10 "Hack" Yang Genius Untuk Ibu Mengandung - Kehamilan Jadi Lebih Mudah!

lead image

Mari ketahui 10 hack atau helah ketika mengandung ini. Sembilan bulan kehamilan pasti rasa lebih mudah can cepat berlalu. Tak percaya? Cubalah!

Untuk sesetengah orang, mengandung selama 9 bulan mungkin rasa seperti masa yang lama, tetapi dengan hack atau helah yang kami kongsikan ini, ia pasti akan berlalu dengan cepat!

1. Hack kaki bengkak ketika mengandung

10

 foto kredit: Advanced Cardio Services

Jika kaki anda bengkak ketika mengandung, cuba rendamkan kaki anda dalam air tonik

Air tonik sejuk atau suhu bilik boleh mengurangkan bengkak di kaki dan pergelangan kaki.

Kuinina dalam air tonik mampu mengurangkan keradangan dan gelembung boleh melegakan kaki sakit.

2. Hack untuk jeans kegemaran anda

Walaupun perut ibu mengandung semakin membesar, ia tidak bermaksud anda perlu berhenti memakai seluar jeans kegemaran anda.

Gunakan getah pengikat rambut seperti gambar dibawah untuk membesarkan bahagian pinggang pada seluar

Masukan getah pengikat rambut melalui lubang butang dan cangkuknya ke butang. Anda boleh menggunakan hack ini sebagai extender zip juga.

10

foto kredit: Myria

3. Makan enam biji kurma sehari untuk mempercepatkan kelahiran secara semulajadi.

Walaupun hack ini belum dibuktikan pasti berjaya, terdapat kajian yang menyokong amalan ini untuk ibu-ibu yang ingin mempercepatkan kelahiran dan fasa kontraksi pertama yang lebih pendek.

7 Cara Untuk Mempercepatkan Kelahiran Secara Semula Jadi

4. Pita kinesio

Gunakan pita kinesio untuk melegakan ketidakselesaan semasa kehamilan anda.

Pita ini boleh membantu dengan memberikan lebih sokongan terutamanya kawasan perut dan belakang ibu hamil.

Di samping itu ia juga boleh menggalakkan peredaran darah yang lebih baik. Ketahui mana untuk membeli pita ini dan baca dengan lebih lajut dibawah:

Would You Try Kinesio Taping During Pregnancy?

5. Rasa terlalu panas?

10

foto kredit : Fiveprime

Masukkan bra coli anda ke dalam peti ais. Senang!

6. Pedih ulu hati (heartburn)

10

foto kredit : Tesco Malaysia

Jika perut anda terasa tidak selesa, cuba minum sedikit cuka sari apel untuk membantu mengurangkan pedih ulu hati.

7. Masalah kekejangan otot

Lega dan elakkan kekejangan otot dengan yoga pranatal. Tonton video ini dan ketahui cara bagaimana nak buat yoga pranatal. Mudah sahaja!

Anda juga boleh cuba letakkan kaki anda ke dinding untuk membantu peredaran darah di kaki.

8. Band perut DIY

Untuk seluar yang tidak dapat dibutang lagi, cuba buatkan band perut anda sendiri.

10

foto kredit: A Beautiful Mess

Ia juga akan menambah panjang ke puncak anda. Ikuti tutorial ini dari A Beautiful Mess untuk membuatnya sendiri.

9. Bola senaman
10

foto kredit: 11 Street

Tahukah anda bahawa bola senaman boleh mengurangkan sakit belakang? Cuba tengok video ini untuk mengetahui cara untuk membuat senaman dengan bola senaman.

10. Getah penyelarasan bra

10

kredit foto: 11 Street

Anda tidak perlu membeli bra istimewa untuk ibu mengandung. Sebab, lepas bersalin, anda mungkin tidak dapat nak pakainya lagi.

Jadi, beli saja getah penyelarasan bra. Saya pula? Saya lebih suka pakai sports bra.

Sumber: Buzzfeed

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner