Mengapa setiap kali menyusu bayi sakit, pasti macam satu sesi gusti dengan anak? Buat apalah “bergelut” dengan ibu wahai sayangku, apabila ibu hanya mahu memastikan awak cukup susu dan kenyang?
Dari masalah mastitis, puting luka ketika menyusu, tanda bengkak susu sehingga ke masalah saluran susu tersekat, tidak cukupkan cabaran seorang ibu menyusu bayi?
Anak nak tambahkan lagi, kan? Saya yakin di antara 13 perkara di bawah, pasti ada yang pernah dialami si ibu yang menyusu bayi! Tak percaya anda tengok sendiri.
13 perkara yang sering berlaku semasa menyusu bayi
#1 Bila menyusu bayi, mesti sakit puting
Penyebab: Puting payudara pasti sakit jika bayi anda menyusu dengan berterusan terutamanya pada minggu pertama selepas dia lahir.
Tanda-tanda sakit puting termasuklah luka pada puting serta puting yang berdarah. Sebenarnya, ramai ibu tidak sedar bahawa puting susu sakit ketika bayi menyusu kerana kita diajar cara menyusu yang salah.
#2 Bila menyusu bayi, pasti ada kesan gigi akibat bayi gigit
Penyebab: Apabila bayi menggigit semasa menyusu sehingga meninggalkan 4 kesan gigi pada payudara ibu, bersabar dan menangis sajalah yang mampu!
Mungkin anda tertanya-tanya jika bayi sudah bersedia untuk bercerai susu. Sebenarnya anak masih boleh menyusu walaupun sudah tubuh gigi. Sebaik-baiknya anda perlu ubah cara anak memegang bayi dan ajar bayi cara pelekapan yang betuk.
Pastikan bayi menghisap bahagian areola dan keseluruhan payudara, bukan puting semata-mata. Anda juga boleh ubah posisi menyusukan bayi dengan memegang anak supaya dia berada di bahagian perut agar dapat kurang sensasi gigitan.
#3 Bila menyusu bayi, bayi tarik puting sakit tahap gaban!
Penyebab: Apabila bayi anda gigit puting semasa menyusu lalu tarik macam makan keju yang sudah cair atas pizza. Aduhai… Pernahkah ada ibu yang hampir kehilangan puting begini?
Ini kerana kebanyakan bayi mula mencuba gigi dan merasa gusi mereka pada satu masa tertentu. Ibu jangan jerit atau marah bayi apabila ini terjadi ya!
Mula-mula, anda kena tenangkan diri kemudian cuba tarik bayi rapat pada badan supaya payudara anda akan menghalang hidungnya. Dengan ini dia akan terpaksa lepaskan puting untuk bernafas. Elak tarik kuat-kuat kerana bayi akan mengepit mulutnya.
Anda juga boleh masukkan jari kelingking pada bahagian tepi mulut anak apabila dia mula menarik puting. Dengan ini dia akan melepaskannya secara perlahan-lahan.
#4 Bila menyusu bayi, dia mesti main puting yang satu lagi sambil menyusu
Penyebab : Tengok tu, tangan dia? Dengan dua jari dia akan pusing-pusing, cubit-cubit, tarik-tarik, jentik-jentik puting kita yang satu lagi.
Nak cakap apa? Bersabarlah… Geli pun ada, aduh!
#5 Bila menyusu bayi, lawak lihat mulut ternganga-nganga
Penyebab : Apabila mulut bayi ternganga-nganga (rooting) kerana dapat hidu susu ibu tetapi ibu belum sempat lagi buka baju.
Aduh, comelnya!
#6 Bila menyusu bayi, dan dua-dua pun nak sekali
Penyebab : Comel sungguh apabila melihat bayi bingung mana satu nak hisap. Sama ada nak hisap jari atau puting ibu, ataupun kedua-duanya sekali?
Akhirnya latching dia teruk dan bayi menangis kerana tidak mendapat susu. Keluar gigi ke anak?
#7 Bila menyusu bayi, dia sibuk nak tahu apa ada dalam mulut ibu itu?
Penyebab : Jaga-jaga tangan kecil tu. Apabila bayi anda sudah pandai kawal sikit tangannya, mulalah dia sibuk nak korek mulut, nak korek hidung ibulah.
Nanti ada juga yang terkena tamparan dan tumbukan dari si kecil ini semasa menyusu! Haishhh!
#8 Awas! Rambut panjang dan anting-anting
Penyebab : Apabila anak sudah puas korek muka ibu semasa menyusu, ada lagi yang lebih menarik!
Ibu-ibu dengan rambut panjang pasti akan menyanggul rambut mereka. Kenapa pulak? Ini kerana kalau tidak, pasti kena gengaman tangan si kecil dan ditarik-tariknya.
Eh! Apa pula barang berkilat-kilat pada telinga ibu? Nanti nak selidik!
#9 Kesan calar pada si kecil
Penyebab : Ini punca daripada ibu lupa potong kuku jari bayi atau lupa pakaikan sarung tangan.
Akhirnya, bahagian dada atau muka bayi sendiri yang akan nampak seperti ia telah dicakar oleh seekor kucing.
#10 “Love bite”
Penyebab : Apabila bayi anda salah “aiming” sehingga terhisap tepi payudara ibu sehingga meninggalkan kesan macam “love bite”.
#11 Tangan ibu kebas
Penyebab : Ibu tertidur ketika baring tepi sambil menyusu, atau ibu dukung terlalu lama dan sekarang tangan ibu kekebasan, tolong!
#12 Muka bayi “makan” handphone
Penyebab : Apabila ibu menjatuhkan telefon bimbit atas muka bayi dengan tidak sengaja apabila mereka sedang menyusu. Maaf ye sayang! Ibu bukan orang yang “perfect” ya.
#13 Semburan susu
Penyebab: Apabila ibu mengalami let-down yang kuat sehingga muka bayi penuh semburan susu.
Seteruk-teruk rambut ditarik, puting dijentik, mulut dan hidung dikorek, saya tidak akan lupa pengalaman semasa menyusu.
Setiap kali saya melihat gambar-gambar menyusu, pasti saya akan ingat balik!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bau Ibu Ada Kuasa Luar Biasa, Bayi Pun Boleh Berhenti Menangis Hanya Dengan Bau Ibu!