segala juadah menarik akan terhidang, jadi jadikan momen ini untuk anda bersama mereka menyediakan juadah berbuka. 

Berikan mereka kuasa untuk memilih satu menu juadah berbuka. Dengan itu anak akan berasa lebih dihargai malah buat mereka teruja untuk berpuasa. Untuk anak-anak yang lebih kecil pula, pilih hidangan pencuci mulut kegemaran mereka. 

#3. Bersedekah seperti infaq makanan kepada yang memerlukan

Pilih satu hari untuk anda bersama keluarga menyediakan juadah berbuka puasa untuk diinfaq. Tidak kisah sama ada untuk diberikan kepada masjid, jiran-jiran atau insan yang lebih memerlukan. 

Jelaskan kepada anak-anak tujuan melakukan infaq dan wujudnya orang yang serba kekurangan. Walaupun ia seeloknya diamalkan di bulan-bulan biasa pun, namun di bulan Ramadan adalah waktu tepat untuk mengajar anak-anak berbuat kebaikan demi pahala yang berganda. 

#4. Membuat kuih raya bersama

Sewaktu kanak-kanak tiba waktu membuat kuih raya adalah paling seronok sekali. Pelbagai kuih nak ibu buatkan. Walaupun kini kita mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli, lagi seronok kalau dapat buat sendiri satu atau dua jenis kuih. 

Aktiviti ini buat mereka rasa lebih seronok untuk membuat persediaan Aidilfitri nanti, macam-macam mereka boleh lakukan di bulan Ramadhan. Sambil beribadah sambil itu melakukan aktiviti bersama keluarga. 

#5. Ajar anak berkongsi

Berkongsi ini patut didik sejak anak kecil lagi, paling awal mulakan di usia mereka 2 tahun. Makin anak membesar makin mereka lebih faham konsep berkongsi, yakni berkongsi ini bukan saja bersama keluarga dan rakan-rakan malah juga bersama orang yang lebih memerlukan. 

Waktu ini juga anda boleh ‘spring clean’ baju raya anak-anak yang masih elok namun tidak lagi muat dipakai. Apa yang lagi menarik Similac Intelli-Pro mengadakan kempen Tukar Kongsi. Ia menggalakkan anak-anak untuk menderma baju-baju yang masih elok kepada orang yang memerlukan. 

Dari Minda Turun Ke Hati

Galakkan Anak-Anak Sayang dan Rindu Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Untuk  menjalani hari-hari sepanjang berpuasa ini, eloklah dimulakan dengan pengambilan susu yang penuh nutrisi. Baik kanak-kanak yang berpuasa atau pun tidak.

Susu adalah penting untuk memberikan tenaga dan nutrisi yang diperlukan badan. Pengambilan susu yang mempunyai bahan seperti UVOB (unique vegetable oil blend /campuran minyak sayuran unik) untuk penyerapan nutrisi optimum*. Ia mampu membentuk perkembangan minda si manja. 

Malah dengan kandungan DHA dan 7 khasiat tambahan seperti Asid Folik, Taurina, Vitamin B12, Zink, Kolina, Omega 6 dan zat besi, susu tepung Similac Intelli-Pro bukan saja penting untuk tumbesaran kanak-kanak, ia sama penting untuk menyokong perkembangan kognitif Mereka pada tahun awal kanak-kanak.

Ini penting untuk tumbesaran anak-anak supaya mereka menjadi anak yang bukan saja bijak malah prihatin, mempunyai sifat empati yang tinggi, suka membantu. Disebabkan itulah tagline Similac Intelli-Pro ini ‘dari minda turun ke hati.’

Apa Yang Anda Perlu Tahu

  • Penyerapan nutrisi optimum* Rumusan Minyak Sayuran Unik (UVOB): mengandungi kombinasi minyak bunga matahari, kelapa dan juga kacang soya untuk menyerap segala nutrisi penting.
  • DHA +7 Khasiat: Supaya dia membesar lebih cerdas dan cergas.
  • OMEGA 6: Supaya perkembangan kognitif lebih lancar dan berkesan.
  • Penyerapan kalsium yang optimum: Supaya tulangnya menjadi lebih kuat

Untuk ibu-bapa yang ingin cuba produk ini, anda boleh dapatkan sampel percuma di sini. Sekiranya ibu-bapa mahu membeli susu Similac Intelli-Pro ini anda boleh dapatkannya di Shopee dan Lazada sekarang. 

*Penyerapan nutrient yang optimum merujuk kepada penyerapan lemak, DHA, Vitamin A, Kalsium dan sebagainya berbanding dengan formula lain tanpa campuran minyak sayuran yang unik.

Rujukan: Nelson et. al. (1998), Leite et. al. (2013) de Souza et. al. (2017)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham