TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Nasib Malang 402 Kanak-Kanak & Remaja Di Rumah Amal, Mereka Diajar Cara Meliwat Dan Diliwat, Kejam Sungguh!

12 Sep, 2024
Nasib Malang 402 Kanak-Kanak & Remaja Di Rumah Amal, Mereka Diajar Cara Meliwat Dan Diliwat, Kejam Sungguh!

Kes 402 kanak-kanak dan remaja ini menunjukkan kegagalan institusi yang sepatutnya melindungi mereka meninggalkan kesan yang mendalam.

Kebahagiaan dan keselamatan kanak-kanak sepatutnya menjadi keutamaan setiap masyarakat. Baru-baru ini, tragedi yang menimpa seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara satu hingga 17 tahun mendedahkan realiti gelap yang tidak sepatutnya wujud di mana-mana, apatah lagi dalam institusi yang bertopengkan amal dan kebajikan.

Isi Kandungan

  • Mangsa Ekploitasi Diajar Meliwat & Diliwat
  • 402 Kanak-Kanak Di Bawah Jagaan Polis

Mangsa Ekploitasi Diajar Meliwat & Diliwat

Operasi yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Op Global ini mendedahkan kekejaman yang menimpa anak-anak kecil yang sepatutnya dilindungi, namun sebaliknya disalahgunakan oleh kumpulan perniagaan bermotifkan agama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dalam sidang media, memaklumkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang menjadi mangsa terdiri daripada 201 lelaki dan 201 perempuan

Rumah amal ini dikendalikan oleh Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dan hasil siasatan mendapati kanak-kanak ini telah melalui pengalaman yang sangat mengejutkan dan tidak dapat diterima akal.

Apa yang paling menyayat hati, mangsa bukan sahaja didera secara fizikal tetapi juga diajar dan dipaksa untuk melakukan perlakuan seksual sesama mereka termasuk diliwat oleh penjaga. Malah, mereka dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak lain.

Tindakan sebegini bukan hanya melanggar hak asasi kanak-kanak tetapi turut meninggalkan trauma yang mendalam yang mungkin menghantui mangsa sepanjang hidup mereka.

Lebih tragis lagi, selain daripada penderaan seksual mangsa juga dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan kesihatan walaupun mereka berada dalam keadaan kritikal.

Ini menunjukkan tahap pengabaian dan kekejaman yang melampau di mana nyawa kanak-kanak tidak dihargai langsung.

402 Kanak-Kanak Di Bawah Jagaan Polis

Kanak-kanak yang diselamatkan kini berada di bawah pemantauan polis dengan bantuan dari agensi lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Proses ini dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari, tetapi mungkin lebih lama jika diperlukan kerana jumlah mereka yang diselamatkan terlalu ramai dan perlu dilakukan satu per satu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Kesemua 171 individu yang terdiri daripada penjaga, guru agama, dan pengerusi rumah amal di Hulu Selangor, Klang Utara, Shah Alam, Sepang, Kajang, Petaling Jaya dan Subang Jaya telah direman untuk membantu siasatan.

Mereka disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang berkaitan.

Semua pihak terutama golongan masyarakat dan pihak berkuasa perlu lebih peka dan mengambil langkah yang lebih tegas untuk memastikan hak dan keselamatan kanak-kanak sentiasa terjamin.

Pembongkaran kes ini juga menjadi amaran agar lebih banyak pemantauan dilakukan terhadap rumah-rumah amal atau institusi yang menjaga kanak-kanak demi memastikan mereka benar-benar menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah.

Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Juga Terdedah Dengan Risiko Kemalangan Di Rumah, Ibu Ayah Awasi Si Manja Anda!

Baca juga: Pengemis Kanak-kanak Mungkin Mangsa Sindiket

Baca juga: Budak Gantung Diri Apabila Ibunya Berkata ‘Dia Tak Patut Dilahirkan & Satu Bala’

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Lima Gaya Keibubapaan: Manakah Yang Sesuai Untuk Keluarga Anda?
Lima Gaya Keibubapaan: Manakah Yang Sesuai Untuk Keluarga Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Nasib Malang 402 Kanak-Kanak & Remaja Di Rumah Amal, Mereka Diajar Cara Meliwat Dan Diliwat, Kejam Sungguh!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham