8 Jenis Cheese Ini Terbaik Untuk Tambah Selera Makan Si Kecil, Ibu Boleh Beli Terus Di Sini, Mudah!

Adakah keju selamat dimakan oleh bayi seawal 6 bulan? Ya, boleh tetapi bergantung kepada pemilihan jenis cheese yang diberikan kepada bayi.

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja si kecil membesar. Sudah tiba masanya untuk ibu ayah memperkenalkan bayi dengan makanan pejal. Mesti ada di antara ibu-ibu yang teruja dan tidak sabar menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan menu baru, kan? Antaranya jenis cheese apa yang ingin diperkenalkan!

Jenis Cheese Terbaik Untuk Menambah Selera Si Kecil

 

Cara yang paling mudah untuk mula bereksperimentasi, anda boleh tambahkan keju dalam hidangan bayi. Keju kaya dengan khasiat seperti protein, kalsium dan protein yang baik. Hasilnya, rasa makanan jadi asli, lebih lemak dan lazat. Pasti selera si kecil menjadi-jadi.

Walau bagaimanapun, ibu ayah perlu tahu bahawa tidak semua jenis cheese selamat untuk dimakan oleh bayi. Pastikan keju yang dipilih adalah jenis cheese dipasteur, mempunyai kandungan garam yang rendah dan dihasilkan sepenuhnya dari susu supaya tidak membahayakan kesihatan bayi anda.

Khasiat Keju Untuk Anak

Keju sememangnya ada banyak khasiatnya, biarpun untuk anak kecil mahupun untuk orang dewasa.

  • Mengandungi khasiat kalsium yang tinggi untuk menguatkan tulang dan gigi.
  • Melindungi gigi bayi dari rosak.
  • Kaya dengan protein dan vitamin D untuk tumbesaran badan dan perkembangan bayi.
  • Keju sarat dengan kalori yang membekalkan tenaga pada bayi.
  • Jika bayi mengalami masalah berat badan berlebihan, keju adalah menu diet yang terbaik.
  • Cegah bayi dari alergi susu dan dipulihkan dengan cepat jika bayi diperkenalkan keju pada usia yang sesuai.

8 Jenis Cheese Yang Terbaik Untuk Anak

Memang terdapat banyak jenis cheese di pasaran, tapi di sini kami senaraikan pilihan ‘favourite’ dan terbaik ibu ayah untuk diberikan kepada anak-anak!

Keju Terbaik Untuk Kanak-Kanak
The Laughing Cow Belcube Cheese
Cheese Terbaik Untuk Hidangan Seisi Keluarga
Beli di Shopee
Prochiz Cheddar Processed
Cheese Terbaik Untuk Inti Hidangan
Beli di Shopee
Bega Cheddar Cheese
Cheese Terbaik Untuk Membuat Kek
Beli di Shopee
Babybell Cheese Mini
Cheese Terbaik Sebagai Hidangan Snek
Beli di Shopee
Kiri Cream Cheese
Cheese Terbaik Untuk Dijadikan Sapuan Pada Roti & Pastri
Beli di Shopee
Arla Kids Stick
Cheese Terbaik Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja
Beli di Shopee
Almarai Triangle Cheese
Cheese Terbaik Untuk Dimakan Bersama Sandwich
Beli di Shopee
Emborg Cheddar Cheese Slice
Cheese Terbaik Tinggi Kalsium Dan Protein
Beli di Shopee

The Laughing Cow Belcube Cheese

Cheese Terbaik Untuk Hidangan Seisi Keluarga

Keju Belcube ini adalah keju lembut dengan kandungan garam yang rendah. Ia memberikan rasa asli dan sesuai sebagai penambah nutrisi dan perisa untuk makanan pelengkap.

Teksturnya yang lembut dan mudah cair dalam makanan menjadikannya ia senang dikunyah dengan baik. Jadi, ibu ayah tak perlu panik ya kerana si kecil tidak akan mudah tercekik!

Disebabkan itu, keju ini sesuai untuk bayi dari usia 6 hingga 8 bulan dan ke atas. Ia praktikal digunakan kerana tersedia dalam bentuk kiub kecil. Selain itu, pembungkusannya kemas bagi memastikan kualiti produk terjamin dan selamat.

Penggunaan yang disyorkan untuk satu hidangan ialah separuh kiub sahaja, tetapi boleh diubahsuai mengikut citarasa dan pemakanan si kecil.

Maka, anda tidak perlu khuatir soal kualiti keju dari Perancis ini kerana The Laughing Cow telah menjadi pilihan keluarga di seluruh dunia selama lebih 90 tahun.

Apa yang kami suka?

  • 1 pek keju Belcube terdiri daripada 24 kiub. Ia dibungkus secara berasingan untuk menjamin kualiti dan kesegaran keju.
  • Enak untuk dinikmati seisi keluarga
  • Kandungan garam dalam 1 kiub adalah kira-kira 33 mg, selamat untuk bayi.
  • Mengandungi kalsium, vitamin B12, vitamin A, vitamin D, protein, dan lemak.
  • Selain dijadikan tambahan dalam makanan pejal, keju Belcube ini juga boleh dijadikan snek untuk si manja anda.
  • Tidak mengandungi bahan pengawet, jadi jangka hayat tidak lama. Hanya 8 bulan.

Prochiz Cheddar

Cheese Terbaik Untuk Inti Hidangan

Keju Prochiz Cheddar adalah buatan dari Australia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia diperbuat daripada keju cheddar yang asli, susu dan bahan mentah berkualiti. Keju ini boleh didapati dalam dua saiz iaitu 170g dan 2kg.

Bagi ibu ayah, anda boleh cuba keju ini sebagai perisa tambahan dalam makanan anak, seperti jadikannya sebagai inti atau topping makananan kerana rasanya yang sederhana dan tak terlalu kuat. 

Bukan hanya rasa yang enak dan lazat, Keju Prochiz Cheddar ini juga mengandungi fosforus, lemak omega-3 dan omega-6 yang baik untuk kesihatan anak secara menyeluruh.

Apa yang kami suka?

  • Teksturnya lembut dan padat. Tidak mudah cair dan senang diparut halus.
  • Rasanya tidak terlalu masin kerana kandungan keju rendah garam.
  • Sesuai untuk bayi kerana rasa tidak terlalu kuat.
  • Sesuai untuk dijadikan inti dan topping pada hidangan bayi.
  • Harga berpatutan.
  • Disimpan pada suhu bilik. Jika bungkusan telah dibuka, simpan di dalam peti sejuk.

Bega Cheddar Cheese

Cheese Terbaik Untuk Membuat Kek

Bega Cheddar aCheese dalah keju yang diimport dari Australia dan dihasilkan daripada keju terbaik. Ia selalu digunakan untuk dijadikan sebagai ‘topping’, ‘filling’, dan penambah perisa dalam makanan pejal bayi.

Teksturnya yang lembut dan padat menjadikannya sering digunakan sebagai parutan atau dicampur dalam makanan, terutamanya menu pencuci mulut seperti kek dan manisan lain!

Sesuai dijadikan snek untuk si kecil kerana kandungan keju yang tinggi. Ini membolehkan anak anda menikmati rasa keju yang asli.

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat daripada bahan mentah yang berkualiti.
  • Dihasilkan dari dadih keju yang diproses.
  • Harga yang berpatutan sesuai dengan isipadunya, iaitu 180g.
  • Ia mempunyai rasa berkrim dan rasa susu yang asli sesuai untuk dicampur pada pencuci mulut seperti kek.
  • Mengandungi kandungan baik seperti tenaga, lemak, protein, dan protein yang boleh membantu memenuhi keperluan nutrisi bayi.
  • Dikategorikan sebagai keju rendah garam, jadi ia sesuai dan selamat untuk bayi.

Babybell Cheese Mini

Cheese Terbaik Sebagai Hidangan Snek

Ada satu lagi jenis keju yang sesuai digunakan dalam makanan pejal bayi. Keju ini berasal dari Perancis dan dihasilkan dari 98% susu. Uniknya, keju ini dibungkus dengan lilin parafin berwarna merah. Saiznya sangat comel dan mudah dicampurkan ke dalam hidangan.

Manakala, bahagian luarnya pula dibalut dengan aluminium foil sebelum dipasarkan dalam beg mesh menjadikan pembungkusan keju ini berbeza, lain dari yang lain.

Keju Edam dari Babybel ini mempunyai tekstur yang sangat lembut dan kenyal. Apabila dicairkan, teksturnya menjadi sama seperti serupa dengan mozzarella. Yummy!

Pun begitu, keju ini tanpa bahan pengawet, jangka hayat boleh bertahan sehingga 8 bulan sahaja. Namun, jangan bimbang kerana Babybel Cheese Malaysia Mini mudah didapati di pasaran.

Bagi bayi yang mempunyai simptom alahan terhadap laktosa, keju ini adalah pilihan yang terbaik kerana merupakan keju tanpa laktosa. Jadi, gunakan tanpa ragu-ragu. Malah ia boleh dimakan begitu saja kerana sesuai dihidangkan sebagai snek!

Apa yang kami suka?

  • 1 pek mengandungi 5 keping keju.
  • 100% keju tulen dibuat tanpa kandungan garam.
  • Sangat ringan dan lembut. Keju Babybell boleh dimakan terus sebagai snek, juga boleh dihidangkan dalam kepingan kecil.
  • Ia kaya dengan protein dan kalsium yang sangat baik untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang, serta tumbesaran dan perkembangan jantung bayi.

Kiri Cream Cheese

Cheese Terbaik Untuk Dijadikan Sapuan Pada Roti & Pastri

Berbeza dengan keju yang lain, Keju Kiri Cream Cheese ini sesuai untuk ibu ayah yang ingin memperkenalkan varian perisa baharu untuk ditambah dalam menu makanan pelengkap si kecil.

Sekiranya anda perasan si kecil amat kurus dan tiada selera makan, jenis keju ini adalah pilihan yang tepat untuk menambahkan berat badan bayi. Ini kerana keju juga mempunyai lemak sihat selain kalsium, protein dan vitamin.

Keju bukan sahaja dapat menjadikan makanan bertambah enak dan lazat, malah membuatkan si kecil rasa teruja untuk makan. Terutama sekali apabila ia dijadikan sapuan pada roti atau pastri!

Aapabila ibu ayah memberikan keju, ini bermakna anda juga memberikan khasiat seperti vitamin D, vitamin A dan kalsium untuk si kecil.

Sudah tentu berguna dan diperlukan oleh bayi dalam tempoh pertumbuhan mereka, juga untuk pembentukan tulang dan gigi.

Apa yang kami suka?

  • Keju Kiri mempunyai tekstur yang lembut dan lemak berkrim.
  • Mengandungi lemak (5g), protein, vitamin A, kalsium dan garam yang baik untuk si kecil.
  • Boleh dijadikan pengganti garam kerana rasanya sederhana manis.
  • Boleh dijadikan sebagai sapuan pada roti, pastri dan scones!
  • Produk mudah cair jadi simpan di dalam peti sejuk.
  • 1 pek mengandungi 6 kiub.

Arla Kids Stick

Cheese Terbaik Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja

Arla Kids Sticks ialah snek keju yang popular dengan tekstur lembut yang berasal dari Denmark. Ia mengandungi nutrien dalam bentuk protein dan kalsium yang tinggi, menjadikannya sangat sihat untuk diambil oleh kanak-kanak.

Jenis keju ini sesuai untuk snek kenyang harian kerana ia dapat membantu anak-anak untuk menumpukan perhatian dengan lebih tinggi dan bertenaga. Dibungkus secara praktikal dan mudah dibuka, keju ini boleh dibawa kemana-mana oleh anak sama ada ke sekolah, untuk perjalanan jauh atau dimakan sambil menonton televisyen.

Apa yang kami suka?

  • Satu kotak mengandungi 6 batang keju sedia untuk dimakan.
  • Tinggi kalsium dan protein.
  • Rasanya yang enak, pasti digemari anak-anak.

Almarai Triangle Cheese

Cheese Terbaik Untuk Dimakan Bersama Sandwich

Merupakan keju yang sangat terkenal di Saudi Arabia, keju berbentuk segi tiga dari jenama Almarai ini ialah pilihan yang tepat untuk membuat sandwic berkrim dan lazat.

Segitiga keju ini cair dengan cepat di atas permukaan dan boleh menambah tekstur dan rasa berkrim pada hidangan anak anda.

Apa yang kami suka?

  • Salah satu jenama keju yang halal.
  • Keju lembut yang kaya dengan protein, kalsium dan vitamin.
  • Saiz yang praktikal mudah dibawa ke mana-mana.

Emborg Cheddar Cheese Slice

Cheese Terbaik Tinggi Kalsium Dan Protein

Emborg Mild Cheddar Slices adalah makanan ringan yang lazat dan menyeronokkan untuk seisi keluarga. Rasanya yang tidak terlalu tawar pastinya membuatkan anak-anak lebih menyukai rasa keju.

Kepingan berkrim ini adalah sumber kalsium dan protein yang tinggi yang sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak dan nutrisi orang dewasa!

Sediakan sarapan pagi, makan tengah hari atau snek petang anak anda dengan Emborg Cheese Mild Slices untuk tekstur berkrim yang lazat dan rasa yang lembut.

Apa yang kami suka?

  • Jenama popular di pasar raya.
  • Harganya yang berpatutan dan mudah didapati.
  • Rasa yang enak.

Perbandingan Harga Jenis Cheese Yang Terbaik Untuk Anak

Jenis Cheese Kuantiti Harga
The Laughing Cow Belcube Cheese 24 kiub RM20.90
Prochiz Cheddar 170 gm RM5.90
Beqa Cheddar Cheese 250 gm RM12.90
Babybell Cheese Mini 5 kiub RM25.00
Kiri Cream Cheese 108 gm RM10.00
Arla Kids Stick 6 stik RM21.32
Almarai Triangle Cheese 120 gm RM7.88
Emborg Cheddar Cheese Slice 10 keping RM15.90

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Waktu Yang Sesuai Beri Keju Untuk Bayi

Menurut The American Academy of Pediatrics (AAP) di bahagian Alergi dan Imunologi, bayi boleh makan keju seawal mula makan makanan pepejal.

Seawal usia 9 bulan, kebiasaannya bayi sudah mula makan pelbagai jenis makanan seperti bijirin, daging, sayuran dan buah-buahan. Jadi, masa inilah ibu ayah boleh menambah keju ke dalam hidangan si kecil.

Perkara Penting Untuk Ibu Ayah Tahu

Sebelum menambahkan keju dalam hidangan bayi, terdapat beberapa perkara penting yang ibu ayah perlu perhatikan, iaitu:

  1. Elakkan memberi keju dalam bentuk pepejal. Sebaiknya kisar atau parut keju, kemudian campurkan ke dalam puri bayi terlebih dahulu.
  2. Pilih keju lembut seperti keju cheddar atau mozzarella supaya memudahkan proses penghadaman bayi.
  3. Periksa kandungan garam. Seeloknya, ibu ayah pilih keju dengan kandungan garam yang rendah dan sesuai untuk dimakan bersama dengan makanan pepejal lain.
  4. Untuk mengelakkan risiko bayi tercekik, hidangkan keju dalam kepingan kecil atau dalam bentuk krim.
  5. Perhatikan tindak balas alahan berlaku atau tidak selepas memberi keju pada bayi. Sekiranya tanda-tanda alergi pada sesuatu muncul seperti bengkak pada lidah dan bibir, kulit mengalami kemerahan, kekejangan perut sehingga cirit-birit, berhenti beri jenis cheese dan segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Snack Sihat Lain Untuk Anak Selain Keju

Jika snek diberikan pada waktu bersesuaian, ia dapat memainkan peranan penting dalam mengurangkan kelaparan anak-anak dan meningkatkan nutrisi.

Makanan ringan atau snek yang diperi tepat pada masanya dapat menghilangkan kelaparan berlebihan dan memberikan tenaga tambahan atau ‘boost‘ yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak aktif diantara waktu makan utama. Antara snek yang boleh diberi kepada anak adalah seperti yang berikut;

1. Buah-buahan segar

Buah-buahan snek paling mudah nak sediakan dan mudah nak makan. Tapi kadang-kala anak-anak mungkin cepat bosan pula kalau asyik makan buah yang sama.

Untuk elak anak bosan, ibu boleh potong dan campurkan beberapa jenis buah-buahan lain dalam mangkuk supaya nampak menarik. Untuk anak-anak kecil, anda boleh pula cuba menyusunnya secara kreatif atau membuat bentuk haiwan atau kartun kegemaran anak.

Buah-buahan juga boleh disediakan berpasangan seperti makanan lain seperti anggur dan keju, atau epal dan mentega kacang (peanut butter). Sedap sangat!

2. Buah-buahan kering

Buah-buahan kering juga boleh menjadi snek yang berkhasiat kerana buah-buahan yang telah dikeringkan kaya dengan vitamin dan protein. Ia juga dapat meningkatkan sistem imun badan dan mencegah penyakit seperti diabetes dan kolestrol tinggi.

Kebanyakan buah kering kaya dengan mineral, protein, serat dan vitamin, dan tak dinafikan ia enak dimakan.

Buah kering seperti kismis dan kranberi adalah klasik dan jenis lembut, tapi anak-anak yang suka makan makanan rangup boleh pilih kepingan buah kering seperti kepingan buah kering epal, oren, atau nanas.

Ia boleh menjadi pengganti makanan ringan tidak berkhasiat seperti keropok yang mengandungi perisa tambahan yang banyak dijual di pasaran.

3. Sayur-sayuran segar

Banyak sayuran yang tak perlu dimasak boleh dijadikan sebagai snek yang berkhasiat untuk kanak-kanak. Contohnya lobak merah, batang saderi (celery stick), timun, dan tomato cherry.

Sayur-sayuran ini boleh dicampurkan dengan makanan atau snek lain seperti buah-buahan lain, mentega kacang, sos mustard, dan macam-macam lagi.

Seperti buah-buahan segar, ibu boleh susun snek sayuran supaya nampak menyeronokkan dan dapat menarik perhatian kanak-kanak.

Kalau mereka tidak suka pada mulanya, jangan paksa, tapi teruskan dengan menawarkan jenis snek ini dengan kerap dan jangan putus asa!

4. Sandwich

Kebanyakan kanak-kanak memang suka makan roti, tapi kadang-kala ia selalu dimakan dengan makanan ringan tidak berkhasiat lain atau penuh dengan gula.

Protein membantu kanak-kanak membesar dan boleh membuat mereka berasa kenyang lebih lama selepas waktu makan.

Jika anak selalu meminta makanan ringan sepanjang hari, cuba tambahkan makanan berunsur protein untuk dijadikan sandwich bersama roti, seperti keju, telur, mentega kacang yang tiada campuran gula dan garam, atau hummus.

5. Smoothie

Ibu jangan samakan smoothie dengan jus buah-buahan! Smoothie sebenarnya adalah lebih daripada itu dan boleh dianggap sebagai snek walaupun ia hanya sekadar minuman.

Jus buah-buahan selalunya hanyalah merangkumi campuran air dan buah-buahan yang dikisar atau diperah (pressed).

Smoothie pula diperbuat daripada beberapa bahan yang mengenyangkan termasuklah buah-buahan, susu, yogurt, bijian berkhasiat seperti chia seed atau flaxseed, dan apa-apa sahaja yang diminati yang boleh dikisar.

Campuran smoothie yang sesuai dapat memberi kekenyangan kepada kanak-kanak, terutamanya jika hari sedang panas terik! Tentu boleh kalahkan ice cream!

6. Kentang dan nugget homemade

Tidak dinafikan memang kanak-kanak suka makanan fast food seperti kentang goreng dan nugget dari restoran-restoran makanan segera yang popular.

Walau bagaimanapun, makanan tersebut kebanyakannya adalah sangat tak berkhasiat dan terlalu diproses.

Bayangkan sesetengah jenis makanan segera tersebut tak akan reput atau jadi basi pun setelah beberapa hari tinggal di atas meja! Tentu bermacam-macam bahan pengawet yang digunakan.

Kalau anak suka makan kentang goreng dan nugget, ibu boleh cuba untuk menyediakannya di rumah. Banyak resipi snek homemade ada di carian Google.

Bukan sahaja makanan tersebut boleh dibuat dari bahan segar, ibu pun boleh masak dengan kaedah yang lebih sihat seperti membakar di dalam ketuhar atau menggunakan air fryer daripada menggoreng di dalam minyak yang berlebihan.

Diharapkan semoga artikel ini bermanfaat buat parents yang mencari jenis keju terbaik buat anak-anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nasi Goreng Daging Campur Cream Cheese, Jagung & Lobak Merah, Berhasil Naikkan Berat Anak

Baca juga: Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!

Baca juga: Bila Waktu Sesuai Untuk Beri Bayi Makan Keju? Ini 3 Resepi Berasaskan Keju Yang Sangat Enak!

Penulis

Noorhidayah