Kajian: Manusia Jarang Ketawa Memasuki Usia 23 Tahun, Mula Serius Jalani Kehidupan

23 tahun permulaan usia manusia jarang ketawa dan lebih serius dalam menjalani kehidupan seharian. Kajian yang dilakukan telah membuktikannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor menjadi sebab mengapa manusia apabila semakin meningkat usia dewasa semakin kurang humor di dalam dirinya. Sebuah kajian yang telah dilakukan menunjukkan manusia mengalami perubahan yang ketara apabila mereka memasuki usia 23 tahun.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 23 tahun usia manusia alami perubahan emosi, tahap pemikiran.
  • Persediaan diri untuk berubah ke arah yang terbaik.
  • Keupayaan untuk menjalani liku-liku hidup.

23 tahun usia manusia alami perubahan emosi, tahap pemikiran

 

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Jennifer Aake dan Naomi Bagdonas melalui terbitan buku yang bertajuk “Humour, Seriously.”, apabila manusia mencapai usia 23 tahun maka frekuensi mereka untuk ketawa dan tersenyum semakin menurun setiap hari. 

Selain itu, kajian mengenai hal ini juga turut dilakukan Gallup pada tahun 2013. Gallup melakukan soal selidik mengenai penurunan humor dan tawa ini terhadap 1.4 juta orang di 166 buah negara. 

Hasil daripada kajiannya itu, Gallup menyatakan bahawa penurunan humor dan tawa secara signifikan terjadi mulai usia 23 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Persediaan diri untuk berubah ke arah yang terbaik

Memasuki usia ini, manusia mulai serius dalam menjalani kehidupan mereka. Terdapat pelbagai aspek yang perlu difikirkan seperti mempunyai sebuah keluarga, kerjaya yang stabil, kewangan yang kukuh dan sebagainya.

Boleh dilihat dalam dunia pekerjaan, keseriusan mereka ketika bekerja. Dengan menunjukkan komitmen yang tinggi, lebih mudah untuk mendapat kenaikan pangkat dan juga masa depan kerjaya yang lebih baik.

Selain itu, memasuki fasa usia ini, manusia lebih terarah untuk menggapai impian mereka dalam pelbagai sudut. Mempunyai fokus dan matlamat yang tepat baharulah ianya dapat dicapai.

Mereka lebih cenderung untuk mengubah diri menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keupayaan untuk menjalani liku-liku hidup

Menjalani kehidupan di muka bumi ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan komitmen yang tinggi, usaha tanpa henti, fokus yang tepat dan juga matlamat yang jitu.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa pada usia sebegini manusia sudah mulai kurang ketawa!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Jangan Celup Picagari Dalam Botol Ubat, Begini Cara Yang Betul Bila Bagi Anak Ubat Cecair

Baca juga: Perkembangan Janin 4 Minggu: Berapa Besarkah Anak Anda Pada Usia 4 Minggu Ini?

Baca juga: Wajah Bayi Mula Berkembang Ketika Hamil di Minggu Ke-6

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani